04

691 48 0
                                    

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

Muzik kuat berdentum menyapa gegendang telinganya. Namun bunyi itu sedikit pun tidak menganggunya malah ia membawa satu keseronokan. Dia menari sepuasnya sehingga orang di club malam itu mula bersorak untuknya.

Dalam hatinya, cuma Dianne yang tahu seberapa banyak sumpah seranah dia hadiahkan untuk Isaac. Rasa ingin dia cekik sahaja Isaac apabila ingat kembali kini dia adalah sugar baby secara paksa kepada jejaka itu.

Nyaris dia didekati oleh seorang lelaki asing tetapi Laila lebih cepat menarik tangan Dianne untuk berlalu dari kawasan sempit dan padat itu. Selalunya Laila yang susah untuk dikawal tetapi malam ini Dianne sedikit agresif.

"Laila, kenapa tarik aku?!" Marah Dianne. Rambut panjang terurainya diraup ke belakang.

"Kau mahu ke jadi lauk lelaki sebarangan dekat sini?" Ujar Laila sambil menarik tangan Dianne lalu didudukkan di kerusi bar.

Dianne berdecit kasar.

"Aku nak enjoy puas-puas malam ini." Ujar Dianne.

"Kau cakap kau datang jumpa aku sebab nak cerita tentang sugar daddy baru kau. Lama tau aku tunggu kau buka mulut, aku dah tak sabar nak tahu ni."

Dianne mengerling sekilas Laila di sebelah. Muka teruja wanita itu langsung tergambar di wajah. Haih, bagaimana dia nak terangkan kepada Laila bahawa sugar daddy nya adalah Tengku Isaac Mateen? Kalau dia bagitahu siapa sugar daddy nya, bakalkah wajah teruja itu kekal sama?

Separuh daripada hatinya yakin, kelab malam ini akan runtuh apabila Laila dapat tahu.

Tidak semena-mena keluhan terbit dari bibir merah Dianne.

"Macam ada masalah besar je kau ini? Bukankah sepatutnya kau happy dapat lelaki kaya yang boleh taja hidup kau?" Laila mengerutkan dahinya. Aneh dengan sikap pelik Dianne. Sebenarnya sejak sampai di sini pun kawannya itu sudah bersikap pelik.

Dianne masih lagi diam. Masih menyusun kata yang amat sukar dia suarakan.

"Teruk sangat ke lelaki tu? Kaki pukul? Suami orang? Ataupun dia paksa kau buat hubungan-"

Dianne laju menekup mulut Laila. Terkebil-kebil mata Laila. Wajah Dianne kelihatan serabut tika ini. Laila semakin penasaran kerana temannya itu jarang sekali sensitif begini.

"Siapa-"

"Tengku Isaac Mateen. " Dianne lebih pantas membidas. Sikunya ditongkat atas meja lalu wajahnya ditekup dengan tapak tangan.

"Fuck you!" Carut Laila kuat sehingga ramai kepala mula menoleh ke arah mereka berdua. Sudahlah fikirannya serabut, Laila pula memberinya malu.

"Kau dah gila ke Anne?" Nadanya serius kemudian bahu Dianne ditarik supaya menghadapnya. Dia mahu brainwash otak si Dianne. Mana tahu banyak sudah longgar.

"Ya, aku tahu..." ujar Dianne perlahan saja seakan tidak bermaya.

"Mana pergi telinga kau waktu aku pesan jangan dekat dengan lelaki itu? Kau guna tak telinga ni?" Bebel Laila sambil meraba-raba telinga Dianne yang disangkut earcuff jenama mewah itu.

Terus Dianne menepis tangan itu. Laila ini bikin malu sahaja! Ini yang dia malas hendak cerita pada Laila. Sahabatnya itu pasti overreacting.

Kalut!

"Aku tak tahu itu dia waktu tu, Ila." Kata Dianne.

"Habis itu? Waktu kau dah tahu itu dia, kenapa kau tak cabut lari je? Kenapa sampai setuju nak jadi sugar baby dia? Kau cakap terus terang, Anne. Kau memang sengaja hendak masuk mulut buaya ke?" Soal Laila bertalu-talu. Selagi dia tidak tahu kisah sebenar, dari awal sampai ke akhir, selagi itu dia akan korek.

Attraction (SU) Where stories live. Discover now