Bab 2

909 34 0
                                    

           Seperti tidak percaya aku sudah berumur 23 tahun.Pejam celik pejam celik,sedar-sedar sudah meningkat usia.Aku melihat ke luar tingkap di dalam bilik.Tanpa sedar,satu titisan air mata aku mengalir di pipi.

6 tahun lepas.

"Papa!"Panggil aku dengan lantang.

Papa tidak mengambil endah dengan panggilan aku.Kakinya masih berjalan laju ke arah pintu keluar.

Aku mengejar sehingga mencapai pergelangannya.

"Papa jangan nak buat kerja gila!"Marah aku apabila dapat tahu papa akan berjumpa dengan Mr.French.Mereka akan tanda tangan kontrat.Aku 100% tak setuju.Aku kenal sangat lelaki itu!Lelaki itu pasti akan mengubah hidup aku!

Mr.French merupakan orang atasan dan dia juga orang yang mempengaruh besar di sisi gelap.Aku pernah mendengar dari uncle Zack yang lelaki itu merupakan pelacor.Selain itu dia juga akan jual wanita yang telah dia rosakkan dengan harga yang tinngi.Tak masuk akal!Aku ingatkan tak laku tapi laku keras!Aku tak nak satu hari nanti papa akan ditangkap atau dibunuh.Aku tahu,Mr.French pasti akan selamatkan dirinya dengan menggunakan orang-orang terdekatnya.Aku tak mahu kes dia terjebak dengan papa.Sudahlah Mr.French mempunyai banyak musuh,lagi tinggi risiko yang perlu aku hadap.

"Kau jangan nak halang aku.Aku tahu apa yang aku buat."Aku tersenyum senget.Benda bodoh apa yang papa aku cakapkan ini?

"Papa sedar tak apa yang papa cakapkan ni?Lelaki yang papa nak jumpa tu bahaya!"Aku menaikkan suara dengan  satu noktaf.Pertama kali aku meninggikan suara di hadapan papa.

"Princess...aku buat benda ni bersebab.Plss believe me."Aku menggeleng kepala.Aku tak setuju.

"No!Kalau papa sayang Princess...papa tak akan buat benda terkutuk ni!"

Aku mendengar suara cebisan dari mulut papa.

"Kau tak faham...maafkan aku ya sayang.Aku pergi dulu.Zack tolong tengokkan anak aku."Arah papa kepada uncle Zack.Aku menggeleng kepala lalu aku membuka langkah untuk menghalang papa dari keluar.Uncle Zack menarik lengan aku.

"Clara,jom.Biarkan papa kau pergi."Halangnya.

"Kau siapa nak halang aku!Lepaslah!"Aku menarik lengan aku dengan kuat.Malangnya tiada hasil.Susuk tubuh papa aku hilang dari pandangan aku.Papa sudah keluar dari rumah agam ini.

"Aku benci kau!"Marah aku lalu lengan aku dilepaskan.Aku menghentak kaki sambil menuju ke arah tangga.Pekerja-pekerja yang berada di kawasan itu memperhatikan aku.Baru harini korang tahu aku wujud!

Setelah beberapa hari.

Ketukan pintu di bilik aku telah merosakan suana di pagi hari.Aku membuka pintu lalu bersilang tangan.

"Hmm?"Kening sebelah aku ternaik.

"Aku kena keluar,jadi jangan nak pergi mana-mana selama aku tiada."Bebola mata aku ternaik atas.

"Suka hati uncle lah nak pergi mana pun.Aku pun malas nak tahu pasal dunia luar.Biar aku mati dalam rumah besar bedapak ni.Silap-silap jadi bangkai terus.Maid kat dalam rumah ni bukan tahu aku wujud pun."Uncle Zack mengangguk faham.Aku berkerut dahi.Cih kot-kot lah nak pujuk!

"Aku nak beritahu sahaja,kau anak kepada majikan aku.Apa salahnya aku beritahu dan memberi peringatan."Aku mencebik.

"Yela-yela.Syuh pi sana.Nak tidur pun tak senang."Halau aku.Suka hati kau lah nak pergi mana pun.Tak yah balik pun tak apa.

Aku menutup pintu dengan kuat.Kacau je!Aku melompat ke atas katil lalu berbaring.Itu sahaja cara yang boleh aku hilangkan stress.Harap-harap papa pulang dengan selamat lah.Aku rindu papa.Tiba-tiba aku terfikir ingin membuat biskut kepada papa untuk membuat permintaan maaf atas perbuatan aku beberapa hari lepas.Aku tak patut tinggi suara dekat papa.Jika itu pilihan papa,aku sepatutnya terima sahaja.

Tapi apa yang aku fikirkan itu ada betul jugak kan?Bagaimana lelaki itu mempergunakan papa?Aku menggeleng kepala supaya tidak berfikir bukan-bukan.

Kaki aku mula melangkah keluar dari bilik.Aku berjalan perlahan ke tingkat bawah.Semua pekerja di sini masih membuat hal masing-masing.Aku melepaskan keluhan dari mulut.Mereka masih menganggap aku tidak wujud.Dulu waktu kecil,ada la jugak anggap aku wujud pada waktu tidur,mandi dan makan tapi sekarang bila sudah besar,mereka tidak melayani aku seperti dulu.Huh,tahu la aku boleh berdikari...tapi tak perlu lah sampai tak nak layan aku.

Aku melihat terdapat dua orang mengemas dapur.Mereka mula sedar keberadaan aku.Dua orang itu beredar dengan pantas.Macam tu je diorang pergi.Seram sangat ke aku ni?

Muka aku macam hantu ke?Monster?Singa?Serigala jadian?

Aku menggeleng kepala.Asyik fikir bukan-bukan je.

Aku tersenyum kecil.Rindu pulak nak masak sama-sama dengan papa.Dulu waktu kecil,aku rajin mengajak papa bermain masak-masak.Bukan mainan tau!Tapi realiti.Masa tu aku banyak belajar memasak dari papa.Kadang kala aku dan papa akan membuat kek,biskut dan cupcake.Banyak memori terindah aku dengan papa walaupun dia selalu busy.Sekarang ni lagilah,bertambah busy.Haish...apa la nasib.

The VendettaWhere stories live. Discover now