TUAN EIRMAN-03

138 24 4
                                    

       AKU tak tahu lah nak gembira ke nak menangis. Sebaik sahaja Tuan Eirman dan wanita yang berada di sisinya, Ayla Hasya pulang menaiki kereta mewah milik Tuan Eirman, Mercedes-Benz G Wagon berwarna hitam.

Air mukaku terus berubah. Dia dah balik Malaysia? Bila? Eirsha pun mesti tak tahu. "I don't deserve him! I will never be his, learn your place Farah." Desis hatiku. Suram.

Mood aku memang dah tiada untuk hari ini. Aku nak melawat tok wan di hospital. Aku nak fokus pada tok wan sahaja sekarang. Kalau aku ada dekat rumah papa dan mama. Silap-silap kena palau. But, it's okay. I'm Puteri Farah's right? Kataku cuba memberi diriku semangat.

"Kak Aina tolong tengokkan kafe ya? Saya nak kena pergi hospital pula ni, nak melawat Tok wan." Kataku lembut.

Cik Aina lantas mengangguk. "Baik, Cik Farah." Katanya. Aku lantas bergerak ke arah keretaku, Porsche Taycan berwarna merah jambu muda. Ya, aku geng dengan Eirsha. Dia warna biru, aku pulak warna pink. Don't worry, Saga aku ada je kat rumah.


















Setibanya aku di private hospital milik tok wan, aku terus keluar dari kereta. Kunci kereta terlebih dahulu lantas masuk ke gedung hospital besar itu. Sebenarnya aku nak melawat tok wan sahaja, hari ini aku cuti. Aku terus melangkah ke bilik VIP, 01.

        "Ktuk! Ktuk!" Aku mengetuk pintu terlebih dahulu. "Assalamualaikum, tok wan!" Kataku ceria kepada insan yang paling aku sayangi.

Datuk Seri Borhan tersenyum sambil berkata "Waalaikumussalam, cucu atuk." Kata Datuk Seri Borhan. Tubuh atuk nampak lemah tapi dia gagahkan jua kudratnya.

"Tok wan, are you okay?" Kataku dengan nada risau sambil duduk di kerusi sebelah katilnya.

"Tok wan okay, jangan risau." Kata Datuk Seri Borhan. Sengaja tak nak bagi aku rasa sedih. Aku mendengar bunyi air di dalam tandas. Pelik. Tok wan tak tutup paip air ke?

Tiba-tiba, aku mendengar pintu bilik tandas terbuka. Keluarnya seorang jejaka yang mungkin aku cintai?

Tuan Eirman hanya berdehem. "Hah, tok wan tahu korang mesti dah lama tak jumpa kan?" Kata Datuk Seri Borhan.

Aku hanya mengangguk. "Iya, tok wan. Semalam pun Eirman baru sampai Malaysia. Tengahari ni sempat melawat tok wan." Kata Tuan Eirman.

Dah lama aku tak jumpa Eirman. Rindu? Hampir 4 tahun hubungan kami terputus. Tiba-tiba dapat tahu dia dah ada kekasih lain.

Tok wan hanya mengangguk setelah mendapat balasan dari Tuan Eirman. "Makin segak kamu sekarang, ya! Entah-entah dah dapat perempuan Russia." Kata Datuk Seri Borhan. Tok wan sakit-sakit sempat lagi nak usik orang.

Tuan Eirman hanya ketawa kecil, melayan usikan tok wan. "Tok wan ada nak makan apa-apa ke?" Tanyaku, langsung tidak memberikan perhatian kepada Tuan Eirman di sebelah.

"Tok wan dah makan, Eirman ada bawakan makan untuk Tok wan tadi." Kata Tok wan. Ceria. Aku hanya mengangguk. "Baguslah kalau macam tu." Kataku sambil tersenyum kecil ke arah Tok wan.

       Tok wan bangun perlahan-lahan. "Eh! Tok wan nak pergi mana ni?" Pantas aku bertanya sambil membantu Tok wan untuk bangun.

"Tok wan nak pergi tandas kejap. Kamu tunggu sini dengan Eirman, ya?" Kata Tok wan yang telah masuk ke dalam tandas.

Eirman hanya memandangku. Aku hanya mendiamkan diri apabila sedar bahawa aku sedang diperhatikan oleh Tuan Eirman. "I'm sorry about earlier." Kata Eirman. Dingin.

TUAN EIRMANWhere stories live. Discover now