Adelia masih sibuk dengan tugas pengawas nya, manakala Elman datang lewat ke sekolah seperti biasa.Namun, suasana di kelas berubah apabila Cikgu Fatihah, iaitu guru Sains mereka, mengumumkan tentang projek sains berkumpulan.
"Okey, kelas. Hari ini kamu akan ada projek berpasangan," kata Cikgu Fatihah sambil memandang pelajar-pelajar yang berada di hadapannya. "Saya dah tetapkan pasangan. Adelia dan Elman, kamu berdua akan bekerjasama."
Adelia tersentak. Semua pelajar di dalam kelas mula berbisik-bisik. Mata mereka silih berganti memandang Adelia dan Elman. Adelia terus berdiri dari kerusinya. "Tapi, cikgu..."
"Adelia, kamu murid yang terbaik di dalam kelas ini, dan Elman pula... dia perlukan bimbingan." Ucap Cikgu Fatihah.
"Relaks, Akak Pengawas, kita boleh jadi 'team' yang paling baik!" ucap Elman dengan penuh sinis.
Kali ini Aliya pula yang bangun dari kerusinya lalu memandang Adelia. "Adelia, kalau kau tak nak berpasangan dengan dia, biar aku saja yang berpasangan dengan dia," kata Aliya, lalu menoleh ke cikgu semula. "Boleh kan, cikgu?"
"Tidak boleh, saya dah tetap kan pasangan ni dari awal lagi." jawab Cikgu Fatihah. Jelas, dia tidak membenarkan Aliya berpasangan dengan Elman dalam projek ini.
Adelia mengeluh, dia sudah dapat membayangkan betapa huru-haranya projek ini nanti.
DI MAKMAL sains, Adelia sudah menyediakan banyak peralatan seperti, bateri, elektrod, dan larutan garam.Adelia membaca arahan dengan sangat teliti, tetapi
Elman, hanya duduk sahaja sambil bersandar di kerusi."Elktrolisis ni penting untuk SPM nanti, kalau kau gagal, jangan salahkan aku." Ujar Adelia.
"Relaxlah, Miss Perfectionist. Bateri je ni, tak perlu nak serius sangat. Kacang aje ni."
Adelia mengeluh, tetapi tetap fokus. Dia sambungkan elektrod ke bateri, kemudian masukkan ke dalam air
garam. "Sekarang kita tunggu. Kau tengok ni, gas hidrogen dan oksigen akan terbentuk di elektrod.Kemudian, reaksi pada katod, ion positif(kation) bergerak ke katod dan menerima elektron. Sebagai contoh, dalam elektrolisis air yang tengah kita buat ni, ion Hidrogen(H+) akan mendapatkan elektron dan
menghasilkan gas Hidrogem(H²).Reaksi pada Anod pula, ion negatif(anion) bergerak ke Anod dan kehilangan elektron. Dalam elektrolisis larutan garam, ion klorida(CI-) akan kehilangan elektron dan menghasilkan gas klorin(CI²)." Panjang lebar Adelia menjelaskan tentang elektrolisis. Namun, Elman hanya menghiraukan sahaja.
"Hei, Elman! Kau tak dengar ke? Punyalah panjang lebar aku jelaskan tadi, kau tak dengar?" sambung Adelia.
"Aku tak faham apa-apa langsung pun apa yang kau cakap." jawab Elman, dengan muka nakalnya. Dia mula bermain-main dengan kabel bateri sambil tersenyum sinis. "Apa jadi, kalau aku sambung terbalik, hah?"
Sebelum Adelia sempat menghalang, Elman menukar sambungan wayar dan...
POP!
Letupan terjadi di salah satu elektrod, percikan air garam terpecik di meja, Adelia terlompat dari kerusinya.
"Elman! Apa yang kau buat ni?!" jerit Adelia. Dia tidak sangka perkara ini akan berlaku.
Elman ketawa dengan sangat kuat. "Kau ni penakut betullah! Ini barulah eksperimen yang seronok!"
Adelia mendengus. Dia mengelap meja dengan menggunakan kain. "Kalau kita gagal dalam projek ni, jangan harap aku nak tolong kau!"
Elman hanya tersenyum nakal. Dia memandang Adelia yang cuba menyelamatkan eksperimen mereka yang hampir musnah.
SUASANA riuh rendah dengan pelajar yang bersembang dan ketawa di kantin. Adelia sedang beratur untuk membeli makanan, tetapi dia sedang memikirkan tentang projek yang mereka buat.
"Bila nak siap projek tu, Adelia?" soal Hannah yang sedang menikmati ayam goreng.
"Lepas rehat ni, aku perlu buat kajian. Nak harapkan si Mamat kerek tu, lambat lagi!" Jawab Adelia.
Dengan tidak disangka-sangka, Adelia terlanggar seseorang yang berada di belakangnya. Dia berpaling ke belakang dan melihat Elman sedang memegang tray makanan.
"Eh, Elman! Maaf, aku tak sengaja! Aku tak perasan kau ada dekat belakang!" kata Adelia.
"Lain kali, jalan tu pakai mata! Kau tak boleh fokus ke? Tak akan Ketua Pengawas pun cuai?" jawab Elman sambil mencuba untuk menghilangkan kesan sos yang terkena di bajunya.
"Aku tak sengaja! Kau tahu kan aku tengah fikirkan tentang projek kita?"
"Fikir tentang projek ke, fikir tentang nak buat masalah?!" jawab Elman sambil mengusap bajunya yang terkena sos.
"Salah kau juga! Dah kenapa kau berdiri dekat tengah jalan?!" balas Adelia, dia tidak mahu mengalah.
"Jadi kau nak salahkan akulah? Kau tu yang tak tengok jalan!" jawab Elman sambil menahan marah.
Suasana di kantin semakin sunyi, semua pelajar mula memandang ke arah mereka. "Wow! Drama dekat
kantinlah," bisik seorang pelajar kepada rakannya sambil tersenyum.Adelia menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan."Tak perlulah nak tunjuk dekat semua orang, ni bukan zaman Drama!" ucap Adelia
"Siapa yang berdrama? Kau yang buat semua ni! Sekarang, aku perlu pergi ke tandas untuk tukar baju! Kau ni menyusahkan betullah!"
"Okeylah, kita boleh selesaikan perkara dengan baik kan? Nanti aku akan beli baju baru untuk kau. Puas hati?"
"Beli baju baru? Wow, memang bermurah hati kau ni, ya? Tapi aku lebih suka kalau kau berhati-hati
selepas ni!" ujar Elman, pelajar-pelajar di kantin mula ketawa.Adelia berasa sangat malu, tetapi dia tidak mahu mengalah. "Okey, ialah lepas ni aku akan lebih berhati-hati. Tapi, kau jangan nak bising lagi."
Tiba-tiba, seorang pelajar menyampuk. "Eh diaorang ni memang sepadan betul! Setiap hari bergaduh." Kata pelajar yang menyampuk itu, membuatkan semua orang ketawa.
Elman memandang pelajar itu, dengan wajah yang sedikit marah. "Korang nak tengok Drama kan? Tak
perlu! Kami tak ada apa-apa!"Namun, Adelia tidak boleh bertahan daripada tersenyum. "Ya, ya! Kami tiada apa-apa. Cuma bergaduh
macam orang yang tak waras!"Suasana di kantin mula dipenuhi dengan gelak tawa. Elman menjadi semakin cemas. "Jangan salahkan aku kalau Drama ni berterusan!" ucap Elman, sebelum beredar ke tandas dengan wajah yang marah.
"Semoga baju baru kau tak terkena sos juga!" jerit Adelia dari belakang. Membuatkan semua pelajar di
kantin ketawa lagi.Team Gorgeous Diva hanya memerhati dari jauh. "Perempuan tu, berani dia kacau boyfriend aku?!"
kata Aliya kepada kawannya."Itu lah! Tunggu lah dia, kita akan buat dia menyesal! " kata salah satu kawannya, iaitu Zana.
Mereka bertiga menjeling Adelia yang sedang bercakap dengan Mira dan Hannah. Tahulah apa yang mereka
mahu buat dengan perempuan itu. "Kau tumpahkan makanan atas baju Elman, kan?"______________________________________
Terima kasih sebab baca!
Maaf kalau saya ada kesalahan dalam ejaan, penulisan, dan tatabahasa. Dan maaf kalau saya ada letak maklumat yang salah, contohnya yang masa diaorang buat projek sains tu. Dan maaf kalau cringe atau tak faham.
YOU ARE READING
Love you, Akak Pengawas!
Romance|| BACA PROLOG DULU TAU AWAK! NANTI TAK TAU JALAN CERITANYA MACAM MANA. SAYA DAH HANTAR PROLOG DULU, TAPI TIBA-TIBA ADA BAB 1 DULU, SORRY TAU AWAK! |¦ {SLOW UPDATE!} Adelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menega...