Bab 1

2.6K 45 0
                                    

          Langkah aku terhenti setelah nama aku dipanggil.Aku menoleh wajah ke belangkah.

Papa.

Wajah yang aku sayangi dan dia melihat aku dengan wajah tegangnya.Aku sudah terbiasa dengan wajah itu.Muka yang tiada hati perasaan.Tetapi didalam hati hanya tuhan sahaja tahu.

Aku menyambut panggilannya."Ya,papa!"

Badan kecil aku mula berlari anak ke arah papa dengan wajah ceria.Senyuman aku tidak lengkang sama sekali.Aku memeluk kaki papa lalu mendongak kepala ke atas.Iris mata aku dan papa aku saling bertembung.Wajah papa aku masih dingin tetapi aku tetap sahaja bersenyum sehingga menampakan gigi gusi.

"Aku akan tiada di rumah selama 3 hari."Senyuman aku mula pudar setelah dengar kata-katanya.Setiap bulan papa pasti akan tiada di rumah.Kadangkala dia akan tiada di rumah selama seminggu atau dua minggu.Aku tahu pekerjaan papa dan aku juga berpura-pura tidak tahu di depannya.

Aku mengangguk faham.

"Jauh tak papa pergi?"Soal aku ingin tahu.

"Tidak jauh,cuma aku tak dapat pulang selama 3 hari."Wajahnya masih tiada riaksi.Kosong.

Tangan aku perlahan-lahan memegang tangan papa.

"Papa jaga diri elok-elok tau..."Aku meletak tangan papa di pipi kanan aku.Aku takut jika papa hilang dari pandangan aku selama-lamanya.Hanya papa sahaja yang masih di sisi aku.Aku benci pekerjaan papa...disebabkan pekerjaan itulah aku serasa kosong di dalam rumah agam ini.

Semua pekerja di dalam rumah ini tidak melayani aku,mereka menganggap aku seperi halimunan.Mereka hanya anggap aku wujud bila aku mahu mandi,makan dan tidur.Pada masa yang lain,mereka seperti patung dan melakuan kerja masing-masing.Huh sangat membosankan.

Jika ada papa...pasti dia akan bermain dengan aku.Dia akan teman aku.Tapi telefonnya sentiasa mendering saat aku dengannya.Itu salah satu hal yang aku benci juga.

"Hmm...kenapa?"Papa membelai pipi aku.

"Bosanlah sorang-sorang..."Aku mencebik.Disebabkan aku hanya seorang pelajar di rumah,aku tiada kawan.Selain itu,adik beradik pun tiada.

Hurm...kenapa lah mama meninggalkan aku dengan papa terlebih dahulu.Mama meninggal dunia saat aku usia 2 tahun.Waktu itu aku masih kecil,aku tidak ingat memori dengannya.Tapi aku tahu,mama pasti orangnya baik dan ceria.Aku ingin tahu pasal mama selebihnya...tapi papa seperti tidak mahu membuka cerita.Aku pernah sahaja menyoal,tetapi dia mengelak dan mengubah topik.Aku tidak tahu kenapa.

"Kan ada uncle Zack."Cih aku benci nama uncle Zack.Dulunya,uncle zack ialah pembantu papa dalam hal pekerjaan tetapi sekarang tidak lagi.Uncle Zack dah macam pengasuh aku di dalam rumah ini.

Jika papa tiada,dia akan menemani aku.Memang lah aku bosan sorang-sorang tapi uncle Zack ni lagi membuatkan aku lagi bosan dan rimas.Uncle Zack ni jugak la guru aku dalam latihan menembak dan tinju.Tapi aku selalu larikan diri.Aku tak suka permainan buas.Tapi papa suka paksa aku.Nasib baik rumah ni besar,so aku boleh lah sembunyikan diri.

Selain itu,uncle Zack ni tegas sangat-sangat!Tak suka!Tapi dia baik jugak lah,sebab kalau aku boros dia tak lah marah teruk.Mungkin aku anak majikannya.

"Ish...tak nak lah uncle Zack tu.Tak suka."Aku membuat muka masam.Papa menggeleng kepala.

"Suka atau tak,Princess tetap ikut arahannya.Jangan nak larikan diri.Aku tidak suka."Papa memberi peringatan tetapi malangnya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

"Princess pun tak suka.Princess tak nak lah pegang-pegang pistol tu."Ya princess...itu nama aku.Nama penuh aku Princess Aliana Clara.Aku tak tahu kenapa papa dengan mama letak nama aku princess,dah macam nama kerabat.Tapi aku suka.

"Aku tak nak tahu suka atau tidak.Yang penting kau kena belajar.Itu untuk masa depan kau,princess."Aku melihat tubuh badan papa beredar dari situ.Aku mampu diamkan diri.Masa depan...aku tak faham maksud papa.Atau papa mahu aku jadi seperti dia?Membunuh orang?Membuat perkara terkutuk?

Aku menelan air liur.Bila di ingatkan 1 bulan lepas,aku pernah mencuri dengar perbualan papa dan uncle Zack.

Aku menggeleng kepala supaya tidak mengingati peristiwa itu.Perbualan mereka lah yang membuatkan aku tahu perbuatan papa selama ini...lebih tepatnya kerjanya.

Dulu aku fikirkan papa hanya lah berkerja di satu syarikat.Aku bangga sangat-sangat masa tu.Yela jadi anak kaya raya,siapa sahaja tak gembira.Tapi semuanya berubah setelah tahu perkara sebenar.Aku resah,aku takut.Aku bukan takut jadi anak pembunuh...tapi aku takut kehilangan papa yang disebabkan perbuatan terkutuknya.Bagaimana papa ditangkap?Apa aku masih dapat jumpa dengannya?Air mata aku mula mengalir takut.Aku sayang papa...Aku takut kehilangannya...Aku tiada siapa lagi di muka bumi ini.Hanya papa sahaja aku ada.

"Clara?"Suara garau itu telah menganggu lamunan aku.Iris mata aku melihatnya sambil mengelap air mata bersama kain lengan baju.

"Kenapa kau menangis?"Soal uncle Zack sambil mengambil langkah ke arah aku.Kepala aku digeleng.

"Ada habuk masuk."Aku tahu dia tak akan percaya tapi lantaklah!

"Kau takut?"Aku berkerut dahi.Apa maksudnya?

"Takut apa?"Aku memandangnya dengan renungan tajam.Aku malas nak bermain teka teki.

"Semenjak kebelakangan ini,aku perasan kau ada takut sesuatu."Sekali lagi aku tak faham.Wajah aku senang dibaca ke?

"Tak faham.Apa yang uncle nak sampaikan?"Aku masih tidak berpuas hati.

"2 bulan lepas."Mata aku membulat besar.Uncle Zack tahu?

"Kenapa dengan 2 bulan lepas?"Aku berpura-pura tanya.

"Semenjak dari itu kau mengelak nak jumpa aku."Aku membuat muka toye.Apa pak cik ni?

"Bukan ke princess memang suka mengelak jumpa uncle."Aku membuat muka geram.

"I know but this different."

Aku masih tidak faham.Aih bodoh sangat ke aku ni?Tapi normal la aku kan baru umur 9 tahun.

"Different macam mana tu?"

"Hmm...maybe kau dengar perbualan aku dengan papa kau?"Sekali lagi mata aku membulat sedikit.Aku pura-pura tidak faham apa yang disampaikan.

"Dengar apa?"Tanpa sedar dahi aku mula berpeluh.Apa peliknya peluh di kawasan sejuk.

Uncle Zack merenung aku dan mengangkat kening sebelahnya.Aku perhati tangannya mula bersilang.Aku tidak tahu macam mana mahu berterus terang.Patut ke aku beritahu perkara sebenar?

"Clara?"Aku mula tersedar sekali lagi.

"Yes...Princess ada curi-curi dengar...Uncle jangan lah beritahu dekat papa!Princess takut..."Jujur aku takut kalau papa tahu yang aku tahu perbuatannya.

"Kau takut dengan papa?"Aku menggeleng kepala.Aku tak takut...

"So biarlah papa kau tahu perkara ni.Dia pun takut kalau kau tahu pekerjaaan dia.Tapi sekarang kau dah tahu,so senang lah lepas ni."

"Senang apa?"

"Dia tak perlulah nak tipu kau lepas ni."Aku terpukau dengan kata-kata uncle Zack.Kenapa rasa seperti ditikam,sedangkan aku tahu selama ni memang papa tipu.

"Kenapa papa buat semua ni?"Aku selalu tertanya kenapa papa buat perkara ni?Sebab duit ke?

"Sebab itu pekerjaan dia..."

"Kenapa perlu kerja tu?"

"Memang takdir dia."Aku berkerut dahi?Apa yang takdir?Papa buat apa sampai perlu kerja tu?

"Princess tak faham...."

Uncle Zack melepas nafas panjangnya.

"Kau dari keluarga lain daripada lain,Clara."

Keluarga lain daripada lain?Aku perlahan-lahan mula faham...

"Sebab itu ke Princess kena main tembak-tembak?"Soal aku ingin tahu.

"Maybe..."





The VendettaWhere stories live. Discover now