Collided

17 1 0
                                        

Kensuke memandang semula pasangan yang berlalu sebentar tadi, menghampiri pintu keluar.

Tanpa sengaja dia terpasang telinga mendengar perbualan mereka. Masih jelas wajah kecewa wanita tadi. Suaminya pula kelihatan sugul. Mereka pergi tanpa sepatah perkataan. Dapat Kensuke bayangkan keadaan yang hening didalam kereta jika wanita tadi masih enggan bercakap.

"Baby, let's go," gambaran pasangan tadi lenyap sebaik sahaja Catlyn tiba-tiba menyapa.

"But you have not finish your food yet.. baby tak mau makan lagi?" Tanya Kensuke sambil meninjau makanan Catlyn yang masih separuh belum dijamah.

"Not anymore.. i want to go shopping.." jawab Catlyn sambil tersenyum lebar apabila teringat akan eye palette di kaunter MAC semalam.

Kensuke menggangguk akur dan segera bangkit lalu menuju ke kaunter pembayaran.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Terasa berat pula matanya malam ni.

It must be perfect to snuggle up in the bed at this time, fikir Kensuke.

"You looked tired la baby.. ok ke kita ke mall sekarang?" Tanya Catlyn apabila melihat Kensuke menguap sebelum drive out dari kawasan restoren.

"Ya tonight i feel tired.. tapi ok ja.. let's go," kata Kensuke senyum tipis sambil memutar stereng kereta keluar dari kawasan tersebut.

"Okay.." jawab Catlyn ringkas sambil membalas senyuman tunangnya.

* * *

"I nak keluar kejap," kata Zuri memecah kesunyian setibanya mereka di rumah.

"We just reach home.. sayang nak ke mana pulak ni?" Tanya Dean sebaik pintu kereta ditutup.

"Healing.." jawab Zuri sepatah. Dia mengeluarkan kunci Corvette C8 berwarna putih kepunyaannya.

"Come on Zuri.. tak kan la kita cancel plan ke Greece esok you act like this.." kata Dean, masih berdiri terpaku disebelah 4x4 LX570 Ninja King, gergasi berwarna hitam miliknya. Matanya hanya terpaku memandang isterinya yang sudah masuk ke dalam supercar putih tersebut.

Dia segera mengatur langkah sebelum pintu kereta ditutup.

"Dean, let me please.. i just need time to cool myself down," Zuri memandang tepat ke wajah Dean. "Please.." sambung Zuri menyebabkan Dean membiarkan saja pintu terus ditutup.

Bunyi ekzos dan screeching tayar seiring kedengaran apabila Corvette putih itu meluncur keluar dari kawasan rumah mereka.

Dean mengeluh panjang. Nampaknya Zuri benar-benar terkesan dengan keputusan yang di ambilnya. Apa boleh buat.. penerbangan ke Greece boleh diatur semula tetapi perjumpaan dengan kontraktor untuk projek million itu jauh lebih penting buat masa ni.

Ahh, biarlah dia sejuk dulu. Let her.. I know her well.. keluh Dean. Zuri sukar ditenangkan sekiranya dia sedang marah. Cara paling berkesan adalah biarkan dia sendirian dahulu. Things will get better after she cools down.

Dean segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Tanpa membuang masa dia terus menerjah bilik pejabat nya yang berada di basement rumah untuk membalas emel-emel yang belum sempat dia balas petang tadi.

* * *

Zuri membelek beberapa pilihan serum muka dan mencuba tester yang disediakan.

"Hey, Zuri.. how are you?" sapa Diana, salah seorang staff Sephora yang sudah biasa entertain Zuri setiap kali Zuri datang untuk shopping produk skincare nya.

"Hey Di.. good here.. how about you?" tanya Zuri semula. Kalau ikutkan hati dia malas mahu bercakap dengan sesiapapun buat masa ni tetapi keadaan pula memaksa. Nak tak nak layan je la.

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now