Tengku Isaac Mateen
&
Dianne FeloraMatanya dikedipkan beberapa kali sebelum ia benar-benar dapat dicelikkan. Badannya pula mengeliat diatas katil hospital itu. Sekelilingnya dipandang. Cuma ada dia.
Telefonnya cuba dicari di dalam setiap laci pada bahagian tepi katilnya. Ada beberapa mesej dari rakan-rakannya berkenaan kelasnya hari ini. Jam di skrin telefon dipandang, pasti Laila sudah habis kelas saat ini.
Ah, bosannya!
Rasa hendak balik. Perutnya juga sudah kurang meragam. Kalau minta discaj awal, bolehkah?
Sedang Dianne larut dengan pemikiran sendiri, pintu terbuka dari arah luar. Muncul figura Isaac yang kini sedang menapak ke arahnya.
Lelaki ini kelihatan risau ketika dia sedang sakit tadi. Dan Isaac juga sanggup datang ke rumahnya untuk membawanya ke rumah sakit. Hal itu buatkan dia terfikir sebab daripada tindakan Isaac. Sebelum ini juga dia punya sugar daddy, tetapi tidaklah seperti Isaac.
Sebelum ini, tugasnya sebagai sugar baby hanyalah menjadi peneman bosan sugar daddynya. Lain daripada itu, mereka tidak ambil tahu atau masuk campur. Isaac pula lain. Setakat ini lelaki itu tidak pernah menyuruhnya untuk menemani dirinya jika sedang bosan. Cuma panggilan telefon dan mesej saja. Itupun, Dianne tidak balas.
Dan Isaac juga tidak memaksanya. Ataupun lelaki itu belum tunjuk belang lagi? Dia jadi bingung.
Patut ke dia buat sesuatu yang bisa menunjukkan emosi Isaac? Sekadar mahu lihat, apa tindakan lelaki itu padanya.
"Mengelamun apani?" Soal Isaac hairan. Dari dia masuk hingga sekarang Dianne merenung lama wajahnya. Dahi Dianne dicium sekilas.
Hampir-hampir saja dia tewas dengan tatapan Dianne, ingin saja dia cium seluruh wajah putih bersih itu.
"Huh? Tak ada apa-apa. You dari mana tadi?" Ujar Dianne. Dia kembali pada realiti apabila sedikit tersentak dengan ciuman Isaac pada dahinya.
Fikirannya tadi diusir jauh.
"I dari rumah parents I. Perut you macam mana, okay dah?" Tanya Isaac sambil menuang air kosong yang tersedia ke dalam gelas. Kemudian segelas air itu diberikan kepada Dianne.
Dianne angguk kepala sebagai balasan sambil menerima huluran itu tanpa banyak bunyi. Tekaknya memang sedang haus sekarang ini.
"Tomorrow I'll not be around for three to four days. I ada kerja di Singapore." Terang Isaac. Dia melabuhkan duduknya di birai katil bersebelahan Dianne.
Katil itu cukup luas dan selesa untuk Dianne bergerak. Malah ruangan bilik ini juga sangat luas dan mewah. Dia yang meminta untuk menempatkan Dianne di bilik vip.
Dianne sekadar angguk kepala dengan kenyataan Isaac. Untuk apa lelaki itu memberitahu jadualnya pada Dianne? Tiada kaitan pun dengannya.
"Sepanjang I takda, I taknak you buat perangai dekat sini. Study je, tak lama lagi nak exam kan." Pesan Isaac. Wajah Dianne mula berkerut.
"I buat perangai sekalipun, tak ada urusannya dengan you." Ujar Dianne tidak puas hati. Isaac jelas tidak suka dengan bicara Dianne itu.
"Of course ada! The agreement has been signed so you were mine. You need to obey me, no matter what." Tegas Isaac. Dianne tergelak kecil.
YOU ARE READING
Attraction (SU)
RomanceTertarik pada pandangan pertama hanya kerana rupa paras, itu definisi mudah untuk perkataan ATTRACTION. DIANNE FELORA, miliki aura itu. Ironinya hanya dengan satu sentuhan, TENGKU ISAAC MATEEN terbuai dalam pangkuan. Tetapi, berada di bawah kawala...