TUAN EIRMAN-05

128 24 2
                                    

         "I love white roses." Kataku. Patutkah aku mengucapkan terima kasih? Malu lah pulak! Tadi kemain jual mahal.

Masalahnya darimana si Unknown ni tahu alamat rumah aku. Don't tell me that he's stalking me!

Curiga pula aku dibuatnya, Unknown okay ke tak okay ni? Seram pula dibuatnya.
















"About my tok wan. Macam mana condition dia sekarang?" Tanyaku kepada doktor peribadi keluargaku, Dr. Khayla Shifa. "Keadaan Datuk semakin menurun mungkin akibat faktor usianya." Balas Dr. Shifa.

"Takde apa-apa cara ke untuk tok wan sembuh?" Tanyaku. Risau. "Malang sekali, tiada. Kanser paru-paru boleh membawa maut seperti yang anda tahu. Faktor usia Datuk yang sudah tua menjadikan antibodi Datuk semakin lemah." Balas Dr. Shifa.

Aku hanya mengangguk, tanda faham. Aku juga merupakan seorang doktor. Namun, ini bukan kepakaranku. "Thanks, doc." Kataku. "You're welcome." Kata Dr. Shifa yang meninggalkanku sendirian di luar ruangan bilik VIP tok wan.

Aku takut. Macam mana kalau tok wan dah takde? Siapa yang nak dengar celoteh aku nanti? Ingin sahaja aku menangis di sini. Mama dan papa? Mereka tak pernah melawat tok wan semenjak tok wan masuk ke hospital. Kejam bukan?

Tiba-tiba, aku disapa oleh sosok wanita yang sudah berusia dalam lingkungan 50-an. It's Puan Emelia, Eirman and Eirsha's mama. Dah lama aku tak jumpa Aunty Emelia, rindu!

"Farah, are you okay?" Tanya Puan Sri Emelia. Risau. "I'm okay, aunty. Farah cuma risau tentang condition tok wan." Kataku. Sebak.

"Oh My! Please don't crying. I'm here with you, sayang." Kata Puan Sri Emelia. Penuh kasih sayang. Damn, I hope that I can be your daughter. I know you always treats your kids with love! Sedikit sebanyak aku kesal, cemburu dengan Eirman dan Eirsha. They're lucky! Their mama and papa layan diaorang dengan baik.

Puan Sri Emelia lantas memelukku. Cuba memberikanku semangat. Aku membalas pelukannya. Hangatnya pelukan seorang ibu yang aku tak pernah dapat dari mama, Datin Dahlia. Akhirnya, meletus juga tangisan yang aku tahan selama ini.

"Aunty, kenapa nasib I macam ni?" Lirihku.

"Shut! Allah takkan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu! And now, look at you Farah. You mampu, sebab tu Allah uji you." Kata Puan Sri Emelia.

Ada benarnya kata-kata Puan Sri Emelia tersebut. Tan Sri Ehsan yang baru sahaja tiba hanya tersenyum melihat gelagat mesra kami berdua.

"Haih! Dah macam menantu. Kita dah boleh start masuk meminang Farah untuk anak teruna kita ni." Sakat Tan Sri Ehsia. Cuba mengubah suasana.

"Bagus juga! Eirman pun dah 36 tahun, atleast ada juga orang yang temani dia sampai ke hari tua. Kalau tidak, kerja je memanjang. Inipun, dia balik semula ke Russia. Soal kerja lagi!" Kata Puan Sri Emelia.

Aku terdiam, Eirman pergi ke Russia balik? Urusan apa? Sepatutnya kami berdua perlu berjumpa di kafe petang ini, mungkin dia lupa? Come on, Farah. You're not a part of him. So, stop thinking about him!

Elok dinikahkan aje Eirman dengan kerja dia tu. Padan muka! Harap muka aje hensem tapi red flag, benci! "Macam mana keadaan tok wan Farah?" Tanya Tan Sri Ehsan. Prihatin.

Aku yang baru sahaja meleraikan pelukan dengan Aunty Emelia hanya menggeleng lemah. "Condition tok wan. It's getting worse. Tok wan disklirifikasikan sebagai pesakit kanser paru-paru tahap 4." Kataku.

"Allah!" Jelas reaksi terkejut daripada Tan Sri Ehsan.

"Eirsha tak datang ke?" Tanyaku, padahal semalam baru aje jumpa.

TUAN EIRMANWhere stories live. Discover now