Departure Hall

1 0 0
                                    

"Baby, I'm sorry," pujuk Kensuke sebaik sahaja Catlyn tiba di rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Catlyn hanya mengangguk dan masuk ke dalam bilik. Dia berdiri di meja solek dan mula membuka anting-anting dan rantai yang dipakainya seharian.

"Baby, please.. tak boleh macam ni baby.. don't give me silent treatment please," pujuk Kensuke lagi. Dia melabuhkan punggung dihujung katil sambil memerhati Catlyn dari belakang.

Catlyn berpaling dan berpeluk tubuh. Matanya merenung tajam wajah Kensuke. "The only thing I can't let go of is my career.."

Kensuke mengerutkan dahi. "Did I ask you to let go of your career? I did not.. i just asked you to take leave for 2 weeks, only if you can.. that's all.." jawab Kensuke. Dia terkejut mendengar jawapan Catlyn.

"Yes, you did mention it.."

"Baby, you were the one who asked me to let go of my career as a pro player and suggested that I just do streaming online, remember?"

"Because we have everything!" Jawab Catlyn dengan agak kasar.

"The same reason for me too but I didn't ask you to resign from your job. Instead of talking about resigning your job, I only ask if you can, go for two weeks leave, that's all!" Balas Kensuke. Geram pula hatinya apabila dituduh begitu.

"But you said you can't so I just take it.. and yea, live with it too," sambung Kensuke lagi.

Catlyn tidak membalas kerana apa yang Kensuke katakan tadi memang benar. Dia hilang kata-kata untuk mempertahankan keegoannya. Secara automatik air matanya mula bertakung. Wajahnya terasa sangat panas.

Kensuke mengeluh, merasa bersalah kerana tidak mengalah sahaja. Lebih baik mengalah dari menjadi punca seorang wanita mengalirkan air mata apatah lagi wanita itu adalah orang yang sangat dia sayangi.

Kensuke bangkit dari katil dan mendekati Catlyn. "Baby, I'm sorry.." dia menggenggam lembut bahu Catlyn.

Catlyn menangis teresak-esak. Air matanya semakin deras. Kensuke memeluk erat tubuh Catlyn. "I'm sorry baby.."

Setelah beberapa saat kemudian Catlyn membalas pelukan Kensuke. "I'm sorry too baby.. I'm wrong," aku Catlyn sambil teresak esak.

"Shhhh.. we are cool, aren't we?" Tanya Kensuke meleraikan pelukan dan memandang wajah Catlyn. "I miss you baby," kata Kensuke sambil mengucup dahi Catlyn.

Catlyn mengelap air matanya dan mengangguk tanpa memandang wajah Kensuke. Dia segan kerana bersikap tidak adil terhadap Kensuke.

"Have you eaten already?" Tanya Kensuke.

Catlyn menggelengkan kepala.

"Let's go drive through," nampak gayanya mereka berdua akan menikmati burger atau ayam goreng sahaja malam ni.

Catlyn mengangguk setuju.

Mereka berdua sama-sama masuk ke dalam kereta BMW X Series milik Kensuke kerana Ford Raptor di block Toyota Camry Catlyn secara melintang didepan kerana setiap pemilik apartment diberi dua parking sahaja.

*  *  *

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Tinggal satu jam saja lagi Crypstar Fortress akan melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Mereka masih menunggu di departure hall. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.

Coach Starlash dan beberapa orang krew tidak kelihatan. Sudah pastinya mereka sedang duduk di Starbucks cafe yang tidak berapa jauh dari kawasan tersebut.

"Bro, so long already I wanted to ask you," kata Flame tiba-tiba.

"What?" Tanya Kensuke spontan tanpa memandang Flame. Matanya masih tertuju kepada game yang sangat digemari sehingga kini iaitu Plant vs Zombie di hpnya.

Defeated To HerWhere stories live. Discover now