AA 18

220 28 0
                                    

AIMAN hulurkan tangan sebelum disambut oleh jeri jemari runcing Intan. Matanya memandang sekeliling hairan. Dia tidak pernah ke tempat ini.

Hampir satu jam perjalanan dan akhirnya mereka tiba. Tempat ini tempat berlabuhnya kapal mewah. Royal Selangor Yatch Club.

"Kenapa jauh sangat kita pergi?" Soal Intan sebaik sahaja tubuhnya keluar dari dalam perut kereta Audi R8.

"Jauh perjalanan luas pemandangan. Awak tak penat asyik terperap di bandar?" Perlahan tangan Intan dilepaskan. Kini lengan Aiman sudah memeluk tubuh.

"Penat. Sekali sekala tempat macam ni sesuai untuk buat hati bertenang" Bau lautan dapat dihidu. Rasa tenang. Hari-hari Intan jarang berinteraksi dengan alam, seorang model seperti dia sibuk mencari duit di bandar penuh pencakar langit.

Aiman senyum tapi tak lebar.

"I know. So here we are. Enjoy the moment" Aiman bergerak ke tepi. Tangannya dihulurkan pada Intan memberi signal untuk mereka berjalan masuk bersama.

"If you don't mind" Tangan Aiman masih setia terangkat di hadapan Intan. Harap Intan menyambut tapi kalau tidak, dia tak akan memaksa.

Intan menyambut dengan senyuman. Mereka mula berjalan ke arah jeti . Tangan berpegangan tangan. 

"Awak sewa yatch?" Mata Intan bersinar melihat Yatch besar di hadapan. Melihat Yatch mewah itu, pasti nak sewa perlu duit ribu-ribu. Belum tentu lagi harga ribu-ribu boleh digunakan seharian, mungkin cuma sejam dua. Tak hairan juga tatkala Aiman datangnya daripada keluarga yang kaya raya bermandikan duit.

Aiman geleng kepala. "Ini yatch keluarga Aadyan. Saya cuma pinjam" Aiman mengaku. 

Pinjam atau tidak, bagi Intan masih luar biasa. Orang lain kalau nak pinjam harta berharga seperti ini, belum tentu lagi dapat.

"Good night Mr. Aiman Ariths" Sapa seorang lelaki berumur awal 40-an. Serentak pandangan Intan dan Aiman terpaku pada lelaki itu.

"My name is Falikh and I'm your driver for today" Falikh tunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum dia hulurkan tangan pada Intan. Iya, tak silap. Falikh dengan yakinnya hulurkan tangan pada Intan, Wajah Aiman hanya dipandang sekilas.

Baru saja Intan mahu menyambut, Aiman sepantas kilat bersalaman dengan Falikh. Tangan jejaka itu digengam kuat. Suka hati nak menggatal dengan Intan. Dia jumpa Intan dahulu, jangan suka-suka nak masuk jarum.

"She's my women for tonigh. So you know what I mean by that, right?" Kening Aiman naik tinggi. 

Falikh sengih sumbing. Kepalanya angguk kecil.

"Faham." Falikh menarik tangannya daripada pegangan Aiman. Macam nak remuk tangannya digengam oleh Aiman. 

Intan hanya terkebil-kebil di situ. Tegang suasana buat sementara waktu bila Falikh dan Aiman masing-masing tak mahu larikan pandangan tajam antara satu sama lain.

Pegangan tangan dileraikan oleh Aiman sebelum tangannya bergerak pada pinggang ramping milik Intan. Dia berjalan seraya tangannya setia di pinggang Intan. Sempat dia hadiahkan pandangan tajam bila tubuhnya melimpasi Falikh.

"Tua-tua tak sedar diri" Gumam Aiman geram. Sudah ada rambut putih, masih sibuk nak memikat perempuan muda. 

Intan angkat wajah memandang Aiman. Rahang tajam Aiman menjadi penghias mata.

"Awak okay tak?" Soal Intan. Muka Aiman tadi bukan main manis tapi sekarang sudah bertukar singa. Dia lebih suka Aiman versi tadi.

Aiman rengangkan tangan pada pinggang Intan. Tak sedar tindakannya tadi kerana sakit hati menghadap Falikh.

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now