"Abang .... apa yang dimenungkan tu", tegurku apabila melihat suamiku yang ralit memandang siling bilik.
"Eh.. Lia sayang ... terkejut abang." Jawabnya tersentak, mesti suamiku tak sedar yang aku masuk melalui pintu bilik air. Suamiku bingkas menaikkan badannya untuk berada dalam keadaan duduk di birai katil. Aku yang berdiri turut melabuhkan punggung di sebelah suamiku. Suasana sepi, kami membisu buat seketika.
"Lia OK ke sayang?" suamiku bersuara memecahkan kesunyian.
"OK" jawabku ringkas.
"Maksud abang, selepas Lia bersama Haikal tadi.
"Errr ....." agak serba-salah hendak menjawab soalan suamiku ini kerana aku tahu aku tidak bersama Haikal semasa suamiku berdua-duaan dengan Kak Bella tadi.
"Lia tak berani buatkan? Apa kata Haikal ?"
"Lia .... Lia belum bersedia bang. Haikal pun faham. Dia tak memaksa" aku cuba memberi dalih.
Aku bimbang sudah tersilap langkah. Kalau aku mengaku berhubungan seks dengan Haikal tadi, tentu suamiku tanya macam-macam. Lagi pun, aku kena berlagak naif, memainkan perananku sebagai seorang isteri yang setia, yang sukar dipujuk rayu, walaupun hakikatnya, tubuhku dah lunyai diratah oleh mereka.
"Beginilah Lia, abang faham kalau Lia tidak sanggup, semata-mata nak tolong coverkan abang. Abang yang bersalah. Sepatutnya abang tanggung sendiri akibatnya. Biarlah abang..."
"Abang ..." aku memotong cakapnya. "Lia pegang pada janji cuma masa tu Lia tak selesa nak buat bila tahu abang ada di bilik sebelah dengan Kak Bella. Demi abang, demi kita, Lia akan tetap tolong abang. Yang pentingnya abang dah izinkan. Nantilah, Lia tetap akan tunaikan janji Lia pada diorang, pada abang, walaupun Lia terpaksa serahkan tubuh Lia pada diorang, percayalah"
"Abang tak nak Lia terpaksa, benda ni kena ada kemahuan"
"Ye bang, Lia faham, Lia tau. Walaupun tadi Abang Haikal ada peluang ke atas Lia, tapi dia respek Lia, dia tak buat walaupun abang izinkan, walaupun dia tahu abang bersama isterinya. Semuanya sebab Lia masih lagi belum mampu nak serahkan tubuh Lia ni bang"
"Terima kasih sayang ...." kata suamiku seraya memegang daguku, dan menarik menoleh ke arahnya. Aku membalas pandangannya, aku senyum, aku cium pipinya.
"Abang dengan Kak Bella tadi macam mana?" soalku pula
"Ermm, sedap Lia..."
"Sedap dia lagi ke daripada Lia?"
"Mesti la Lia lagi best, tapi Kak Bella pun tak kurang hebatnya"
"Abang puaskan dia tak, jangan fikir diri sendiri je"
"Mesti la Lia, abang kan lelaki gentleman" jawabnya bernada angkuh, aku menjebik. Suamiku tak tau lagi yang aku lunyai dikerjakan oleh diorang semua.

YOU ARE READING
ENDEMIK ( sambungan PKP)
General FictionKesinambungan kehidupan anak menantu Hisham dan Nor yang telah kembali ke tempat masing-masing setelah PKP ditamatkan. Mereka semua telah kembali bekerja seperti biasa, keadaan negara juga kembali tenang, boleh rentas negeri, melancong dan bergerak...