Zuri mempercepatkan langkahnya untuk selari dengan langkah suaminya.
"You walk so fast," kata Zuri.
Dean memperlahankan sedikit langkah nya. "Sorry, the meeting is at 6 sayang. Memang rushing betul,"
Zuri hanya mendengus kecil.
Dean memang awal sudah memberitahu Zuri bahawa pada petang itu mereka ada mesyuarat di pejabatnya. Nasib baik penerbangan dari Perth hanya memakan masa 6 jam untuk tiba di tanah air.
Oleh kerana kelas bisnes dibenarkan untuk keluar terlebih dahulu, mereka adalah yang terawal keluar dan melalui departure hall yang mulai dipenuhi oleh penumpang seterusnya.
"Mr and Mrs Dean, this way.." kata pramugari yang mendahului mereka berdua kerana laluan di sebelah kanan ditutup atas sebab masalah teknikal.
Zuri kemudian mengekori suaminya dari belakang kerana laluan satu hala tidak berapa sesuai untuk dua orang.
Sebaik sahaja masuk melalui laluan ke departure hall B, Dean memperlahankan langkah nya agar Zuri tidak tertinggal jauh dibelakang.
Kawasan tersebut sudah mulai dipenuhi oleh penumpang yang akan berlepas ke beberapa destinasi.
Zuri terpandang sekumpulan lelaki dan beberapa orang wanita yang memakai jacket yang sama. Crypstar Fortress tertera di belakang baju.
"Those are the eSports team," kata Dean. Dia adalah salah seorang MOBA player semasa umurnya diawal 20an namun dia tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pro player. Hanya bermain sekadar suka-suka.
Hp Dean berdering beberapa kali. "Yes, Andrew. Will attend it in one hour time. Yes. Yup.. ok.. see you later,"
Zuri mengerling seketika pada sekumpulan pemain-pemain disitu. Dia berpaling dua kali apabila melihat wajah dua orang pemuda yang kelihatan familiar terutamanya pemuda yang berkulit cerah dan agak tinggi itu.
Pemuda itu memandangnya dan mengukir senyum. Zuri cuba mengingat siapakah pemuda itu, tetapi mindanya tidak bekerjasama dengannya. Dia membalas senyuman dua pemuda itu sambil kakinya melangkah melalui kawasan tersebut.
"Sayang, I think we should go for early dinner. Better makan dulu lah before I go to the meeting," Dean berpaling menghadap Zuri seketika.
Zuri berpaling kembali memandang suaminya. "Oh, ok.. where shall we dine?" Dalam masa yang sama dia berfikir, dimana dia melihat pemuda tadi. Sangat familiar. Masih lagi tertanya-tanya.
Zuri menoleh ke belakang. Kelihatan semua penumpang sedang berjalan masuk melalui laluan B tadi. Player eSports sudah tidak kelihatan.
"Not sure but I'm quite hungry," jawab Dean. Mereka sudah tiba ti kawasan collect baggage.
"I don't think sempat lah sayang," kata Zuri sambil mengerling jam tangannya.
Tadi Dean cakap pukul 6 petang ada perjumpaan dengan client, ada final discussion bahagian premix untuk projek sekolah pedalaman yang sedang berjalan sekarang. Tapi jam sudah menunjukkan pukul 5.15 petang.
"Hmm," Dean berfikir sejenak. "I think i better just grab subway bun for now. Later after meeting we can go dine out," dia memandang isterinya.
"That's cool. I'm still full anyway," kata Zuri setuju.
Selesai mendapatkan luggage, mereka terus mengatur langkah keluar dari kawasan tersebut.
Pemandu peribadi sudah berada di luar, menunggu mereka berdua.
"Send me to Akashi then drive Zuri back home," kata Dean kepada pemandu peribadinya.
"Ok sir," jawab Mervin selaku pemandu peribadi Dean Camden.
Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke rumah, Zuri masih cuba mengingat wajah dua pemuda tadi.
Semasa menerima text dari Brent, barulah dia betul-betul ingat. Dua pemuda tadi adalah customer gym yang enrol untuk full package free for 3 months sebulan yang lalu.
Ah, the boys, bisik hati Zuri sambil tersenyum puas kerana akhirnya dia menemui jawapan kepada tanda tanya nya 30 minit yang lalu.
Pro player? Tanya Zuri sendiri didalam hati. Dia tidak menyemak kembali borang pendaftaran yang diisi dua pemuda itu sebulan yang lepas kerana semua pendaftaran customer diuruskan oleh Brent, yang sudah bekerja 2 tahun di Zen Gym.
* * *
"Your wish come true bro. Baru je tadi kau tanya pasal dorang berdua," kata Kensuke tersenyum lebar.
Puas hatinya apabila Flame melihat dengan matanya sendiri dan ini kalilah Kensuke mengamati wajah suami wanita itu.
Orangnya kelihatan sangat serius dan matang. Memang good looking. Tinggi dan tegap.
Flame melabuhkan punggungnya disebelah Kensuke. Mereka sudah berada didalam pesawat dan akan berlepas dalam masa 15 minit lagi.
"High class, obviously," kata Flame tersenyum tipis. "But he looks too serious la. Macam mana lah owner gym tu boleh kahwin dengan lelaki jenis muka straight macam tu je," sambung Flame.
Kensuke tertawa kecil apabila mendengar omelan Flame.
"Duit kot. Sebab tu dia ok je kahwin ngan laki tu," kata Flame lagi.
"Kot," jawab Kensuke setuju. Wajah wanita tadi masih bermain di kotak mindanya. I guess now she remember, bisik Kensuke didalam hati.
Tidak lama kemudian, dua orang pramugari mula memberikan tunjuk ajar cara memakai tali pinggang keledar dan corong udara kecemasan kepada penumpang-penumpang pesawat tersebut.
* * *
Seminggu sudah Cryptstar Fortress berada di Monaco. Mereka masih dalam kategori group stage. Buat masa ni mereka belum dapat dikalahkan oleh team lawan. Best of 3 dihabiskan tanpa memberi sebarang mata kepada pihak lawan. Semuanya di sapu habis oleh team Cryptstar Fortress.
"Guys, kita dah melepasi group qualification. Kalau kalah dengan Dominance eSports pun kita tetap mara ke semi final ni," kata Coach Starlash sambil memandang mereka berlima.
Mereka semua sangat teruja dan masing-masing ada cerita tersendiri semasa tournament sebentar tadi. Esok adalah hari terakhir mereka didalam group stage.
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mesej dan panggilan Kensuke tidak berbalas.
Baby, where are you? Tanya Kensuke sambil melihat jam tangannya. Sudah jam 1 pagi tetapi kenapa text dan panggilannya tidak berbalas?
Flame dan rakan yang lain sudah lama diulit mimpi tetapi Kensuke masih berjaga. Hatinya resah. Risau ada, marah pun ada. Dia risau kalau ada apa-apa yang tak baik terjadi kepada Catlyn di sana. Apatah lagi Catlyn berseorangan di rumah, dia pun jauh dari sekarang. Tidak juga Catlyn memberitahunya jika hari ini Catlyn akan sibuk dan sukar untuk dihubungi.
Tanpa disedari akhirnya Kensuke tertidur dengan hp masih di atas dadanya.
YOU ARE READING
Defeated To Her
FanfictionAs a young gaming champion takes on the challenges of the virtual battlefield, he finds himself plunged into an emotional maelstrom after falling head-over-heels for a striking millionaire's wife, testing the limits of loyalty, desire, and the quest...