A Big No

0 0 0
                                    

Coach Starlash memandang wajah player Crypstar Fortress silih berganti. Pengumuman secara bertulis sudah dikeluarkan oleh pihak Micropetal, syarikat besar MOBA dari Jepun pada awal pagi itu.

Seperti yang sudah mereka ketahui, Crypstar Fortress akan mewakili negara sekali lagi kerana kemenangan dua bulan yang lalu telah melayakkan mereka ke tournament MW (MicroWorld) series yang ke 9.

"Another long week for us, so kita kena stay kat gaming house the whole month sebab next month dh berangkat ke Monaco," kata Coach Starlash sekali lagi.

"Wow, kita tawan Monaco this time," kata Coco dengan gembira. Tournament di luar negara adalah target utama Coco kerana itu adalah kesempatan untuk melihat dunia luar, belajar budaya orang lain.

Majority crew dan player dari Crypstar Fortress sangat gembira dengan berita official tersebut kecuali Kensuke. Bukan tidak gembira tetapi setiap kali berjauhan dari Catlyn menyebabkan dia merasa tidak bersemangat. Namun sebagai pro player, dia kena akur kerana itu adalah mata pencariannya.

Sudah lima tahun dia bersama Cypstar Fortress dan ini adalah tahun ketiga mereka memenangi wang besar kerana dinobatkan sebagai juara dunia. Setakat ini, dia sudah berjaya mengumpul wang sebanyak 300,000.00 USD setahun.

Dia kini memiliki sebuah unit apartment mewah dan dua buah kereta iaitu Ford Raptor dan BMW X series.

Oleh kerana umurnya masih sangat muda dan minatnya yang mendalam terhadap permainan MOBA, dia akan tetap menjadi pro player selagi minatnya masih ada, selagi kehebatannya dalam permainan MOBA masih releven.

"Suruhlah Catlyn bercuti sebulan bro," Flame tertawa kecil apabila melihat perubahan pada wajah Kensuke setelah menerima pengumuman official sebentar tadi.

Kensuke tersenyum tawar. "Untungla kalau dia mau,"

"Tak apa, kita sama-sama mencari rezeki.. bidang saja tak sama.. kena kuat mental dan fizikal," pujuk Coach Starlash sambil menepuk bahu Kensuke.

"No worries guys, a month only ba kan.." jawab Kensuke tersipu malu.

Mereka yang ada di bilik mesyuarat itu semua tergelak mendengar jawapan Kensuke.

"Starting tomorrow we are going to stay full-time in our gaming house," kata Coach Starlash dengan agak tegas.

Semua player mengangguk faham dan perbincangan mengenai micro dan macro dalam game play bermula.

Masing-masing memberi pendapat dan bertukar idea.

* * *

"Baby, i got something to tell you," kata Catlyn sebaik saja Kensuke keluar dari bilik mandi.

Catlyn kelihatan letih namun senyumannya sangat lebar.

"Hey baby.." sapa Kensuke.

Jam dinding sudahpun menunjukkan pukul 10.30 malam. Seperti biasa, jika tugasan Catlyn belum selesai, adalah perkara biasa dia akan sampai di rumah pukul 9 atau 10 malam.

Kensuke juga ada satu soalan yang mahu dia ajukan kepada Catlyn tetapi biarlah Catlyn terlebih dahulu menyampaikan apa yang mahu dia sampaikan.

"Good news?" Tanya Kensuke. Dari riak wajah gadis itu dia tahu jika berita yang mahu Catlyn sampaikan adalah berita yang baik.

"Of course! Baby, i got promoted as a beauty product ambassador and that will qualify me as a model!!" Catlyn melompat anak dan memeluk tubuh Kensuke yang masih basah dan hanya berlitupkan tuala.

"Really? That is great, baby!! I'm proud of you, really! Wow!!" Kensuke membalas pelukan Catlyn.

Tawa riang Catlyn memenuhi ruang bilik. Pelukan mereka terlerai.

Riak wajah Catlyn berubah. "But that comes with condition..," dia menatap wajah Kensuke yang masih tersenyum lebar memandangnya.

Kensuke mengerutkan dahi menunggu Catlyn menyambung kata-katanya.

"I will go for a model course for a month. Good news is, the course venue is around the town. It is such a relieve because I don't have to stay abroad," jelas Catlyn dengan panjang lebar.

"Wait, a month? When? Bila tu baby?" Tanya Kensuke. Dia baru saja mahu mencadangkan Catlyn mengambil cuti panjang untuk ke Monaco bersamanya.

"Next month. And this one I don't like.. next week I will go abroad as an ambassador.. for a week," sambung Catlyn. Matanya tertuju kepada Kensuke.

Ahh, why everytime I plan to bring her along memang susah, tanya Kensuke dalam hati. Rasa kecewa seperti jarum mencucuk jantungnya.

"Baby?" Catlyn menyedarkan Kensuke beberapa saat kemudian.

"Yea, I thought of asking you to go on leave for a month.. I'm going off to Monaco next month. Malam esok dah stay kat gaming house.. straight for a month.. then off to Monaco for a month," Kensuke mengeluh panjang. Dia tidak dapat membendung rasa kecewanya.

Dua bulan yang lepas Catlyn juga tidak bersamanya di saat-saat Cryptstar Fortress menerima kemenangan besar yang bergelar juara dunia Esport.

Catlyn tidak lagi tersenyum lebar. Dia juga merasa bersalah kerana ini kali kedua pada tahun yang sama dia tidak dapat mendampingi Kensuke di tournament besar.

"I can't baby.. I'm sorry.. i just got promoted.. this is my dream job," kata Catlyn dengan nada yang mendatar.

Kensuke mengeluh. "I know.. we cannot do anything..,"

Catlyn menarik lembut jari Kensuke. "Baby.. kalau ikutkan kita sudah ada everything.. a place to live, cars.. baby tak nak dapat income buat streaming saja ke?"

"No baby.. no.. not now.. i still can play games.. i got big money from this job. 300,000.00 USD annually baby.. streaming online?" Kensuke tertawa kecil, merasa sangat kecewa apabila Catlyn seolah-olah mencadangkan dia untuk berhenti menjadi gamers atau digelar pro player dalam dunia Esport.

Keadaan menjadi agak tegang seketika. Catlyn melepaskan jari Kensuke. Dia melabuhkan punggung di hujung katil.

Kensuke kembali melangkah ke dalam bilik dan keluar semula, sudah mengenakan boxer dan baju tshirt berwarna putih.

Catlyn masih termanggu di hujung katil. "Sebab saya tak akan dapat temankan baby from now on, not like last time," kata Catlyn selepas beberapa minit mereka tidak bersuara.

Kensuke menyisir rambutnya didepan meja solek. Dia memandang Catlyn melalui cermin didepannya.

"If only baby can take at least two weeks next month pun okay.." kata Kensuke pula.

"Cannot baby," jawab Catlyn. "Kalau saya ambil cuti, saya takkan dapat promoted job tu,"

"Baby, let me get the money.. kalau baby masih buat kerja mcm dulu as host event pun okay baby.. even if baby stay rumah buat apa-apa bisnes online yang baby suka pun tak menjadi masalah. Saya dapat tanggung semua perbelanjaan baby.." kata Kensuke dengan panjang lebar.

Catlyn bangkit dari katil dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Pintu bilik ditutup dengan kuat.

Ah, sudah.. marah lah tu, Kensuke menggelengkan kepala.

Nampaknya mereka berdua masing-masing belum dapat melepaskan pekerjaan masing-masing.

Catlyn dan Kensuke. Masing-masing masih sayang dengan pekerjaan yang mereka ada sekarang.

Titik. Noktah.


Defeated To HerWhere stories live. Discover now