Tuan, asal saya nampak tuan happy je
hari ni, tak nak shere ke dating semalam macam mana?" Tanya Qhalis sambil memandang wajah tuannya."Nampak sangat ke muka happy ni?" Eider menunjuk ke arah muka dia sendiri.
Qhalis menggangguk.
"Sampai para pekerja pun hairan dengan tuan masa meeting tadi, kejap-kejap tersengih lepastu tiba-tiba gelak sendiri macam orang gila." Qhalis menyandarkan badan nya pada kerusi sambil memusingkan kerusi beroda itu kekenan kekiri.
"Kau nak tahu tak sebab apa?" Kening kenan dijungkit ke atas.
"Mestilah nak tahu." Qhalis terus menolak kerusi beroda itu ke depan sehingga tiada ruang antara dia dan meja itu.
"Aku dengan Bunga." Kedua-dua jari telunjuknya bertembung bersama.
Qhalis mengulum senyuman melebar.
"Saya kan kata google tu memang menbantu punyalah." Seraya itu Qhalis menghentak meja tuannya dengan kuat.
Membuatkan bahu lelaki itu terhinggut ke atas kerana dek terkejutnya. Lelaki itu mengurut dadanya sebelum dia memukul kepala pembantu peribadinya itu dengan fail. Tak kuat pun.
"Aku tak pun google pun semua benda tu tau, buang masa aku je." Ujar Eider.
"Eleh buang masa konon." Qhalis menjuling mata ke atas sambil mengosok kepalanya.
"Ah lepastu asal cerita pasal tu kat Bunga?"
"Saya cerita apa?" Blur. Tangan naik mengaru kening nya.
"Yang pasal orang ingat kita-" Eider mengantungkan ayat itu sejenak.
"G.A.Y?" Satu per satu Qhalis mengeja ayat itu.
Eider teragak-agak mahu menggangguk.
"Waktu tu tak ada benda nak borak sebab tu saya buka cerita tu, Tuan jangan risau lah cik Bunga pandai simpan rahsia lah."
"Dia aku percaya tapi kau aku tak percaya." Jujur Eider menyatakan itu pada Qhalis.
"Tuan tak percaya saya ke." Qhalis bangkit dari duduknya dengan riak muka seakan marah dengan tuannya ini.
"Kalau bab kerja aku percaya kau tapi kalau bab rahsia ni aku kurang percaya, sebab kau dengan Qash dua kali lima je tak pandai simpan rahsia orang." Tutur Eider sambil mendongak ke atas untuk melihat wajah marah pembantu peribadi nya itu.
Qhalis tersenyum bangga tatkala mendengar ujaran daripada Tuannya itu.
Jika tentang kerja lelaki itu akan beri kepercayaan sepenuhnya pada pembantu peribadinya itu kerana Qhalis seorang yang bijak dalam menguruskan hal business. Walaupun Qhalis dilahirkan dalam keluarga yang kurang mampu namun dia tetap menghabiskan perlajarannya di university kerana ingin membanggakan keluarga kecilnya dan ibunya yang sudah berkerja keras untuk menyara kehidupan dia dan adik perempuannya selepas ayah mereka meninggalkan mereka sekeluarga berberapa belas tahun yang lalu.
"Tapi kan macam mana Bunga tahu yang aku ada lapan roti erk?" Eider mengusap perut sendiri nya.
"Tuan pernah tayang ke kat Cik Bunga?"
"Mana ada kau ni, haram tau." Dicapai fail tadi lalu memukul kepala pembantu peribadinya itu lagi.
"Mana tahu kan, tuan tak sengaja ke tertunjuk." Ujar Qhalis.
"Tak ada lah, ke kau.-"
"Haa mula lah tu nak tuduh-tuduh orang pula." Cantas Qhalis laju sebelum bangun dari kerusi.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidup saya bila a...