Bab 10

839 27 2
                                        

       Kaki aku dirapat ke dada,lalu aku melihat wajahnya dari tepi.

Kalau ini lah yang membuatkan dia lepaskan dendam,aku rela.

Aku memejam mata lalu wajah di sandar ke bahagian paha.Aku tak boleh lemah,aku kena cari idea.

Otak aku berfikir,tak akan duduk diam sahaja.

Aku tersenyum lalu kelompak mata dibuka.

Hati.

Hati dia!

Aku kena buat dia jatuh cinta dekat aku!

Wajah aku berpaling ke arahnya.Eh!

"Kau berangan apa?"
Iris mata aku terjatuh ke atas badannya.

Oh tuhan...

Tiba-tiba selimut di tarik olehnya yang membuatkankan badannya ditutup.

Iris mata aku cepat-cepat melihat iris matanya.

Dia merenung tajam.Alamak!

"Kau asal?!"

"Erk...apa?"

"Tengok aku semacam!"

"Mana ada!"Aku melihat ke arah lain.

"Dasar perempuan jadian!"

Pipi aku merona merah,aduh...malu la gini.

"Awak la jadian tu,kite pulak yang kena."
Kata aku sambil menurunkan kaki ke bawah lantai.Lalu selimut di tarik.Ish apa yang berat ni.

Aku melihatnya.

"Kau nak bawak mana selimut ni?"

"Ish masuk bilik air la."

"And?"

"Hah?"Aku berkerut dahi.

"Selimut ni nak bawak sekali?"Tanyanya.

Aku senyap dan tetap menarik selimut.

"Pergi jela,aku tak tengok kau."Aku merenung tajam,tipu!

"Tak nak!"Aku membantah,memang tak la aku nak percaya.

"Kau nak malu apa?Aku dah tengok semua."Sekali lagi pipi aku merona merah.

Fine!

Aku melepaskan selimut lalu aku menghentak kaki sambil ke arah bilik air.

Hah tengok la puas-puas!Biar terjuntai mata tu!

Dalam beberapa saat,tiba-tiba pingang aku ditarik.Eh...

Sekali lagi aku melihat dalam peti ais.Kosong...

Ye tak ye pun,letak lah sikit makanan.Boleh la aku masak untuk kau.Ni bukan aku je kebulur,dengan kau-kau kebulur.Haish...

Ni 3 hari tak makan,mampu minum air paip je.

Elok-elok tak ada gastric, tiba-tiba ada.

Kaki aku melangkah keluar dari dapur lalu mata aku melihat ke atas meja.Wah!

Cepat-cepat aku pergi ke meja makan.Sedapnya!Untuk aku ke ni?

"Morning Puan."Wajah aku berpaling ke belakang.Xander!

"Eh,good morning!"

Dia tersenyum,alahai pemurah betul senyuman dia.Agak-agak umur berapa dia ni.Dari segi wajah macam 50 lebih.

"Ni makanan untuk Tuan ke?"Tanya aku,takut pulak nak makan.Silap-silap aku kena cekup.

"Yes,and makanan ni pun untuk Puan jugak."Wajah aku mula teruja.

The VendettaWhere stories live. Discover now