Sejak hari itu, mereka selalu sahaja bergaduh. Setiap kali Elman buat hal dalam kelas, tidak mematuhi peraturan, dan buat masalah, mereka mesti akan bergaduh. Guru-guru juga sudah biasa melihat mereka yang selalu bergaduh.
"Cikgu, ketua pengawas ni cuba jadi polis dalam kelas pula," ujar Elman dengan penuh sinis, membuatkan beberapa pelajar ketawa.
"Kau boleh buat bising sekarang, tapi aku akan pastikan yang kau akan menyesal nanti."
Kring!!
Kedengaran bunyi loceng menandakan sudah rehat. Adelia bangun dari kerusinya lalu dia menuju ke kantin bersama Mira, iaitu Timbalan Ketua Pengawas I dan Hannah, Timbalan Ketua Pengawas II. Mereka bertiga menuju ke arah kantin bersama.
Lantas, mereka bertiga menuju ke salah satu kedai di kantin lalu mereka membeli makanan.
Adelia dan kawan-kawannya sedang makan di meja hujung sambil ketawa tentang cerita-cerita semalam. Dari jauh, Adelia nampak Elman, yang baru sampai di kantin dengan senyuman yang berlagak. Dia sedang
bersembang besar dengan kawan lelakinya. Dia kelihatan sangat berlagak, seolah sekolah ini dia punya. Semasa dia membeli makanan pun, dia tidak beratur seolah-olah kantin itu miliknya.Satu idea tiba-tiba muncul di dalam fikirannya. Dia tahu, Elman selalu membeli air kotak yang selalu dia beli, jadi dia mahu kenakan dia kali ni.
Adelia terus menuju ke mesin air dan membeli air kotak yang selalu Elman beli. Kemudian, dia tukar straw dengan straw yang dibuat khas untuk si Mamat Kerek itu.
Mira dan Hannah hanya melihat sahaja gelagat si ketua pengawas ini. Kalau ada orang mahu melawan dia,
memang dia akan balas balik sehingga orang itu menyesal.Sambil tersenyum sinis, Adelia mendekati meja yang selalu diduduki Elman. Dia tahu Elman akan mengambil air kotak itu tanpa banyak soal. Elman sedang membeli makanan, jadi inilah masanya untuk dia letakkan air kotak itu di atas meja.
Tidak lama kemudian, Elman duduk di meja kantin bersama kawannya. Elman ternampak ada air kotak yang berada di atas meja. "Siapa yang bagi aku air kotak ni?" soal Elman. "Hmm, orang yang minat aku kut, aku kan ramai peminat, hahaha!"
Hmph, perasan betul!
Tanpa memikir panjang, dia mengambil air kotak yang berada di atas meja. Straw di belakang kotak di buka, cucuk, dan terus di sedut.
Senyap.
Lalu, dia menyedut straw itu lagi. Namun, tiada apa pun yang keluar. Dia kelihatan bingung. Straw itu di sedut lagi sekali. Tiada apa-apa yang keluar lagi. Kawan-kawannya mula perasan, dan ada yang mula ketawa.
"Apahal dengan straw ni? Straw ni rosak ke?" Ujar Elman sambil menggoncangkan air kotaknya air kotak itu disedut lagi. Tapi kali ini dengan lebih kuat. Namun, masih tidak berjaya.
Adelia yang duduk tidak terlalu jauh dari situ berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi di dalam hatinya, dia sudah tidak tahan mahu ketawa.
"Kenapa, Elman? Air tu tak sedap ke?" Ucap Adelia sambil tersenyum sinis.
"Apa ni? Straw ni rosaklah! Kenapa air ni tak keluar?!" Straw disedut lagi. Namun, masih gagal.
"Tak mungkinlah," jawab Adelia, berpura-pura terkejut. "Cuba sedut kuat sikit. Mungkin kau tak sedut
dengan kuat ke?"Elman mencuba sekali lagi, menyedut dengan sangat kuat. Dan tiba-tiba, straw itu keluar dari kotak menyebabkan air terkeluar dari kotak dan terkena muka Elman sendiri.
Satu kantin meletus kan ketawa. Elman duduk dalam keadaan basah kuyup. Mukanya merah padam, dia tahu dia sudah terkena.
"Alahai, Elman. Dengan kotak pun kau boleh kalah ke?" kata Adelia sambil bangun, tersenyum puas.
Baru sahaja Adelia mahu pergi dari situ, tiba-tiba ada tiga orang perempuan datang mendekati mereka. Ya, tiga orang perempuan itu terkenal dengan sifat mereka yang sombong, gedik, gatal, dan sentiasa menggedik dengan lelaki. Mereka dipanggil Gorgeous Diva.
Badan Adelia di tolak kasar. Adelia sangat tersentak dengan apa yang dilakukan oleh Aliya. Aliya merupakan ketua dari kumpulan Gorgeous Diva.
Adelia menolak badan Aliya semula. "Kau apahal hah?! Apa pasal kau tiba-tiba nak tolak orang?!" jerit Adelia yang jelas kelihatan tidak puas hati.
"Kau kan yang buat semua ni?! Kesian Elman kesayangan I ni!" kata Aliya, lalu dia mendekati Elman."You, you okey tak? Habis baju you basah kuyup. Ni semua salah perempuan jahanam ni."
Ew apa main you, you ni? Jijiks! Adelia rasa mahu termuntah melihat perangai gedik si Aliya. Dia memang
benci dengan perempuan itu."Aku okey je, tak ada apa-apa pun." jawab Elman.
Semua mata-mata mula memandang mereka. Suasana menjadi lebih senyap.
Adelia memeluk tubuh, keningnya terangkat sedikit. "Macam mana kau tau yang aku buat semua ni? Ada bukti?" ujar Adelia.
Alamak, dia dah tahu ke? Tetapi rasanya tidak terlalu ramai orang yang rehat lagi tadi, tu pun mereka sibuk makan dan berborak. Dan rasanya Aliya dan geng dia tiada.
"Siapa lagi yang selalu bergaduh dengan Elman? Memang kau je kan?" jawab Aliya.
"So?! Kalau aku buat pun kenapa? Salah ke? Dia bukan anak kau pun kan? Jangan menyibuk urusan oranglah." Adelia mengaku sahaja kerana dia berasa malas mahu
bergaduh lebih-lebih.Aliya hanya diam sambil merenung tajam mata Adelia. Manakala Adelia pula, hanya santai dan tidak mempedulikan apa-apa.
Kringg!!
"Okey lah, bye. Aku nak jalankan tugas aku." Adelia berjalan menuju ke tengah kantin. "Dalam kiraan 3,
masuk ke kelas sekarang!!" jerit Adelia.Semua orang yang berada di kantin terus bangun dan menuju ke kelas. Sedangkan Elman, masih terduduk di situ dengan bajunya yang basah kuyup bersama dengan kawannya.
"1!!"
"2!!"
"3!!"
Adelia ternampak Elman yang masih terduduk di situ bersama kawannya yang mengetawakan dia.
Adelia bergerak ke belakang Elman sambil memeluk tubuh mendengar sahaja apa yang mereka katakan
tentang dia."Aku tak sukalah perempuan tu. Sudahlah dia pendek lepastu acah dia terpaling bagus pula tu." Kata Elman.
"Sabar, Elman. Sabar kan separuh daripada Iman." Sinis Haziq, salah seorang kawan Elman.
Adelia berdehem. "Apa kau cakap tadi?"
Elman memusing ke belakang memandang Adelia. "Eh, ketua pengawas kita ada dekat sini lagi rupanya. Kenapa tak balik kelas lagi, hm?" Ucap Elman.
"Siapa yang patut tanya soalan tu? Aku ke kau? Pergi masuk kelas sekarang! Sebelum aku letak lagi
nama kau dalam buku catatan aku, lebih baik kau masuk kelas sekarang. Daripada kau mengutuk belakang orang dekat kantin ni, lagi menambah dosa. Kenapa tak nak kutuk orang tu depan-depan? Takut? Heh, penakut!"
panjang lebar Adelia berkata."Kenapa? Masalahnya apa yang aku cakap tu betul kan, Miss Perfectionist?" Ucap Elman. Dia menguatkan suaranya apabila menyebut perkataan terakhir.
"Apa kena mengena dengan pendek, Encik Kerek? " soal Adelia dengan nada yang sedikit tinggi. Dia paling
tidak suka orang mengejeknya atau memanggil nya dengan sebutan pendek.Elman ketawa kecil. Sebab itu ke dia marah? Tapi memang betul pun, dia memang pendek. Mungkin tingginya dalam 156cm. "Tapi betullah apa yang aku cakap, kau memang pendek pun. Jadi, tak boleh dinafikan lagi." Jawab Elman.
"Aku ni dah tinggi tau, kau tu yang terlampau tinggi, galah! Sudah, pergi masuk kelas!" arah Adelia. Dia
menjatuhkan tangan dia lalu dia berjalan menuju ke kelas 5 Alfa bersama Elman dan kawan-kawannya.______________________________________
Terima kasih sebab baca!
Saya minta maaf kalau ada kesalahan dalam ejaan, penulisan dan tatabahasa.
YOU ARE READING
Love you, Akak Pengawas!
Romance|| BACA PROLOG DULU TAU AWAK! NANTI TAK TAU JALAN CERITANYA MACAM MANA. SAYA DAH HANTAR PROLOG DULU, TAPI TIBA-TIBA ADA BAB 1 DULU, SORRY TAU AWAK! |¦ {SLOW UPDATE!} Adelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menega...