TUAN EIRMAN-14

29 7 1
                                    

WARNING!⚠️ Episod kali ini mempunyai kandungan bahasa yang kasar, diharap para pembaca tidak mencontohi perkataan-perkataan tersebut-Author.

                                           *

    "I have told you many times, jangan bahayakan nyawa kau, Alisya!" Marah Fahd Athif ke arah Alisya Arianna.

Risau dia dengan rakannya yang seorang ini. Semakin menjadi-menjadi dendamnya terhadap pembunuh arwah Firman Zikri.

Dia agak kecewa kerana walaupun setelah beberapa tahun mencari maklumat pembunuh tersebut, ianya masih tidak dijumpai.

Alisya hanya mengangkat bahunya. Tidak mengendahkan nasihat Fahd. Dia tahu apa yang dia buat.

"If this is for 'him', I sanggup korbankan nyawa I Fahd." Balas Alisya Arianna. Selamba.

Arwah Zikri sanggup korbankan nyawanya untuk orang yang dia sayang, Alisya pun sanggup juga untuk korbankan nyawanya.

"Kau jangan nak mengarut. Arwah dah berusaha keras supaya hubungan kau dan dia tak diketahui oleh pihak musuh. Dan kau, senang-senang je nak bagi pihak musuh indentiti kau?" Kata Jebat Maleq. Agak bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh gadis tersebut.

Tertunduk kepala Alisya Arianna dibuatnya. Sedar akan kesalahannya. Namun, ini satu-satunya perkara yang dia boleh buat.

"Saya tak nak kematian dia jadi sia-sia, korang faham tak?" Kata Alisya bersama mata yang berkaca-kaca. Menahan sebak.

Hatinya sakit bila terkenangkan memori manisnya bersama arwah Firman. He'a kind, he's the one who treat me right.

"Kitaorang faham. But, we already promise that you don't need to put yourself into a dangerous situation, right?" Ujar Fahd Athif.

"I remember that promise, I'm sorry." Kata Alisya Arianna. Air mata yang ditahan kini dibiarkan mengalir. Deras.

Memori manisnya bersama arwah Firman kian berlegar di kepalanya.







                                          ***










"AWAK suka tak?" Soal Firman Zikri. Lembut.

Cincin berjenama HABIB JEWELS dikeluarkan dan diberikan kepada Alisya. Ini adalah janji temu pertama mereka.

Suasana pantai membuatkan pemandangan di sekitar mereka tenang dan indah. Sesuai untuk keluar berjanji temu.

"Suka! Pandai awak pilih. Terima kasih, Fir." Kata Alisya Arianna. Gembira. Lesung pipit yang berada di pipi kirinya terserlah.

"Baguslah kalau awak suka, adik saya yang tolong saya pilihkan cincin ni. Saya tak pandai sangat bab-bab macam ni." Ujar Firman Zikri. Jujur.

Dia ajak Farah teman dia pilih cincin, budak kecil tu on aje asalkan dapat ice cream.

"Well, she has a good taste." Puji Alisya. Dia tak menyangkal bahawa cincin yang dipilih oleh Farah memang cantik.

"She is." Balas Firman Zikri. Ceria. Nasib baiklah Alisya suka.

"Awak jom jalan-jalan di persisiran pantai!" Ajak Alisya yang telah meluru ke persisiran pantai. Menanti Firman mengejarnya.

"Don't run, latifah!" Ujar Firman Zikri lantas mengejar Alisya yang kian meninggalkannya.

Alisya yang mendengarnya terus cemberut.

"Latifah, latifah. Nama I Alisya lah!" Marah Alisya Arianna. Masam mencuka mukanya. Nama perempuan mana lah Firman petik ni.

Tergelak kecil Firman dibuatnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 9 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TUAN EIRMANWhere stories live. Discover now