Hanya bersisa satu minggu lagi Crypstar Fortress akan berangkat ke Monaco. Tempoh latihan semakin dipanjangkan sehingga 18jam sehari. Ada kalanya 20jam sehari.
Dua orang player dari Crypstar Fortress jatuh sakit.
"Memandangkan hanya tinggal satu minggu saja lagi and our two players fell sick, kita diberi kelonggaran selama 3 hari untuk berehat. You can do your things or go back home if you want but must come back here, to our gaming house on Friday," kata Coach Starlash.
Sekembalinya ke dalam bilik, Flame mendekati Kensuke yag baru saja melabuhkan people punggung di hujung katil.
"Tak balik ke?" Tanya Flame.
"Esoklah. Harini rasa macam nak pergi gym. Nak workout," jawab Kensuke.
"Good idea! I want to join," kata Flame sambil tersengih.
"Sure, why not? Pukul 5 nanti kita ke Zen Gym. Last night it came across my TickTack wall. Well recommended gym in town," Kensuke membuka aplikasi TickTack dan menunjukkan video pendek tentang gym yang dia ceritakan tadi.
"Wow! Baru ke ni? Never heard of it before," tanya Flame sambil mengamati video tersebut.
"No idea. Maybe because we are not gym freak sebab tu kita tak tau kewujudan gym ni kot," jawab Kensuke.
"Hmm.. Catlyn tak ada kat rumah?" Tiba-tiba Flame bertanyakan Catlyn pula. "Iyalah kan.. this time macam tak excited nak balik rumah je," sambung Flame lagi.
Kensuke tidak menceritakan apa yang berlaku kepada dia dan Catlyn sebelum dia kembali ke gaming house pada awal bulan.
Kensuke mengeluh. "I don't know, Flame.. looks like this busy life memisahkan kami je.." akhirnya Kensuke membuka cerita.
"Sebenarnya saya agak berkecil hati. Ada dua sebab. First, she sounds like she want me to stop doing this esport things. Second, dia sendiri tak mahu lepaskan career dia bcoz that is her dream job, as she said"
"But the income came more from this esport job, bro. She can't let you resign," kata Flame mencelah, juga merasa tidak adil terhadap Catlyn kerana pendapatan penuh adalah dari Kensuke dengan menjadi pro player di Crypstar Fortress.
"That's why. I did ask her to take leave at least for two weeks but she refused gara-gara dia promoted to be an ambassador of beauty product and sekaligus menjadi model," jelas Kensuke lagi.
Flame terdiam. Memang sukar keadaan Kensuke dan Catlyn sekarang. Flame berada di pihak Kensuke bukan kerana status persahabatan mereka tetapi kerana dia tahu punca aliran pendapatan adalah dari Kensuke sebagai pro player selama 3 tahun mereka bergelar juara dunia.
"We dry towards each other. Kalau text pun sekadar say good morning and good night saja. No more sweet talk macam selalu," tambah Kensuke apabila Flame tidak bertanya lagi.
"No wonder lah tak semangat nak balik rumah.. hmm chill bro. Things will get better. I hope you guys kembali bahagia seperti sediakala," Flame menepuk bahu kawan baiknya itu.
"I don't know. Just let it be lah," jawab Kensuke lagi. Dia berganjak ke atas katil dan membaringkan diri. "Mau tidur lah.. mengantuk betul ni," kata Kensuke akhirnya.
Dia sebenarnya tidak mahu melayan perasaan kecewanya. Terasa sangat jauh dengan Catlyn ketika ini walaupun mereka berada di bandar yang sama. Dalam masa yang sama dia rindu Catlyn yang dulu. Semalam Kensuke mencuba untuk berborak dengan Catlyn di talian tetapi Catlyn hanya menjawab sepatah dua patah pertanyaannya.
Flame tertawa kecil. "Ok bro. Take your time. Aku nak tengok movie kejap," ujarnya. Earbud dimasukkan pada kedua-dua lubang telinganya. Dia mulai mengatur tempat duduk di couch didalam bilik dan iPad diletakkan di atas paha.
YOU ARE READING
Defeated To Her
FanfictionAs a young gaming champion takes on the challenges of the virtual battlefield, he finds himself plunged into an emotional maelstrom after falling head-over-heels for a striking millionaire's wife, testing the limits of loyalty, desire, and the quest...