As a young gaming champion takes on the challenges of the virtual battlefield, he finds himself plunged into an emotional maelstrom after falling head-over-heels for a striking millionaire's wife, testing the limits of loyalty, desire, and the quest...
"I'm going to the supermarket to buy groceries.. if you are free maybe you can come along," kata Zuri sambil menatap Dean yang sedang mengancing kemejanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"What time?" Tanya Dean beberapa saat kemudian. "I have meeting at 10.30 am and another one around 3pm," katanya lagi sebelum Zuri menjawab pertanyaannya tadi.
"Well just forget it," kata Zuri sepantas kilat.
"Why do you want to go to the supermarket?" Tanya Dean pula. Dia mengambil kot yang sedia bergantung tidak jauh dari pintu bilik.
"I want to cook tonight. I'm bored of having food outside," kata Zuri lagi. Dia sudah bersedia untuk masuk ke bilik air.
"Cook? What do you want to cook sayang?" Kali ini Dean memandang isterinya yang sedang mengurut kulit kepala dengan Rosemary essential oil. Aroma Rosemary memenuhi ruangan bilik.
Dean menekan butang "turbo" pada air purifier agar aroma Rosemary tersebut berkurangan.
"Simple food sayang. I just want to stay home tonight," jawab Zuri. Rambutnya dibalut kemas dengan kain satin.
"Why don't you do the treatment of your hair in the saloon?" Tanya Dean apabila melihat Zuri melakukan hair treatment by herself di rumah.
Zuri tidak segera menjawab. Dia membetulkan balutan kain baldu di rambutnya.
"Let me pamper my hair with my own hand," itu saja jawapannya ketika Dean mendekati.
Dean tersenyum simpul. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 7.45 pagi.
"I gotta go now sayang.. see you later in the afternoon.." dia mengucup dahi isterinya.
Zuri mengatur tali leher Dean sebelum Dean melangkah keluar dari bilik.
Beberapa saat kemudian Zuri masuk ke dalam bilik air. Semalam sebelum tidur dia ternampak beberapa resipi simple yang sangat sedap.
Memandangkan Nina selaku maid mereka sudah pulang bercuti, itulah masa yang sesuai untuk Zuri mencuba resipi-resipi baru yang dia ingin cuba.
* * *
"Good. Not so many people," kata Kensuke sebaik sahaja mereka berdua Catlyn melangkah masuk ke supermarket untuk membeli stock barang yang mulai berkurangan di rumah.
"That's why I chose to go early in the morning rather than later in the afternoon baby" jawab Catlyn.
Kensuke mendapatkan trolley yang masih bersusun rapi. Kensuke nengganguk setuju. Selalunya mereka akan ke supermarket pada sebelah petang namun kali ini Catlyn mengajaknya untuk membeli belah pada sebelah pagi.
"Hmm.. i want to make pizza," kata Catlyn sambil meneliti butter pada rak dingin tersebut.
"That sounds good! Pizza yang baby buat selalunya sedap," puji Kensuke. "I miss your cook,"
Bukan kerana Catlyn tidak pandai memasak tetapi kerana dia lebih kepada menyediakan makanan yang berasaskan sayuran dan buah sebab itulah kalau nak makan berat, mereka berdua akan makan di luar sahaja.
Catlyn mengerling sambil melakarkan senyuman apabila mendengar pujian Kensuke. "Tak boleh selalu makan pizza ya baby.. menggemukkan tau,"
"Once a week oklah kan baby?" Tanya Kensuke berseloroh.
"Hmm.." jawab Catlyn spontan. Tak tahu jawapannya ya atau tidak.
"Baby, can help me find the pizza tray? I nak cari ingredients ni.. lama tak buat pizza, macam lupa pula," kata Catlyn sambil mencari resipi pizza di search engine dalam hpnya.
"Ok baby. Wait for me here okay," kata Kensuke sebelum beredar.
Catlyn hanya mengganguk kerana fokus membaca resipi yang dia temui dari hasil search engine tadi.
* * *
Sudah dua kali Zuri mengelilingi bahagian peralatan dapur. Dia masih berfikir apakah dia harus membeli tray pizza atau tray cupcake. Dia berada dalam dilema untuk membuat keputusan. Selain bercadang untuk membakar turkey dan membuat ceaser salad, dia nak cuba buat pastry. Cupcake atau pizza.
Matanya tertuju pada tray cupcake sejak dari tadi namun tidak juga dia mengambil tray itu tadi kerana masih belum membuat keputusan.
Akhirnya dia kembali ke rak tray tersebut untuk mendapatkan dua tray cupcake.
Rasa-rasa macam mudah nak digapai namun rupa-rupanya tidak semudah yang disangka. Tempat meletak tray tersebut sulit untuk digapai kerana dia agak rendah.
Dia mendongak dan menyesal seketika kerana tidak memakai wedges. Dia memakai sandal yang bertumit 2 inci setengah sahaja. Hampir-hampir berjaya digapai.
"Ish," keluhnya sendirian apabila dia gagal mendapatkan tray tersebut. Memang perlu bantuan dari staff supermarket lah ni, fikirnya lagi.
Belum sempat berpaling, dia dikejutkan oleh seseorang membantunya mendapatkan tray tersebut.
Dia tergamam melihat pemuda yang berdiri disebelahnya. Nampak familiar.
"Ahh thanks.. geez.." Zuri tersengih malu. "Another one, sorry," tambah Zuri kerana dia nak grab dua tray.
Pemuda tadi mendapatkan satu lagi tray cupcake dan menyerahkan kepada nya. Mata mereka bertemu.
Kensuke mengukir senyuman. Zuri membalas senyuman itu.
"Thank you so much," kata Zuri sekali lagi. Dia mengerutkan dahinya sambil memandang Kensuke.
"You're most welcome," jawab Kensuke. Dia menunggu jika wanita itu mahu bertanyakan sesuatu kerana dia pasti wanita itu ingat bahawa mereka pernah bertemu secara tidak sengaja beberapa hari yang lalu di sebuah butik kecantikan dan pada hari yang sama, pertemuan pertama kali tanpa sengaja di restoren.
Zuri mahu bertanya dimana dia pernah berjumpa dengan pemuda itu tetapi dibatalkan niat untuk bertanya kerana dia risau kalau soalan nya menimbulkan prasangka jika tersalah orang. Apatah lagi zaman sekarang. Susah nak percayakan orang. Lagi-lagi strangers.
Zuri akhirnya mengangguk dan meminta diri. Kensuke membalas anggukan, membenarkan Zuri berlalu pergi.
She doesn't remember me, does she? Kensuke menyisir rambutnya dengan jari sambil berkerut dahi. Dia berpaling memandang wanita itu. Wanita itu sudah hilang dari pandangan nya.
Ah, why bother? Fikir Kensuke pula. Dia segera mendapatkan tray pizza yang disimpan bersebelahan dengan tray cupcake tadi.
Tersengih pula dia apabila teringat wanita tadi tidak dapat menggapai tray cupcake.
Luckily you got me here, fikirnya sambil tertawa kecil. Dia membawa tray pizza kembali ke bahagian rak dingin dimana Catlyn berada.