"Kak Nor, jadi ke hiking weekend ni?" soalku mengirim WhatsApp pada kawan aku, yang juga isteri kepada Cikgu Sham
"Eh, bukan ke mak ayah Sya ada kat rumah?" balasnya selepas beberapa ketika
"Rasanya weekend nanti diorang dah balik, diorang memang sengaja datang weekdays, nak elak jem"
"Ooo, kalau gitu OK la, dengar citer husband kita pun nak kayuh"
"A'aa, Sya pun dengar juga, suami Sya ada bagi tau" balasku
"OK, nanti apa-apa akak bagitau balik ye?"
"OK kak"
Bermula dari kenalan biasa, lama-kelamaan menjadi akrab kerana dek hobi yang sama, iaitu melakukan aktiviti outdoor. Aku memang minat hiking, dan bila aku mengajak Kak Nor join, dia pun mula berminat. Mengikut katanya, dia tidak pernah hiking sebelum ini, kerana sibuk dengan kerja. Setelah bergelar suri rumah, barulah dia mencari aktiviti yang sesuai bagi mengisi masa lapang. Kini, kami menjadi buddy, kawan dan teman yang sama-sama berminat untuk meneroka alam semulajadi. Kami telahpun bersama-sama memasuki Mossy Forest, dengan bantuan guide, kami juga telah menakluki Mok Cun, Broga dan Berekeh. Mungkin suatu hari nanti, kami akan mencuba Kinabalu.
Apa yang menariknya, nama mereka berdua sama dengan nama ibu dah ayahku. Namun perbezaan hanya dari segi nama penuh. Aku ingat lagi kali pertama kami berkenalan, tergelak juga dibuatnya.
"Hehehe, tak sangkakan, sama pulak" ujarku apabila kami memperkenalkan diri masing-masing. Ketika itu kami berdua duduk lepak di mamak, sementara menantikan suamiku dan suaminya menjamu mata di kedai basikal berdekatan.
"Tu la pasal...hehee" Kak Nor juga berasa lucu.
"Mak Sya nama penuh dia Norfaizah, panggil Nor"
"Akak pula, Nor Fazlina. Kawan keje panggil Ina, keluarga je panggil Nor. Masa mula kenal dengan suami, dia panggil Ina gak, bila dah confirm baru dia panggil Nor"jelas Kak Nor panjang lebar.
"Ooo, macam tu, ada pulak panggilan lain-lain...hehehe"
"Aáa, ayah Sya nama apa?"
"Ayah nama Mohd Hisham, diorang panggil Sham"
"Hehehe, panggilan sama macam nama suami akak, tapi nama dia Badrul Hisham"
"Macam janji le pulak kita ni kan kak...hehehe" balasku turut ketawa.
Dari sehari ke sehari, hubungan aku dengan Kak Nor makin rapat, makin akrab. Selalu berwasap dan berjumpa lepak sama-sama minum minum apabila aku kelapangan. Sesekali aku ke rumahnya, begitu juga dia ada bertandang ke rumahku. Hubungan yang rapat itu, membuatkan sedikit sebanyak rahsia yang selama ini terpendam, mula tiris. Dari situ, aku mengetahui yang Kak Nor juga seorang yang nakal sepertiku, nama apa yang memeranjatkan aku ialah kenakalan direstui oleh suaminya. Masa akan menentukan.
YOU ARE READING
ENDEMIK ( sambungan PKP)
Narrativa generaleKesinambungan kehidupan anak menantu Hisham dan Nor yang telah kembali ke tempat masing-masing setelah PKP ditamatkan. Mereka semua telah kembali bekerja seperti biasa, keadaan negara juga kembali tenang, boleh rentas negeri, melancong dan bergerak...