Bab 13

931 30 0
                                        

     "Aliana..."Suara itu membuatkan aku tersedar.Aduh siapa yang tenyeh pipi aku ni.

Mata aku mencelak sedikit.

Jari telunjuk milik Alex tidak henti menekan pipi aku.

"Ish sakit la!"Aku menampar tangannya.

"Kau mimpi apa?"

"Hah?Mimpi apa?"Mata aku digosok beberapa kali dan otak liat berfikir.

Riak wajah aku berubah setelah adengan mimpi mengimbas semula.

"Awak tahu mana saya mimpi?"Tanya aku heran.Ada magik ke dia ni.

"Kau nangis."

"Nangis?!"Aku menyentuh kedua kelopak mata.

"Tak ada basah pun."

"Aku lap."

"Ooo...Baik jugak awak ni."

Matanya menjeling.Ceh.

"Saya mimpi kucing saya mati."

"Really?"

"Kenapa?Tak percaya?"Tangan aku disengaja memegang dagunya.

Hehe nak goda sikit la.

Iris matanya menikam iris milik aku secara tiba-tiba.

Oh mak!

Tangan aku cepat-cepat ke bawah semula.

"Erm...awak ada kakak?"Sengaja menukar topik,dah alang-alang aku terfikir mimpi tadi.

"Hurm...kenapa kau tanya?"Tubunya mendekat pada diri aku.

"Erk...saje nak tahu,tak boleh?"

"Perlu ke aku beritahu?"

"Perlu,saya isteri awak."

"Tapi aku tak percaya kau."

Pergh,Sakit!

"K."

Aku belakanginya.

At least kasi la tahu hal peribadi sikit.Ish!

Pinggang aku dirangkul perlahan dari belakang.

"Aku ada kakak angkat."

Aku terkedu.Jangan-jangan apa yang dalam mimpi tu betul.

"Papa saya buat apa dekat awak?"

"Kau tak perlu tahu."

Pulak!

"Tapi saya nak tahu."

"He's killing someone."Beritahu jugak dia ni.

"Someone special ke?"

"Hurm..."Nafasnya agak dekat dengan leher aku.

Patut ke aku tanya lebih-lebih?

Beberapa minit mendiamkan diri lalu aku memusing tubuh ke arahnya.

"Awak..."Kami berdua saling bertentangan.

Keningnya diangkat sedikit.

"Tadi saya ada bawak makanan,awak dah makan?"

Dia menganguk kecil.

Ish asal comel ni!

"Erm...Sampai bila awak nak dera saya?Tapi kan selama saya tinggal dengan awak,tak mencabar la.Cuba spesifik sikit,tak pernah tengok movie psycho ke?"Soal aku ingin tahu.Ye la,heran... setakat kemas-kemas rumah ni,tak la teruk mana...

"Kau memang tak reti syukur ke?"

"Erk...syukur tu ada la,tapi yang tak berbaloi tu awak.Baik tak payah kahwin dengan saya.Better awak mintak saya jadi bibik,settel!"

"Siapa kata tak berbaloi?hurm?"Tubuh belakang aku serasa disentuh.

Alamak.

"Eh!Berbaloi kot..."

Dia tersenyum sinis.

Setelah itu kepalanya dirapat ke telinga kanan dan berbisik sehingga membuatkan tubuh badan aku merona merah.

Okay I'm die.


     "Hai,Xander!"

"Good morning,Puan.How are you today?"Tanyanya sambil menghidang makanan.

"Okay...cuma letih sikit."

"Letih?"

"Ha ah!Alex tu jahat sangat!"

Wajahnya berubah terkedu lalu dia tersenyum kecil.Aku salah cakap ke?

Eh.

"Maksud saya...semalam dia suruh saya kemas-kemas rumah,sebab tu letih."Terang aku persatu,takut Salah faham pulak.

Dia menganguk faham.Fuh.

"By the way,thank you tau bagi makanan semalam."

"Saya rasa puan kena berterima kasih dekat Tuan,sebab dia yang minta saya bawakan."

"Aik,dia ke?"

"Ya puan."

Lah!Baik tak payah suruh aku masak!

Pelik dia ni.

"Awak...Tuan awak tu ada penyakit ke?"

"Penyakit?"

"Ha ah,macam penyakit gila ke..."Perkataan dibelakang dibisik perlahan.Takut pulak kalau Alex dengar.

"Sebernanya Tuan tu"

"Xander."Panggil Alex dari belakang lalu kami berdua mengalih pandangan ke arahnya.

"Ya,Tuan."

"Ini dokumen yang perlu kau bawakan.Nanti minta semua tunggu di tempat biasa."

"Baik Tuan,saya pergi dahulu."Angguknya lalu dia beredar dari situ.

Setelah tubuh Xander menghilang aku melihat iris mata Alex.

"Awak kerja apa?"

"Tukang kebun."

"Aik,macam tipu je.Mana ada tukang kebun ada dokumen bagai."

"Terpulang kau nak percaya atau tak."

Meluat aku.

Lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi lalu aku menarik pinggan.

"So...harini saya kena buat apa?"Tanya aku dengan rela hati.

"Nothing."

"Biar betik awak ni."

"Hurm."

"Lepaskan lah saya ni,bosan la duduk rumah."

"No."

"Ish!Saya ni cepat bosan tau."

"Masalah kau."

"Awak ni pelik la.Malam normal,pagi macam orang mereng."

"Normal?"

"Normal la,layan saya elok je."

"Aku rasa kau yang mereng sekarang ni."

"Aik saya pulak."

"Orang lain dah bersyukur sebab tak diberikan kerja."

"Tu orang lain,bukan saya."

"Fine,kau nak kerja?"

"Nak!Tapi tak nak banyak-banyak macam semalam."

"Layan aku."

"Hah layan?"Dahi aku berkerut.

Dia menginjak kerusi kebelakang.

"Come."

"Erk..."Aku melihat dia menepuk pahanya seperti memangggil aku.

"Eh awak!Cuba tengok jam pukul berapa.Awak dah lewat ni."Cepat-cepat aku memancingnya.

"It's not big problem,bella..."

"Haish!Mana boleh gitu,bos awak marah macam mana?"

"Aku boss,Aliana."

"Oh."
























The VendettaWhere stories live. Discover now