05

764 34 10
                                    

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

"Anne."

"Anne?"

Panggilan Laila tidak bersahut. Lepas balik dari kelab malam, malam tadi dia bercadang untuk tidur saja di rumah Dianne. Lagi pula, Dianne agak mabuk walaupun baru minum sikit.

"Anne? Kau tak bangun lagi ke?" Ujarnya. Kakinya dibawa menghampiri bilik tidur Dianne. Pintu bercat putih itu dikuak perlahan.

"Kau masih tidur ke?" Laila menghampiri Dianne yang didapati masih berselubung dalam comforter tebal itu. Dia harus bangunkan Dianne memandangkan petang nanti mereka ada kelas.

Comforter itu ditarik sedikit namun Dianne memegangnya dengan lebih kuat.

"Perut aku sakit, Ila..." adu Dianne sambil memegang perutnya dengan wajah yang berkerut. Peluh dingin menitis pada dahinya. Sakit yang terlampau sakit. Susah untuk dia bergerak.

"Inilah jadinya bila kau degil nak minum juga!" Marah Laila.

"Jom kita pergi hospital." Sambungnya lagi. Dia sedikit panik melihat wajah Dianne yang sedang kesakitan itu.

Dan-dan itulah telefon Dianne berdering kuat. Laila yang baru sahaja ingin melangkah mengambil kunci kereta, terus terhenti. Telefon Dianne digapainya, tertera nama Tengku Isaac Mateen.

"Tak payah angkat, Ila." Pinta Dianne bernada lemah. Dia dapat mengagak siapa yang memanggil kerana dari pagi tadi Isaac asyik menelefonnya.

Tanpa hiraukan Dianne, Laila mengangkat panggilan itu.

"Hello tengku." Sapa Laila. Dia berlalu menjauh sedikit dari Dianne. Wajah Dianne dah mula menyinga dengan tindakannya.

"Who's this? Anne mana?"

"Saya kawan Dianne, Laila. Anne ada tengah sakit perut." Jelas Laila.

"Teruk sangat ke?"

"Ya, tengku. Lepas ini saya nak bawa dia-"

"Tunggu situ. Aku datang."

Panggilan terus ditamatkan tanpa sempat Laila menghabiskan kata.

"Dia cakap apa?" Sedaya upaya Dianne mengeluarkan suaranya.

"Dia cakap dia nak datang." Balas Laila tidak beriak.

"Aku dah cakap jangan jawab call dia!" Marah Dianne. Hesy, kalau berkaitan dengan Isaac memang automatik buat darah dia naik. Sakit di perutnya tiba-tiba beralih ke hati.

Laila angkat bahu.

"Apa guna ada sugar daddy kalau kau tak manfaatkan? Kalau dia bawa kau ke hospital, sudah tentu kau akan duduk dalam bilik vip yang selesa. Kau mahu ke beratur panjang dengan pesakit-pesakit yang lain?" Laila memberi alasan.

Dianne malas menyahut. Perutnya semakin memulas. Sakit yang terasa sampai ke hulu hati. Ah, menyesal dia minum malam tadi. Terpaksalah dia tak hadir ke kelas petang ini.

"Sementara tunggu tengku datang, aku gosok minyak panas bagi kau lega sikit." Cadang Laila. Paniknya tadi hilang entah ke mana.

Dianne membebel sendiri di atas katil.

Lima belas minit berlalu, sakit di perutnya sedikit kurang setelah minum air panas dan digosok dengan minyak angin. Laila sedikit tersentak apabila pintu apartment Dianne tiba-tiba dibuka secara mengejut.

Terperanjat apabila Isaac terus meluru masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dari mana lelaki itu tahu nombor password rumah Dianne? Mustahil Dianne bagitahu.

Attraction (SU) Where stories live. Discover now