Iris mata aku tidak berhenti mengilau dari pandangan kawasan perumahan ini.Cantik sangat-sangat.Dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.Seusai sahaja sampai di depan pintu masuk aku melihat terdapat 2 orang maid mejemput aku dan uncle Gibro untuk masuk ke dalam,Aku hanya manganguk perlahan.
Aku hanya mengikuti jejak langkah uncle Gibro dari belakang.Tangan aku mula menggigil takut.Vibe di dalam rumah ini sangat menyeramkan berbanding rumah papa yang sunyi itu.
Sampai sahaja di ruang tamu.Aku melihat wajah Datuk yang sedang menghirup air.Pertama kali aku melihat wajahnhya.Warna iris matanya seperti aku dan papa.Wajahnya terdapat kedutan.Janggutnya tidak lah panjang dan tidak lah pendek.Rambutnya dan janggutnya berwarna putih.
Sedar tak sedar iris mata Datuk menatap wajah aku.Tetapan yang agak tajam.Aku menelan air liur sekilas.Aku bergerak sedikit ke arah uncle.
"Duduk."
Aku cepat-cepat pergi melabuhkan punggung di atas sofa depannya.
"Princess Aliana Clara..."Nama aku dilaung oleh Datuk.Peluh mula membasahi dahi.Asal gementar sangat ni.
"Selepas ini rumah yang engkau duduki sekarang bukan milik ayah engkau lagi.Jadi keluar dari rumah itu.Aku berikan masa 1 hari untuk kemas barang-barangan engkau."
"What?!"Terkejut aku dengan kata-kata Datuk.And then selepas ini aku harus ke mana?
"Tak perlu terkejut.Itu memang nasib engkau."Datuk masih lagak tenang menghirup air.
"Tapi ayahenda..."Uncle Gibro cuba masuk perbualan kami tapi malangnya Datuk menepis dahulu.
"Engkau jangan nak masuk campur.Aku tidak kisah engkau berpihak dari siapa.Tetapi satu sahaja aku mohon,hormat dengan keputusan aku.Faham!"Suaranya berubah jadi tegas.Tangan aku sudah berpeluh takut.Nak cakap dalam rumah ni panas tak jugak.
Pandangan Datuk bertukar ke arah aku.Aku tidak ubah seperti patung.
"Engkau faham tak?!"Jatung aku berdegup laju.Automatik aku membalas responnya tanpa berfikir.
"Ya faham!"Kata aku dengan yakin.Ya tuhan....apa nak jadi dengan diri aku ini!
"Good,itu yang aku mahu dengarkan.Now get out from my house.Aku tak hingin melihat wajah engkau lagi."Aku terpinga-pinga berdiri dari situ.Aku cepat-cepat menganguk berterimah kasih.Tapi untuk apa?
Setelah itu,hati aku terdetik untuk bertanya sesuatu.
"Erm...boleh saya tahu.Kenapa Datuk buat saya macam ni...Kalau saya keluar dari rumah tu,saya nak tinggal di mana?papa dah tak ada...saya masih 17 tahun.Baru habis belajar..."Tanya aku dengan sayu.Lagi sebulan lagi aku akan berumur 18 tahun.Dulu aku pernah tanya papa,selepas ini aku akan ke mana?Papa cakap,aku tidak perlu pergi ke mana-mana hanya tinggal di dalam rumah sahaja.Hurm...aku okay je.Aku dah terbiasa dari kecil.Lagi pun aku masih belum rasa lagi untuk berfoya-foya di luar.Kawan pun belum ada...aku tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan orang yang aku tak kenal.
"Itu masalah engkau.Aku dengan engkau tiada kaitan."
Aku mampu menunduk kebawah lalu mengangguk faham.Malas nak bertanya lagi.Cukup la dengan keputusan dia.Aku melirik wajah uncle Gibro lalu dia mengangguk.
"Kami pergi dulu ayahenda."
"Pergi la.Lepas ni jangan bawak budak tu lagi.Cukup la hari ini first and last."
Hati aku terasa pedih dan kilu dengan ayatnya.Hina sangat ke aku ni?Sebegitu bencinya dia pada aku.
Aku melihat wajahnya lalu memberi senyuman nipis.Biarlah orang buat jahat tapi jangan kita.
"Uncle..."Aku merungut sambil melihat luar tingkap.
"Hurm?"
"Kenapa bawak princess jumpak Datuk?Last-last dia cakap benda tu je.Lepastu halau orang pulak.Eee..."Geram aku.Baik tak payah datang.
"Uncle pun tak tahu...Datuk yang minta uncle bawa Clara ke sini.Waktu uncle dapat tahu,terkejut la jugak.Haish...maaf ya Clara.Tak apa,lepas ini Clara duduk sahaja dekat rumah uncle."Katanya lalu aku menggeleng kepala.
"Boleh tak Princess duduk sorang-sorang?"
"Clara tak takut?"
"Dah biasa...lagipun sebelum ini papa ada bagi duit dekat Princess.It okay..."
"Kalau itu yang Clara mahu.Uncle ikut kan sahaja."
"Pasal kes papa..."Aku ingin bantu tapi uncle halang,dia kata biar lah misi ini uncle dan yang lain lakukan.
"Itu Clara jangan risau.Nanti kami akan cari juga siapa dalang semua ini."Aku mengangguk faham.
"Erm...Princess nak tahu.Kenapa rumah papa tu bukan milik papa lagi?Sepatutnya harta papa kena la bagi kat Princess.Kenapa Datuk pulak yang buat keputusan?"Heran aku.Sedangkan papa dengan datuk kan dah tak rapat.
"Rumah tu asalnya milik Datuk.Tapi Datuk beli rumah yang lain.Jadi rumah tu Datuk berikan kepada anak tunggalnya.Tapi bersyarat,jika Datuk meninggal dunia,maka rumah itu seratus peratus milik papa Clara.Tapi kalau papa Clara yang meninggal,rumah itu akan jadi milik Datuk semula jika Datuk masih hidup."
"Ooo..."Aku mengelopong faham.
"Mungkin papa Clara tak sangka semua ini akan jadi.Sebelum ini,papa Clara ada niat mahu membunuh,"Tiba-tiba aku memotong.
"Bunuh?Siapa?!"
"Datuk.Tapi dia tarik balik niatnya."
Aku terkedu.Oh...
Dalam beberapa minit.Tiba-tiba aku ada berniat lain.
"Uncle...lepas ini Princes nak sambung belajar boleh?"
"Are you sure Clara?Dunia luar kejam tahu."
"Princess perlu teruskan hidup.Jadi princess kena cari duit sendiri lepas ini."
"Uncle ada Clara.Uncle boleh tunaikan apa Clara mahu kan."
"Kalau macam tu...tolong tunaikan permintaan Princess untuk sambung belajar.Boleh?"
Aku memandang wajah uncle Gibro lalu dia memandang aku balik.
"Itu yang Clara mahu kan.Uncle tak boleh halang."
Aku senyum senget.
"Thank you uncle!"
