"Awak!"Dia masih tidak buat endah dengan panggilan aku.Aku mencebik geram.
Heran,dari mana dia tahu nama aku?Argh lantaklah.
Dah la aku penat,lapar lagi.Dia tak sediakan apa-apa pun!
Lalu aku mencari dapur.
Mata aku mengilau ke semua tempat.Hah jumpa pun!
Hampir 1 jam aku duduk di kerusi bangku dan aku periksa satu persatu dalam dapur.Kosong!
Aku melihat luar tingkap.Bosan...
Akhirnya mata aku serasa berat dan perlahan-lahan tertutup.
"Princess..."
"Papa?"Panggil aku selepas terdengar suara papa.
Aku mengilau mencari.
"Papa!Mana papa!"
Aku masih mencari.Semakin aku jalan,semakin gelap kawasan itu.
Aku melihat sosok tubuh itu dari jauh.
"Papa?"Panggil aku.
"Princess?Sini..."Panggilnya dari jauh.Aku tidak dapat melihat wajahnya tapi aku nampak tangannya memanggil aku.
Aku berlari ke arahnya tapi kenapa semakin aku lari,semakin jauh tubuhnya.
"Princess..."Suara itu tiba-tiba bergema di telinga aku.
"Papa!Tunggu!"Aku berlari dengan laju.Nafas aku semakin tercungap-cungap.
Tangan itu tiba-tiba melambai aku.
Tak!Papa tak boleh tinggalkan Princess!
Aku kena cepat!Saat aku berlari aku melihat kebelakang.Tanah yang kupijak tiba-tiba menjadi runtuh.
Aku berkerut dahi.
Setelah itu larian aku semakin laju.Malangnya,aku terjatuh juga.
Tak...Tak mungkin!
"Papa!"Mata aku terbuka luas.Nafas aku tercungap-cungap.
Apa tadi tu?Aku cuba stabil kan nafas.
Tenang princess...Mata aku dipejam rapat.Mimpi rupanya...
Kenapa tiba-tiba sahaja aku mimpi macam tu?Pertama Kali aku mimpi papa...
Mata aku kembali terbuka lalu aku menelan air liur.Terasa perit di dalam tekak aku.Mungkin hampir 2 hari aku tidak minum air.
Eh...
Aku baru teringat,sekarang ni aku dekat mana!
Badan aku terus terbangkit dari tidur.Iris mata aku mengilau sekeliling lalu aku melihat kebawah.Katil?
Bukan ke semalam aku di dapur?
Ini bilik siapa?Aku melihat sekeliling sekali lagi.Besar ruangan ini.Cantik.
Tapi aku tak rasa ni bilik perempuan.Kerana simple sangat.
Aku menurunkan tapak kaki aku ke lantai.Jangan-jangan ini bilik lelaki tu.
"Hai,lady."Tubuh aku terkaku beku.Aku perlahan-lahan melihat ke pemilik suara itu.
"Erm...hai..."Senyum senget.Siapa dia ni?
"Saya ada bawakan dress dan barangan make up.Mari saya bantu anda."Senyumnya.
Aku Senyum kekok.Dress?Make up?
Lalu aku melihat ada dua orang masuk ke bilik ini.Sorang membawa dress putih panjang dan sorang lagi membawa beg make up.
Benda apa ni?Aku mimpi lagi ke?
"Maaf...boleh saya tahu,ini untuk apa ya?And korang tiga ni siapa?"
"Oh...Bukankah hari ini perkahwinan anda bersama Tuan?"
"Tuan?"Aku memproses otak.Oh ya!
"Kau bakal isteri aku..."Suara itu terngiang-ngiang dalam otak.
"Oh..."Aku mengelopong.
Mereka bertiga senyum.
"Kami ni dulu maid Tuan,sekarang tidak lagi.Cuma harini dia minta kami tolong,untuk kali terakhir."
"Tak lagi?kenapa?"Tanya aku dengan heran.
"Katanya dia mahu berdua bersama lady selepas kahwin."Mulut aku terganga.Seriusly dia nak aku tinggal dengan dia berdua je?
"Sofia...kita kena cepat.Lagi dua jam."Ada seseorang berbisik.
"Izinkan kami bantu lady ya."
Aku terpaksa mengangguk.Kenapa macam tak sedap hati ni...Betul ke aku buat ni?Tapi aku nak lari mana?
'Papa...mama...'Bisik hati aku,lalu aku melihat bahagian dada.
Wait...mana rantai!Wajah aku berubah cemas.
"Hurm?Kenapa lady?Ada sesuatu tak kena ke?"Tanya Salah seorang mereka.
"Rantai saya!Korang ada nampak?!"Tanya aku dengan cemas.
Mereka bertiga geleng serentak.
Mana rantai...
"Ermm....lady?Kita kena bersiap cepat.2 jam lagi majlis akan berlangsung."
Wajah aku cuba untuk bertenang.Lalu aku memejam mata.Maybe aku terjatuhkan di mana-mana dekat kawasan rumah ini.Lepas kahwin aku cari!
"Okay...bagi saya mandi dulu ya?"
Mereka mengangguk sambil tersenyum manis.
Tak sangka aku telah bergelar isteri orang.Tapi normal ke?Dah la tidak kenal suami.Paling teruk tak tahu nama.
Tadi pun terkejut bila namanya dilaung.
Nasib baik tidak ada camera.Jika ada,mahu terkejut orang tengok gambar aku.Sudah lah blur lagi aku.Senyum pun kena paksa.
Nafas berat aku dilepas.Haish...
Tapi...hensem la dia tadi!Tak senang duduk aku.Hot gila!
Sudah lah nama dia boleh tahan sedap!
Alexander Henry.
Aku tersenyum-senyum.Heheh suka la!
Pov author.
Clara tersenyum riang dia atas sofa.Tanpa disedari ada seseorang melihat sosok tubuhnya dari jauh.
Alex menggeleng kepala dari tingkat atas.
"Hmm..."Keluhannya lalu langkahnya menuju ke sesuatu bilik.Yang di mana,bilik itu agak jauh dah tersorok.
Kunci dibawa keluar dari kocek seluarnya.Lalu dibuka.
Alex melangkah masuk lalu dia tersenyum senget setelah melihat rakaman CCTV yang terpapar di dalam rumahnya,yang kira-kira dalam 20 bijik.
"Let's see,Aliana..."
