Cai melakukan pekerjaannya seperti biasa.Dia sunyi tanpa kehadiran Carl di rumah itu.Haraplah Tuan dia tu balik cepat.
“Mama rindu dekat Papa ke?" Firash memandang wajah Cai yang putih bersih itu.
“Haah Mama rindu dekat Papa.Firash jangan bagitahu Papa tau pasal benda ni." Malulah kalau Carl tahu dia rindu.
“Kenapa Firash tak boleh bagitahu dekat Papa?" Soalnya seakan tidak puas hati.
“Tak ada apalah.Bila Firash dah besar nanti,Firash akan faham juga." Jelasnya dengan tenang.
“Okey Mama." Mungkin belum sampai masanya untuk dia tahu.
“Good boy." Cai tersenyum lega.
“Firash nak ikut Mama balik boleh tak?"
“Firash nak ikut balik pergi rumah family Mama ke?"
“Firash tak nak jauh dari Mama.So Firash nak ikutlah." Dia sudah terlalu selesa dengan Cai yang sudah dia anggap seperti ibu sendiri.
“Kalau nak ikut,boleh je.Nanti kita minta izin dengan nenek eh?"
“Yeay." Dia tersenyum gembira.
Cai mengetuk pintu bilik Puan Kezia.Setelah tiga kali ketukan,Puan Kezia menyuruhnya masuk ke dalam.
“Kenapa Cai? Firash okey tak?"
“Firash okey je Mama.Cai nak minta izin bawa Firash balik rumah family Cai."
“Boleh je bawa dia.Bolehlah dia biasakan diri dengan family Cai nanti." Satu idea yang menarik tu.
“Thank you Mama sebab bagi izin."
Nasib Puan Kezia bagi izin dekat dia.“Welcome Cai.Hati-hati tau drive." Pesannya dengan nada kerisauan.
“Mama jangan risau.Cai akan ingat pesanan Mama." Balasnya sambil tersenyum.
*******
Firash dengan penuh rasa teruja masuk ke dalam rumah bersama Cai.
Dia dilayan dengan baik oleh family Cai seperti cucu sendiri.“Comellah cucu nenek ni." Puan Atira mencubit perlahan pipi Firash.
“Nenek cantiklah." Puji Firash membuat Puan Atira menahan malu.
“Pandai Firash mengusik nenek eh?" Dia mendukung Firash dan mencium pipinya.Mampu dukung cucu orang je.
Ruang tamu dipenuhi dengan gelak tawa mereka.Kalau Carl ada mesti lagi meriah rumah tu kan? Cai hanya mampu membayangkan Carl akan menjejakkan kaki ke rumah keluarganya itu.
“Kenapa Mama kamu mengelamun tu Firash?" Tanya Puan Atira dengan nada yang perlahan.
“Mama rindu dekat Papa tu." Jawabnya.
“Ouh yeke?" Soalnya tidak percaya.Dah pandai eh rindu dekat Tuan dia tu.
“Yelah nenek,tapi dia tak suruh bagitahu dekat Papa." Kata Firash lagi.
“Nanti kalau Papa balik,Firash bagitahu je dekat Papa tau."
“Kenapa kena bagitahu dekat Papa?"
“Manatahu Papa kahwin dengan Mama nanti.Firash sukakan kalau Papa kahwin dengan Mama?"
“Mestilah suka."
“Kalau macam tu,bagitahu je dekat Papa." Senanglah sikit kerja dia nanti.Tak sabar nak ada menantu.
“Tunggu Papa balik,baru Firash bagitahu." Dia setuju dengan rancangan Puan Kezia.
“Bijaklah cucu nenek ni." Dia menepuk tangan.
“Firash memang bijak pun." Dia mengemas rambutnya agar kelihatan lebih handsome.
YOU ARE READING
Isteri Milik Tuan Carl
RomanceTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...