Bab 7

719 31 1
                                    

         Kepala aku serasa pening dan kaki tangan aku seperti diikat.

Memori semalam ditayang semula di dalam otak.
Mata aku terbuka luas.

Aku agak terkejut selepas melihat sosok tubuh didepan aku.Tinggi,outfit yang dipakai semuanya serba hitam dan wajahnya bertopeng.
Badannya tegap.Aku menelan air liur.Sah lelaki!

Ini Kali ke berapa jantung aku mahu berdegup laju.Tapi Kali ini aku tak rasa aku berdegup laju kerana takut.

Nasib baik dia tidak menutup mulut aku.Tanpa basa basi aku membuka mulut.

"Kau siapa?!"Lantang suara aku.

Lalu lelaki bertopeng itu berdiri dari kerusi duduknya.

"Aku?"

Aku berkerut dahi.Iris mata aku mengilau ke arah lain.

"Ada orang lain ke kat sini?"

"Tak."Selamba dia menjawab.

"Dah tahu tu tanya lagi!"

Aku terdengar suara sinisnya.

"Kau tak perlu tahu tentang aku.Cukup lah kau tahu yang kau bakal jadi isteri aku."

Aku ternganga mulut.Apa jantan ni merepek?Cringe tahu tak!

"Encik,saya tahu la saya cantik pun.Tak perlu kot nak culik saya bagai lepastu nak kahwin.Jika benar la encik sukakan saya,maka izinkan saya reject."

"Tak ada masa aku nak sukakan kau!"Marahnya.

Aku membuat muka blur.

"Dah tu bakal isteri tu apa!Ada orang lain ke kat sebelah saya ni?!"Aku melihat ke kiri ke kanan.

Dia tergelak sinis."Lepas kau kahwin, tahu la sebabnya."

"No!"

Gila ke apa kahwin dengan orang tak kenal!Dah la culik orang!Dasar gila!

"For me,no is yes."Dia meninggalkan aku di dalam ruangan kosong ini.Apa lelaki ni nak!

         

          

          Hampir 3 jam aku cuba lepaskan ikatan di kaki.Akhirnya talinya terbuka kecuali ikatan di tangan.

Aku menuju ke pintu.

Aduh...ni nak bukak macam mana?

Aku melihat sekeliling,ada benda tajam tak?Aku melihat gergaji di tepi dinding.Mak aih,lelaki ni tukang kayu ke?

Tanpa membuang masa,aku cuba lepaskan tali dengan gergaji itu.

Yes!

Tangan aku membuka pintu dengan perlahan-lahan dan iris mata aku mengilau sekeliling.Dengan langkah perlahan,aku keluar dari bilik itu.

Ya tuhan!Besarnya rumah ini.Puji aku dengan ikhlas.Dah lama tak duduk rumah agam seperti ini.Hmm...

Aku melihat terdapat tangga di hujung.Aku cepat-cepat ke arah sana.

Rumah ini macam tak ada orang je.Tak ada orang gaji ke

Eh lelaki ni kerja apa sampai kaya semacam?

Dalam 3 minit aku mencari pintu keluar.Fuh...besar jugak pintunya.Aku  cuba membuka.

Aik tak boleh pun.Kunci ke?

Aduh....macam mana ni.Aku kena cari jalan keluar jugak.Aku memusing tubuh.

Buk!

"Aduh!"Aku menyapu dahi.Apa yang aku langgar ni.

"Berani kau nak larikan diri."

Aku cepat-cepat mebuka mata.Ya ampun apa yang tinggi ni.Aku mendonggak ke atas.

Jatuh rahang aku.Rasanya tadi bertopeng.Ke salah orang?Tapi....

Hensemnya!Eh sekejap.Aku yang pendek ke,dia yang terlebih tinggi ni.Tinggi aku 164 kot!

"Tutup mulut kau,bella."

Cepat-Cepat aku berhenti mengelamun.Eh dia cakap itali?

Blushing aku.Dah lah cakap aku cantik!

Aku terbatuk sedikit."Urm yes!boleh saya bantu."

Meroyan apa aku ni.

Lelaki itu bersilang tangan.Oh shit...urat tangan dia....

Ketika aku sambung belajar dahulu,aku suka membaca buku novel sehingga tergiang-ngiang dengan facional man.Haish tak boleh berubat aku ni.

"kau dah kenapa?"Matanya masih menatap iris mata aku.

Aku menunduk kebawah.Segan.

"Kau jangan nak larikan diri.Lagi pun tiada jalan keluar."

Aku menganguk faham.

"Erm...Encik kata saya perlu jadi isteri,So bila?"Tanya aku dengan sengaja.

"Esok."

Terbeliak mata aku.

"Awak gila ke apa?!"

Lelaki itu tersenyum senget.

The VendettaWhere stories live. Discover now