Bab 12

762 22 0
                                        

          Seusai sahaja habis makan,aku menaiki tangga sambil membawa pinggan yang diisi nasi bersama ayam yang diberi Xender sebentar tadi.

Semasa aku makan,aku agak kesian dengan Alex.Lagi pun dia sudah bekerja seharian,tak akan minum sup sahaja?Mesti dia lapar lagi,jadi aku meninggalkan separuh untuknya.

Pintu diketuk 3 kali oleh aku.

Lalu aku menolak pintu dan melihat sekeliling untuk melihatnya.

"Awak?"

Air percikan terdengar dari pintu bilik air."Oh mandi..."

Aku perlahan-lahan jalan lalu meletakan pinggan di atas meja yang berada dalam bilik itu.

Dalam 30 minit aku menunggunya di atas katil lalu mata aku terlelap seketika.

"Princess!"

"Papa?"

"Jangan dekat dengan dia!"

"Hah?papa?Mana papa?"

Aku mengilau sekeliling.

Hanya dinding kosong sahaja yang terlihat.

"Papa?"

"Aliana?"

Aku memusing kebelakang.Alex?

"Awak!Saya terdengar suara papa!"

"Papa?"

Aku melihat tangan kanannya yang memegang sesuatu yang dilumur darah.

"Awak...tu apa?"Tanya aku dengan suara getar.

"Ni?"Dia menunjuk ke arah aku.

Kepala?Aku menginjak kebelakang.

"Hey...asal takut?"

Aku menggeleng kepala beberapa kali.

"Kau kenal?"Tanyanya.

Ya...Kepala tu...aku kenal sangat.

Aku menelan air liur dan mata aku tidak dapat bertahan untuk mengalir air mata.

"A..awak..."

"Hurm?Ni bapak kau kan?"

"Awak...buat apa ni?!"Tanya aku sambil menekup mulut.

Dia tergelak sinis.

Semakin aku undur,semakin kedepan dia melangkah.

"Awak bu..bunuh papa?"

"Hurm bunuh?Ye ke?Dia tak mati lagi la,Aliana."

"Hah?!Awak buta ke!Tu apa!"

"Ni?"

Dia mula tergelak kuat.

"Hey Aedy!Cuba kau cakap sikit dengan anak kau ni!"

"Prin...Princess..."

Kepala....Kepala tu bercakap!Ni tak betul!

Air mata aku mula mengalir laju.
Ya tuhan...Ujian apa kau beri pada aku!

"Pa...papa?"

"Tolong..."

"Tolong apa Aedy?hurm?"Alex mencekam rambutnya lalu digoncang beberapa kali.

"Awak stop!Awak gila ka!"

"Aku gila?"

"Dasar laki tak guna!Kenapa awak buat macam ni!Lepaskan papa!"

"Lepas?Nah!"

Kepala papa dilempar ke arah aku dan tepat-tepat benda itu mendarat di atas lantai hadapan aku.

Bulu roma aku mula meremang sekelip mata.

"Papa..."Air mata aku mengalir tidak henti.

"Awak memang jahat!"Aku melihat wajahnya dengan aura benci.

"Aku jahat?Cuba kau tanya bapak kau.And baru kau sedar siapa yang jahat sekarang ni!"

"Maafkan aku...princes..."

"No papa!Papa tak salah!"

"Aku salah...kalau aku tak bunuh mama,semua tak akan jadi"

Bang!

Iris mata aku membulat besar setelah peluru dilepas ke arah kepala papa.

"So kau dah sedar siapa yang jahat sekarang ni?"

Aku menggeleng kepala seperti tidak percaya.Kedua tangan ditekup ke wajah.

"Awak gila!Awak siapa!"

"Aku siapa?"

"Awak siapa nak hukum papa!Awak tak ada hak semua ni!"

Alex melangkah laju ke arah aku lalu dia mencekam pipi aku dengan kuat.

"Tiada hak?Kau tak tahu!bertapa sakitnya hati aku ni bila kakak kesayangan aku mati!"

"Kakak?Apa maksud awak..."

Mama tu kakak kepada Alex?
Tapi...kenapa nama ayah diorang tidak sama?

"Alex...le..lepas..."Pinta aku dengan riak sakit.

"Aku benci kau,Aliana.Kau darah daging si bodoh tu..."Air mata dia mula mengalir perlahan.

Dengan riak wajah tu,aku tahu dia sakit,rasa benci.

Aku tak tahu nak salahkan siapa.Dengan lembut hati aku perlahan-lahan membelai rambutnya.

"Maaf..."Dengan satu kata,kelopak mata aku mula tertutup.

The VendettaWhere stories live. Discover now