BAB 22 : BALAS BUDI ATAU BALAS BODI

7.4K 91 11
                                    



"Amboi, lamanye hiking..."tegurku apabila melihat kelibat isteriku menjejak kaki masuk ke rumah.


"Hehehe, hiking kejap je, membawang yang lama..."jawab isteriku senyum lalu mencium tanganku bersalaman. "Mak ayah mana?"


"Ada dalam bilik, tengah rehat" jawabku


"Aiman?"


"Tu depan TV tu" juihku. "Singgah umah diorang ke tadi?"


"Aáa, tu yang lambat tu, lepak sana"


"Dah agak, hehee... diorang apa khabar?"


"Alhamdulillah, sihat je. Diorang kirim salam kat abang"


"Waalaikumussalam"


"Abang pun lama dah tak cycling dengan Cikgu Sham tu"


"A'aaa, lama le jugak, nanti-nanti la kitorang set masa" jawabku.


Hubungan aku dengan Cikgu Sham rapat, bukan sahaja disebabkan hobi berbasikal, namun jugak disebabkan perangainya yang gila-gila, yang boleh masuk kepala dengan aku. Dah lama aku takde kawan yang selamba badak macam dia. Cikgu Sham juga peramah, senang bergaul dengan sesiapa sahaja dan senang dibawa berbincang. Umur kami berbeza agak jauh, 10 tahun, namun perwatakan dan penampilannya tak macam berusia 40an. Isterinya juga nampak masih menawan walaupun hampir memasuk four series. Mereka ada sorang anak lelaki, yang kini berada di tingkatan dua di sekolah asrama di Lenggong.


"Ayang mandi jap tau, melekit dah rasanya" pinta isteriku sambil berlalu meninggalkanku.


Aku kembali ke ruang tamu mendapatkan Aiman yang sedang ralit menonton Netflix. Aku duduk di sebelahnya, memgusik dan kemi bergelak tawa bergurau senda. Walaupun kami bebas, namun hubungan dengan anak tidak kami abaikan. Kami pastikan Aiman mendapat kasih sayang perhatian yang sewajarnya agar dia tidak berasa terpinggir, dan paling penting ialah kami perlu merahsiakan apa yang berlaku dalam keluarga ini, menyimpan rahsia sebaik mungkin. Kami tidak mahu Aiman mendapat pengaruh buruk yang boleh menjejaskan pelajarannya. Belum tiba masanya lagi untuk dia tahu akan dark side ayah ibunya, juga mak dengan mak menakannya.


Menjelang tengah hari, isteriku dan ibu mentuaku berperang di dapur menyediakan makan tengah hari. Aku dan ayah mentua duduk di ruang tamu bersama Aiman, hanya sesekali aku dipanggil ke dapur membantu apa yang mereka perlukan. Kami makan penuh berselera, berborak kosong langsung tidak menyentuh perkara yang telah berlaku, kami perlu berhati-hati kerana Aiman ada bersama.


"Petang ni mak ayah nak balik dah tau" ujar ibu mentuaku semasa kami hampir selesai makan.

"Eh, duduk le sehari dua lagi mak" balas isteriku yang agak terkejut.


"Cukup la, lama sangat tinggal umah tu, risau apa-apa jadi. Lagi pun ayah nak tengok diorang tu, semalam diorang ada call, ada problem sikit" jawab ayah mentuaku merujuk kepada perniagaannya di sana

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ENDEMIK ( sambungan PKP)Where stories live. Discover now