Tiga hari aku menunggu kepulangan papa tetapi malangnya batang hidungnya masih belum tiba di hadapan aku.Aku merenung lama biskut-biskut di dalam balang.Wajah aku perlahan-lahan melekat di atas meja sambil melihat balang kacang itu.
"Lamanya....hurm..."Wajah aku berubah sedih.
"Lady..."Aku tersedar dari lamunan lalu wajah aku cepat-cepat beralih ke pemilik suara itu.
Aku terkejut,sekian lama pembantu dalam rumah ini tidak menegur aku.Riak wajah aku berubah teruja.
"Ya!"Aku memberi respon dengan semangat sekali.
Tetapi riak wajah wanita di depan aku tidak berubah.Wajahnya masih tiada senyuman malah riak wajahnya seperti sedih atau kecewa?Tapi untuk apa?Dia mahu berhenti kerja?Tapi bukan aku yang uruskan.
"Lady...bawak bersabar ya..."Ucapnya tapi aku masih tidak faham apa yang disampaikan.
"Bersabar untuk apa?"Tanya aku sambil mencapai gelas di atas meja.
"Tadi...Tuan Gibro ada hubungi kami.."Katanya sambil menunduk kebawah.Aku hanya menganguk faham sambil menghirup air.
Uncle Gibro ialah pembantu pribadi papa dalam hal pekerjaan.Dulunya Uncle Zack juga pembantu papa tetapi disebabkan aku,papa membawanya ke rumah untuk menjaga aku.Jadi Uncle Gibro sahaja yang tinggal untuk membantu papa.Tetapi itu masa aku kecil sekarang uncle Zack juga turut busy dengan kerja papa.Aku harap diorang sihat-sihat.
"Urm..."Aku masih senyap sambil melihatnya.
"Kenapa?Uncle ada beritahu apa?"Aku pulak tidak sedap hati.Dah lah suruh aku bersabar.Sabar untuk apa?Sabar menunggu jawapan?Aku harap sampaian yang mahu diberikan itu positif lah macam kata-kata rindu dari papa.
"Tu...tu...tu.."Alahai!Gagap pulak!
"Tu apa?!"Suara aku jadi tegas.Geram aku!Ada pulak aku nak kena bersabar dengan gagap dia ni!
"Tu..Tuan Aedy sudah tiada!"Cawan kaca aku yang dipegang tadi telah pecah sekelip mata setelah nama papa aku disebut.Tak!Aku salah dengar!
"Wait...awak cuba buat saya nangis kan?Awak gurau je kan?"Tangan aku mula bergetar dan kaki aku perlahan-lahan ke arah wanita itu.Aku menggenggam bajunya.
"Plsss tell me this not true..."Aku memandang wajahnya dengan berharap ini semua tipu.Dia melihat aku lalu matanya tertutup beberapa saat.
Dia kembali membuka dan melepas nafas beratnya.
"Maaf lady...Apa yang saya cakapkan itu adalah betul.Itu yang dikatakan oleh Tuan Gibro.Selain itu....Tuan Zack juga...turut tiada."Sekali lagi dia menunduk.Ya tuhan...ujian apakah ini?
Aku terduduk di atas lantai.Aku terkedu dengan kata-kata wanita itu.Aku seperti tidak percaya....Baru sahaja beberapa hari lepas aku berjumpa dengan papa dan uncle Zack.Air mata aku tertumpah di atas lantai.Aku berharap sangat ini mimpi.
Aku melangkah keluar dari tanah perkuburan.Iris mata kelabu aku seperti kosong.Aku mendongak ke langit dan melihat awan-awangan.Aku berfikir,apa akan terjadi selepas ini?
Bahu aku disentuh oleh seseorang.Wajah aku mengalih sedikit ke kenan.Uncle Gibro.
"Dah ready?"Tanyanya.Aku masih mendiamkan diri.Selepas ini aku akan dibawa ke rumah Datuk buat kali pertama.Seumur hidup aku,papa tidak pernah membawa aku berjumpa dengannya.Aku tak pasti kerana apa.
Akhirnya aku mengangguk kepala dengan perlahan.
Uncle Gibro membawa aku ke arah keretanya.Aku tidak berapa rapat dengan uncle Gibro kerana dia jarang ke rumah papa.Tidak silap aku,Uncle Gibro ini berasal dari keluarga Datuk.Tapi bukan anaknya Datuk.Aku tak pasti dia ini siapa.Mungkin anak angkat.
Saat dalam perjalanan,uncle Gibro membuka suara.
"Clara nanti jangan pelik dengan perangai Datuk."Aku berkerut dahi.
"Perangai macam mana tu?"
"Sombong,tengking,and marah-marah gitu."
"Aik kenapa dia macam tu?"Sengaja aku menyoal, patutlah perangai papa macam tu...ikut perangai Datuk rupanya.
"Perkahwinan papa dan mama Clara exactly tak disetujui oleh Datuk."Aku terkedu.What?!
"Sebab itu papa Clara tidak pernah bawak Clara berjumpa dengannya.Dia tahu Datuk Clara tak suka kan Clara."
"But why?Apa salah princess?"Apa salah aku dengannya?
"Maybe Clara hasil daripada perkahwinan yang tidak setujui.Sejak perkahwinan diorang,Datuk dengan papa Clara tidak pernah berbaik sehinnga sekarang."Aku terkejut.Ya tuhan...kesian papa.
"Kenapa Datuk tak setuju?"
"Itu...."Uncle Gibro terdiam.
Aku masih menunggu jawapan.Kanapa Datuk buat macam tu dekat papa...Datuk tak sukakan mama ke?
"Mama Clara tu...bukan calang-calang orangnya.Asalnya papa Clara dijodohi dengan orang lain tapi dia tolak tawaran itu.Papa Clara dah beritahu Datuk yang dia mahu kan orang lain.Saat diberitahu siapa orangnya.Datuk reject.Walaupun tak setuju,papa Clara tetap dengan pendirian dia."
Aku mengelopong.Baru tahu kisah papa.Selaman ni mana ada orang mahu membuka cerita.
"Kenapa Datuk tak sukakan mama?And apa maksud uncle yang mama ni bukan calang-calang orangnya?"
"Clara tahu yang mama Clara ni ada abang?"Tanyanya sambil berfokus pandu di hadapan.
"Ermm...Tak tahu...Papa tak pernah ceritakan pasal mama..."Suara aku mejadi layu.Tak sangka mama ada abang rupa-rupanya.
"Clara kenal Mr.French?"
Aku mengangkat kening sebelah.Mr.French?
"Kenal..."Jawap aku dengan perasaan geram.Aku masih bencikan lelaki itu.Walaupun kematian papa bukan berpunca darinya.
"Dia abang kepada mama Clara."Jatuh rahang aku lalu mata berkelip beberapa kali.Really?
"Biar betul uncle?!"
"Hmm..."
Aku menggeleng kepala seperti tidak percaya.Maksudnya Mr.French tu pak cik aku la!
"Clara....kita dah sampai.Jom."
Aku menelan air liur.Alamak...rasa seram sejuk la pulak.
