09

726 45 6
                                    

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

Isaac dan Dianne sama-sama melangkah keluar dari kereta. Dianne tampil cantik dan simple dengan maxi dress berwarna putihnya. Ah, dia suka baju itu! Pandai Isaac pilih. Isaac belikannya banyak baju cantik-cantik sehinggakan dia sukar untuk buat pilihan yang mana satu ingin dipakainya.

Senyuman lebar terbit di bibir Isaac memandang Dianne yang sedang berpusing sehinggakan kain gaun itu sedikit terbang. Serasa bagai dialah punca wajah ceria itu terlakar indah di wajah Dianne.

Isaac berjalan mendekati Dianne. Tapak tangannya disuakan kepada Dianne. Meminta agar wanita itu menyatukan tapak tangan mereka. Dianne menghadiahkan sebaris senyum manis lalu mengenggam kemas tapak tangan Isaac yang jelas jauh lebih besar berbanding tapak tangannya.

"You look so damn pretty in this dress." Bagai ada rama-rama terbang dalam perut dikala suara garau itu memujinya. Ah, lelaki itu memang tahu bagaimana hendak mengayat perempuan!

Isaac mencium sekilas tangan Dianne yang ada dalam genggaman eratnya sambil matanya lekat memandang Dianne.

"And you look so fucking hot with sunglasses on." Puji Dianne dengan nada berbisik lalu turut sama mencium tangan berurat itu persis yang Isaac lakukan beberapa saat tadi. Kemudian, Dianne kenyitkan mata pada Isaac.

Dan Isaac tidak mampu menahan senyumnya. Lelaki itu tertawa kecil menampakkan baris giginya yang tersusun cantik itu.

"Jom!" Ajak Dianne seraya menarik genggaman tangan mereka menghampiri manusia yang sudah berbaris panjang di hadapan.

Terjengket-jengket kaki Dianne melihat orang ramai yang sudah bersusun untuk masuk. Jam di tangan ditilik, dalam sepuluh minit lagi pintu akan dibuka.

Destinasi pertama mereka adalah Cameron Highlands Flora Park. Dianne jadi sangat tidak sabar untuk melihat keindahan taman bunga itu dengan matanya sendiri.

Isaac turut sama memerhati keadaan di sekeliling yang penuh dengan orang ramai. Haih, ramainya orang datang hari ini. Kalau dia tahu, dia booking awal tempat ini untuk dikosongkan satu hari buat dia dan Dianne.

Isaac tidak gemar menunggu. Baginya membuang waktu.

Lebih kurang lima belas minit berbaris, kini giliran mereka berdua pula untuk menaiki sebuah pickup truck bagi membolehkan mereka sampai ke taman bunga tersebut. Itu satu-satunya cara untuk sampai ke atas kerana jalan yang sempit dan tak rata.

Dalam pada itu, telinga Dianne banyak kali menangkap bunyi keluhan dari Isaac. Hampir saja dia mahu balik kerana lelaki itu asyik mengadu lambatlah, sesaklah dan lain-lain. Sikit lagi Dianne mahu hentak kaki dan buat tantrum disitu.

Nasib baik hatinya terpujuk apabila Isaac tetap jadi gentleman dengan mengutamakan keselamatan Dianne dalam keadaan yang kurang selesa itu. Contohnya, Isaac hulurkan tangan bagi membantu Dianne naik ke atas pickup truck. Lelaki itu juga memeluk pinggang Dianne kemas apabila perjalanan sedikit bergelombang.

Tak lupa juga, Isaac banyak kali menghalang kain gaun Dianne daripada terselak oleh angin.

Tidak lama selepas itu, mereka tiba di pintu masuk ke Flora Park. Di pintu masuk itulah ada kaunter untuk pengunjung membeli tiket.

Attraction (SU) Where stories live. Discover now