Bab 6

560 25 0
                                    

          Rantai dipandang lama lalu aku mengambilnya.Rantai itu adalah pemberian papa dan mama saat aku kecil dahulu.Aku bukanya tak nak pakai,tapi aku takut tercicir.

Setelah itu,aku meletak kembali di atas meja solek.Rambut diikat kemas untuk ke tempat kerja.Sekali lagi aku memandang rantai.Pakai ke tak?erm...pakai la.Bukan selalu pun.

Tiba-tiba Terngiang suara uncle Gibro.Dia selalu meminta aku pakai setiap hari.Aku pun tak tahu kenapa.

Lalu aku menuruni tangga dan berjalan ke ruang tamu.

Beberapa biskut diambil dan kunci kereta dicapai.Aku bergegas mengunci pintu rumah.

Ejen kereta dihidupkan.Nasib baik harini tak lebat sangat salji.

Sampai sahaja di tempat kerja.Aku melangkah masuk ke dalam office dan menekan butang lif.Sampai sahaja ke tingkat atas,macam biasa sunyi.Semua fokus dengan kerja masing-masing.

Aku melangkah jalan ke tempat aku lalu iris mata aku melihat sesuatu di atas meja.Fail...

Banyaknye...haish.Kalau macam ni,tak balik aku malam ni.

"Cik Clara,boss nak jumpa."Aku mengalih ke belakang.

"Oh,okay."Haish mati aku.

Aku mengetuk pintu.

"Masuk."

Aku melangkah masuk dengan pasrah.Tadah telinga jela.

"Mana fail-fail you?I dah cakap kan benda ni kena siapkan sebelum minggu ni.Mana?!"Tengkingnya.

"Maaf boss..."

"I kasi peluang,esok hantar.Dah pergi keluar."Dia kembali suara tenang.Itu lah sifat boss,dia marah sekali je astu tenang balik.Sebab tu aku suka kerja kat sini.Tapi banyak sangat kerja dia beri!Tapi aku faham,sebab pekerja kat sini tak ramai.Cuba aku pindah ke syarikat lain.Entah-entah lagi teruk aku kena.

Nampak gayanya aku kena siapkan hari ini jugak.Tak kira!

        

       Malam pun sudah larut.Gelap dan sunyi.Yang aku dengar hanyalah bunyi anjing menyalak dan jam berdetik.

Tangan aku masih menaip komputer dengan laju.Akhirnya yang ditunggu-tunggu,siap!

"Yes!"Senyum aku dengan lebar.Boss mesti happy dengan aku.Cih,hantar pun lambat.

Aku melihat ke arah jam berdetik yang menunjukkan pukul 1.34 pagi.Rasa-rasanya ada orang lagi tak.Mungkin ada orang terakhir.

Mata aku melihat sekeliling.

Kosong.

Haish aku la orang terakhir tu.Aku mengeliat letih.Seharian duduk di atas kerusi,dah lah alas perut dengan biskut je.

Aku mencapai beg kerja dan melangkah jalan ke arah suis aircond.Saat aku mahu menekan suiz,jantung aku berdegup laju.
Kejap,aku tak salah dengarkan?

Baru sahaja tadi aku terdengar bunyi tapak kasut.Aku cepat-cepat melihat ke belakang.

"Hello?!"Panggil aku dengan lantang.

"Ada orang ke?Saya nak tutup aircond dah ni."Suara aku mula gementar.Aku rasa tadi macam tak ada orang.Tak akan aku tak perasan.

Ke aku berangan?Ish tak akan lah!

Aku tak rasa kali ini ilusi.Kali ini pasti betul!

Aku dengan satu langkah terus larikan diri dengan pecut.Aku cepat-cepat menekan butang lif.Lama!

Ya tuhan!

Jangan jadi bodoh lah Princess!Aku tanpa membuang masa aku ke bahagian tangga.Ya tuhan selamatkan lah aku.

Sumpah aku takut!Saat aku berlari ke arah tangga,aku dapat dengar bunyi tapak kasut dari belakang.

Semakin aku turun,semakin kuat bunyinya!

Air mata mula bertangkung.Tapi aku kena tahan!Aku kena teruskan lari.Jangan lemah princess!

Sampai sahaja di tingkat bawah, larian aku terhenti.Mata aku terbulat luas.Jantung aku semakin mengempam laju.Nafas juga mula tercungap-cungap.Dengan lemahnya,air mata mula mengalir.

Pintu grill didepan telah di tutup.Ingatan aku mula mengimbas.

"Cik Clara jangan lupa tau,waktu malam pintu tangga tutup.So pakai lif ye."

"Okay Cik Fify."Senyum aku.

Aku menelan air liur...sumpah aku lupa.

Bunyi tapak kasut pun berhenti.Tepat-tepat dibelakang tubuh bunyinya.

Badan aku bergetar dan lidah aku jadi kelu.Bulu roma juga mula timbul.

Aku perlahan-lahan memusing kebelakang.

Tidak sempat memusing,mulut dan hidung aku ditekup dengan kain.

Dengan sekelip mata,pandangan aku menjadi gelap dan kabur.Aku tak sempat melihat siapa gelaran di depan aku.Badan aku dicapai olehnya.

"Finalmente ti ho preso.(I finally got you.)"

The VendettaWhere stories live. Discover now