Zuri terbangun dari tidurnya. Sunyi. Sepi. Dia berpaling ke sebelah nya. Kosong. Dean belum pulang.
Zuri menggapai hp ditepi katilnya. Jam sudah hampir pukul 3 pagi. Ada satu mesej dari Dean dua jam yang lalu.
Dean : I will be back late tonight, sayang. Antonio is going back to Italy tomorrow so we extend our time.
Zuri meletak kembali hp di side drawer katil tersebut. Zuri mengeluh panjang.
Extend jam untuk apa? Tak pandai habis discussion project dorang ni ke? Bisik hati kecil Zuri.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi pintu bilik dibuka. Dean melangkah masuk.
"You are still awake?" Tanya Dean memandang Zuri.
"What type of discussion sampai pukul 3 pagi sayang?" Tanya Zuri tanpa menjawab pertanyaan Dean.
"Antonio is going back to Italy tomorrow. Since we are here, this is the best chance to discuss," jawab Dean. Dia membuka kasut dan stoking nya.
Dean mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Zuri tidak mahu bercakap banyak. Dia sebenarnya terasa berkecil hati kerana sekarang Dean jauh lebih sibuk dari beberapa bulan yang lalu.
Hubungan seks pun semakin dingin. Boleh dikatakan tiga minggu sekali itupun selalunya Dean melakukan seks dengannya terburu-buru. Ada kalanya Zuri belum mencapai klimaks tetapi dia terpaksa berpura-pura klimaks.
Tetapi itu bukan hal utama yang menyebabkan Zuri berkecil hati. Yang membuatkan dia berkecil hati apabila Dean jarang sekali bermesra dan bermanja dengannya. Tidak seperti dulu. Kalau dulu balik dari pejabat, masuk saja rumah, perkara pertama yang Dean lakukan ialah mengucup Zuri dengan penuh rasa rindu dan memeluknya mesra.
Kalau berjalan berdua di luar, tangan Zuri tidak pernah lepas dari genggamannya tetapi sekarang jarang sekali begitu. Sudah ditegur barulah Dean akan buat seperti selalu tetapi selang dua minggu atau seminggu Dean kembali lupa. Entah lupa atau sudah terbiasa begitu.
"If everyday like this I think we better go our own way.. maybe that's better for us. At least," kata Zuri sebaik sahaja Dean keluar dari bilik mandi.
"Sayang.. it's not going to be like this all the time. Ok.. I'm sorry but please.." pujuk Dean, melabuhkan punggung di sebelah Zuri.
"This is for our future sayang,"
"I'm tired of hearing that same excuse," celah Zuri dengan nada marah. "You forgot almost every little sweet thing we did last time. Tonight you came late and left me alone in the hotel," kata Zuri dengan nada sebak.
"Sayang.. I'm sorry.. sebab tu tadi I terus text you. Let say if you don't agree for sure I will go back early," pujuk Dean lagi.
"What time? Do you expect me to stay awake that late? 1 am?"
"I thought you were still awake," jawab Dean. Dia mengeluh panjang. "Sayang, I'm sorry ok.. a lot of things we discuss just now. Things still can't be decided at the moment. We need more time to meet,"
Zuri mengeluh. "Next time you go alone. I better stay back home," jawab Zuri marah.
"You want me to travel alone?" Tanya Dean pula.
Zuri berdiam diri. Kalau ikutkan memang dia tak akan biarkan Dean travel sendirian walaupun ianya berkaitan kerja lagipun selalunya mereka berdua akan mengambil peluang untuk bercuti.
"Are you sure you want me to go alone?" Tanya Dean lagi. Soalan itu membuatkan Zuri merasa bersalah kerana mengeluarkan kata-kata tadi.
Zuri hanya mendiamkan diri. Dean juga tidak bertanya lagi. Dia membaringkan diri disebelah Zuri. Keluhan berat dilepaskan.
YOU ARE READING
Defeated To Her
FanfictionAs a young gaming champion takes on the challenges of the virtual battlefield, he finds himself plunged into an emotional maelstrom after falling head-over-heels for a striking millionaire's wife, testing the limits of loyalty, desire, and the quest...