Hampir setengah hari aku berkurung dibilik.Tak tahu nak buat apa diluar.
Kelmarin aku sudah mencari rantai merata tempat,tetapi masih tidak jumpa.
Mungkin terjatuh di office.
Air mata aku mula bertakung.Menyesal memakai rantai itu.
Bila fikirkan balik,sudah lama aku tak merasa sesunyi ini.
Nafas aku dihela seketika.
Uncle Gibro pasti mencari aku...
Aduh,rindu masakan aunty Tila la pulak.
Aunty Tila merupakan isteri kepada uncle Gibro.Selepas kematian papa, aunty Tila banyak membantu aku ketika di universiti.
Ketika termenung,aku terdengar bunyi ketukan pintu.
Alex?Tapi dia baru pergi tadi.
Tangan aku perlahan-lahan membuka pintu.
Perempuan mana pulak ni.
"Who are you?"
"Hah?"
"Macam mana you ada dalam bilik ni?!"
"Masuk guna kaki lah."
Muka perempuan hadapan aku berubah geram.Tanya la lagi soalan tak setaraf cerdik tu.
"By the way,Cik ni siapa ya?Tiba-tiba dalam rumah saya?"
"Rumah you?Excuse me,rumah ni milik Alex okay!"
"Ya I know,tapi saya ni isteri kepada Alex,so ini rumah saya jugak lah kan."
Perkataan isteri disengaja ditekan,biar sedar sikit.
"Isteri?No!I isteri dia!"
Lah!Apa betina ni meroyan,ke aku ada madu?!
"Awak isteri dia jugak ke?"
Dia mengangguk,malah aku menggeleng seperti tidak percaya.
"Awak ni biar betul."
"Betul la!"
"Tak...tak mungkin...Tidak!!!"
Mata aku terbuka luas dengan terkejut.
Lah mimpi rupanya...
Heran,kerap sangat mimpi pelik.Ke tempat ni keras.Erk...
Risau pulak mimpi tadi tu real...
Kalau real?
Kuku ibu jari digigit.Aduh...aku kena siasat ni.
Iris mata memandang ke arah jam.Hampir 5 jam aku tertidur.
Lalu otak aku terfikir,betul ke Alex kahwin dengan aku sebab dendam?Macam pelik.
Kalau tanya lebih-lebih tak ada guna,bukan nak kasi tahu pun.
"Alex...harap-harap awak balik awal."
Kaki aku berlari laju ke arahnya."Awak!"
Sampai sahaja dihadapan Alex,aku merangkul lehernya.
"Awal balik,rindu saya ke?"Pinggang aku ditarik perlahan olehnya.
"Tak,kau yang rindu aku."
"Tahu mana?"
"Naluri."
Wajah aku berubah kedut.Pelik.
"Kau memang suka goda aku ke?"
"Kenapa tak boleh?"Aku mengenyit mata sebelah.
Dia melihat aku tanpa berkelip mata.
"Erm...saya nak buat satu game boleh?"
"Game?"
"Macam ni,selama 2 minggu ni saya akan goda awak sehingga awak suka saya.And awak kena jujur tak boleh tipu.Kalau awak kalah,awak kena jawab semua soalan saya.Don't worry,tak banyak pun.Kalau saya kalah,terpulang awak nak buat apa."Terang aku dihadapanya.
"Reject."
"Lah kenapa pulak?Tak strong la awak ni."
"Tak sampai satu saat aku dah defeat,Aliana."
"Hah?Macam mana boleh def..."Aku mula tersedar.
Mata aku berkelip beberapa Kali.
Dia melepaskan aku,lalu meninggalkan aku dihadapan pintu masuk.
Badan aku masih terkedu seketika selepas melihat dia tersipu malu.
Ya tuhan!Comelnya!!!
Ta...tapi,bukan ke dia tak suka aku?
Aku kan anak yang dia benci.Mustahil ni!
Ish!Tak tenang aku macam ni.Ke dia tipu?Argh...
Dada aku disentuh perlahan...tanpa sedar,jantung aku berdegup laju.
