Bab 18

678 33 1
                                        

            Wajah dilihat ke cermin lalu aku menyikat rambut terdahulu.Hari ini Alex masih belum pulang ke rumah.

Hmm...ingatkan pagi ni dapat lihat wajahnya.Malangnya tidak.

Selesai sahaja menyelesaikan diri,aku menurun kebawah untuk sarapan pagi.

Seperti biasa,wajah Xavier yang muncul di hadapan meja makan.

"Good morning Xavier."

"Good morning puan,macam mana tidur semalam?"

"Tak nyenyak."Jujur aku.

"Kenapa?"

"Suami tak ada."

"Ooo...jangan sedih puan,nanti saya tanya Tuan bila dia dapat pulang."

"Hurm...Saya tertanya sesuatu la."

Xavier mengangkat kening sebelahnya.

"Muka awak je kedut tapi badan bukan main sado.Saya dah lama perasan benda ni.Tapi tu la...saya positif jela mungkin awak ni dari dulu kaki gym."

"Erk...Saya memang suka buat badan puan.Untuk isteri saya jugak,dulu dia suka badan macam ni jadi saya kekalkan sampai sekarang untuk sedap memandang."

"Comelnya,untung isteri awak."

"Hehehe..."

"Hah satu lagi."

"Apa puan?"

"Semalam rasanya awak tinggi sikit kenapa pagi ni saya nampak macam pendek je"

"Eh!Ye ke?Saya rasa macam sama je tinggi saya ni."

"Hmm...entah lah,perasaan saya je kot."

"Erm...puan saya nak kebelakang sekejap,nak call seseorang."

"Oh,sila-sila."

Setelah tubuh Xander hilang dari pandangan mata,aku kembali mengunyah makanan.

Dalam 2 minit Xavier meninggalkan aku lalu aku berdiri dari kerusi tanpa menghabiskan makanan dahulu dan kaki mulai melangkah perlahan ke tempat di mana Xavier membuat panggilan.

Badan aku tersembunyi elok dibelakang dinding manakala Xavier berada diluar balkoni.

"Semalam kau ada balik rumah kan?Asal pagi-pagi ni kau tak ada?"

Badan aku reflex terkejut setelah terdengar suara asing di luar balkoni.

Bukan Xavier ke?

Kepala aku dibawa keluar balkoni sedikit untuk melihat siapa gelaran diluar.

Betul la Xavier!Tapi... kenapa suara dia lain?

"Yang aku heran sekarang ni,bini kau kata dia tak dapat tidur nyeyak sebab kau tiada nok!Aku ingat lagi semalam kau belah sebab nak jumpa bini kau kan!Tak akan kau ada bini lain mat."

Mata aku ditutup rapat setelah terdengar 'bini lain'.

"Ooo...macam tu faham."

"Bye!"

Setelah itu aku cepat-cepat melangkah laju ke meja makan semula.

Iris mata aku melihatnya berjalan ke arah aku.

"Puan,saya nak kena pergi,esok kita jumpa lagi"

Kepala aku diangguk.

"Sebelum tu...."

"Kenapa puan?"

"Alex tiada perempuan lain kan?"

"Erm...kenapa puan tanya?"

"Saje..."

"Puan jangan risau,Tuan tu setia orangnya."

Aku menganguk Kepala sekali lagi dan tersenyum.

"Okay."

Pelik,kenapa aku takut?Dan...siapa Xavier sebernanya?












The VendettaWhere stories live. Discover now