1 jam aku terlantar di atas sofa. Selepas kejadian tadi,aku risau nak masuk ke dalam bilik.
Tapi malam ni tiada makanan ke?Aku sudah lah tak makan tengah hari.Haish...
Kaki perlahan-lahan menaiki tangga.Wajah aku menoleh ke kiri dan kanan dengan berhati-hati.
Tapak tangan aku menolak pintu agak perlahan lalu aku melihat sedikit ke dalam bilik.
Tiada,mungkin dia tengah mandi.
Aku masuk kedalam bilik dan melihat ke atas meja yang mempunyai telefon.
Cepat-cepat aku mencampainya,tapi kalau ada password macam mana?
Minta-minta tiada lah...
Bukan sahaja telefon,aku tersenyum kecil.Yeay tak kunci!
Cepat-cepat aku ke WeChat dan mencari nombor Xender.Tapi sebelum tu....
Aku kena tengok dia ada perempuan lain tak!Cari punya cari,fuh tiada...hehehe.
Alamak...
Pinggang aku serasa dirangkul dari belakang.
Shit!
"Eh awak..."
"Kau buat apa?"Tanyanya dari belakang.
Kepala aku perlahan-lahan memusing kebelakang.
"Sa..saya..."
Dia menarik pinggang aku lebih rapat dengannya.
"Lapar..."
Dia melihat iris mata aku agak dalam lalu kepalanya perlahan-lahan meletak di bahu kanan aku.
Erk...
"Awak?"
"Fu**,mi fai impazzire,Aliana(you drive me crazy,Aliana.)"Bisiknya perlahan.
Jantung aku seperti mahu pecah!Tenang Princess...
Dengan tidak malunya aku memeluk tubuhnya.
Hangat.
Eh!Dia menarik aku ke dalam pelukan.Tolong...tak boleh nafas.
Setelah beberapa saat,dia meleraikan perlukan itu.
Fuh...nasib hidup lagi.
"Jom."Dia menarik pergelangan aku.
"Jom pergi mana?"
"Makan."
"Yeay,makan!"
Dia menarik aku ke ruangan baju.
"First,pilih baju untuk aku."
Wah!Besarnya tempat ni,banyak barang-barang mewah.
Selama ni,pakaian aku Alex yang berikan pada waktu pagi dan dia akan berikan 3 helai pakaian untuk sehari.
So,ni first time aku jejak ke sini.Tapi banyak baju dialah.Mana ada baju perempuan.
Tangan aku tidak henti membelek baju-bajunya.
Yang ni macam okay.
"Yang ni la awak."Tangan aku mencapai baju itu lalu diberi kepadanya.
"Seluar."
"Seluar jugak?"
Haish mengada.Oh lupa,sekarang ni dia pakai seluar pendek je.
"Pakai jela seluar ni,helok je."
Seluar yang dia pakai ni bukan la pendek mana.
Dia manganguk faham.
"Pakai untuk aku."
