"Hai Mrs.Clara."Mata aku berkelip beberapa kali.Siapa orang tua ni?
"Hai...Encik siapa ya?"Terkejut aku.Elok-elok mencari rantai tiba-tiba ada orang menegur.
"Saya pembantu Tuan Alex.Kenalkan,saya Xander."
Aku mengangguk perlahan.Ingatkan betul-betul berduaan dengan Alex.
"Encik nak jumpa dengan Alex ke?"
Kepalanya digeleng.
"Tuan mintakan saya bawak Mrs.Clara ke bilik.Erm...boleh saya panggil Mrs.Clara, Puan?"
"Encik nak Panggil saya Clara pun boleh."Aku memberi senyuman.Macam pelik pulak orang panggil aku Puan.
Xander tergelak kecil.
"Saya panggil Puan sahaja lah,baru serasi dengan Tuan."
Aku mengangguk faham.
"Erm...sebelum tu,Encik nak bawak saya ke bilik mana ya?"
"Panggil Xender sahaja,"Dia senyum sekali lagi.
"Saya nak tunjuk ke bilik Puan.Mungkin Puan penat.Puan boleh tidur sana dan bilik itu dah di sediakan pakaian untuk Puan."
Kepala aku di garu.
"Saya tak sebilik dengan suami saya ke?"
"Itu...saya tak tahu.Puan kena tanya dia sendiri."
Aku mengangguk faham.Ish...mana ada orang lepas kahwin tidur sendiri-sendiri.Tapi kira okay la...aku dah la tak kenal dia.Macam pelik pulak tidur dengan orang asing.
Otak aku merunsing.Apa tujuan dia kahwin dengan aku?Aku tak rasa dia cintakan aku.Kami berdua tak pernah berjumpa.
Entah-entah dia seuniversiti dengan aku?And dia suka aku senyap-senyap.Uish menarik!
"Puan?"
"Eh sorry,berangan tadi."Dia tergelak kecil.
Aku menggaru kepala.Aduh buat malu je la aku ni.
"Ini bilik Puan,kalau ada masalah panggil sahaja saya."Aku mengangguk.
"Terima kasih."
Lalu dia pergi dari situ.
Aku tanpa membuang masa,aku memulas tombol pintu.
Mata aku terbuntang luas.Cantiknya!
Badan aku terus dilanding ke atas katil.Wah empuknya!Dah la besar!
Tergolek-golek aku atas katil ni.Syoknya!Kalau macam ni nak duduk dalam bilik jela.
Dress yang disarung dipandang oleh aku.
Aku tersenyum senget.Hampir seharian aku berpakaian ini.
Kaki aku melangkah ke arah pintu yang terdapat dalam bilik ini,mungkin itu bilik air.
"Mesti dalamnya cantik."Aku tersenyum.
Buka sahaja pintu,kaki tangan aku jadi kenjung.Jantung aku mengepam laju dan senyuman aku menjadi pudar.
Kaki aku perlahan-lahan ke belakang dan tangan aku cepat-cepat ingin menutup pintu semula.Malangnya serangga-serangga kecil di dalam bilik itu terbang keluar.
"Argh!Lipas!"Kaki aku berlari laju ke pintu keluar.
Kunci.
Aku menggeleng kepala.Kenapa kunci?kepala aku memusing kebelakang.Air liur ditelan.Air mata mengalir laju.
Aku benci lipas!
Flashback.
"Clara!"Panggil Uncle Zack dari luar.
