Bab 35

6 1 0
                                    

DI hospital, Idayu terbaring di atas katil. Perlahan-lahan kelopak matanya bergerak sebelum Idayu mencelikkan mata. Setelah matanya dibuka, pandangan Idayu masih berbinar. Lampu kalimatang yang berada di siling agak menyilaukan matanya. Seketika kemudian, wanita itu berkalih pandang ke arah sisi. Terlihat Adam yang duduk di kerusi sambil tertidur. Lelaki itu memegang erat tangan isterinya yang sedang terlantar di atas katil. Adam yang keletihan terus setia menunggu Idayu. Dia yang mengetahui keadaan Idayu segera bergegas menuju ke hospital. Walaupun mengalami kemalangan, lelaki itu sepertinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Adam.." Idayu mula bersuara. Suaranya terdengar agak perlahan dan serak. Mendengar namanya disebut, Adam segera mencelikkan mata dan mengangkat pandangan wajahnya. Pegangannya pada tangan Idayu semakin dieratkan.

"Ayu.. awak dah sedar? Awak tak apa-apa?" Adam langsung menyapa dengan riak wajahnya yang terlihat cemas. Padahal dia sudah mengetahui akan keadaan Idayu daripada doktor sebelum ini. Namun lelaki itu masih khawatir dengan keadaan isterinya itu. Idayu bingung seketika. Dia seolah memerah otak dan cuba untuk mengingati kejadian yang berlaku sebelum ini. Dia masih tidak tahu bagaimana dirinya boleh berada di atas katil pada ketika itu. Kemudian Idayu mula teringat dengan kejadian yang menimpa Adam. Khabar mengenai kemalangan yang berlaku ke atas Adam kembali menghantui jiwanya.

"Abang.. abang macam mana? bukan ke abang kemalangan? Shakir bagitahu abang kemalangan dan terbabas semasa memandu." Idayu pula yang menjadi cemas dan menatap wajah suaminya itu. Setiap inci wajah Adam diperhatikan. Idayu cuba melihat jika ada luka pada wajah suaminya.

"Abang tak apa-apa.. kereta je yang agak teruk.. sebab kereta dah tak boleh bergerak, sebab tu abang call Shakir. Minta tolong dia datang ambil.." Adam memberi penjelasan. Mendengar kata-kata Adam, Idayu mula menghembuskan nafas lega. Dia bersyukur kerana suaminya itu terselamat dan kejadian yang meragut nyawa sebagaimana ayah dan adiknya dahulu tidak berulang. Idayu kemudian bergerak dan merangkul badan Adam. Mukanya disembam ke arah leher Adam seraya menangis tersedu sedan.

"Sayang takut kalau terjadi apa-apa kat abang.. sayang taknak kehilangan abang macam arwah ayah dan adik.."Idayu menangis sambil meluahkan rasa yang terpendam di dalam hatinya. Bagi wanita itu, kejadian kemalangan jalan raya benar-benar menjadi titik hitam di dalam hidupnya. Dia sangat trauma dengan kemalangan sebegitu dan sentiasa terbayang wajah ayah dan adik lelakinya. Adam yang mendengar keluhan Idayu segera membalas pelukan dan mengelus kepala isterinya itu.

Tidak lama kemudian, Idayu kembali teringat adegan diantara Adam dan Fairuz di dalam bilik pejabat. Wanita segera menghentikan tangisannya dan perlahan-lahan melepaskan rangkulannya kepada Adam. Idayu kemudian menolak Adam supaya menjauhi dirinya. Air matanya lekas diseka dan Idayu langsung memalingkan wajahnya daripada terus melihat Adam. Tindakan Idayu itu membuatkan Adam kebingungan. Baru sebentar tadi isterinya itu menangis dan merenggek seakan anak kecil dan takut kehilangan dirinya. Namun kini Idayu tiba-tiba berubah sikap dan cuba menghindarinya.

"Sayang.. kenapa ni?"

"Sudahlah.. kalau abang sukakan perempuan lain, pergilah dengan dia.." Idayu kembali merajuk. Adam segera menghembuskan nafas yang berbaur keluhan. Dia mula sedar jika isterinya itu masih tidak mampu untuk menerima salah faham yang telah terjadi.

"Sayang.. percayalah.. abang takde apa-apa dengan Fairuz tu.. dia je yang beria-ia.. abang pun dah lama kenal dia dan banyak terhutang budi dengan dia.."

"Jadi, kalau terhutang budi, boleh la gadaikan body? ikut je apa yang dia nak buat? Dah kalau abang sendiri yang suka, kahwin je la dengan dia.. jangan duk buat maksiat macam tu.. dan lagi, kalau abang kahwin dengan dia, tolong lepaskan saya.." Idayu masih tidak mampu mengawal emosinya apabila mengenangkan perbuatan Adam dan Fairuz yang disaksikan sendiri dengan matanya.

"Sayang, bukan macam tu.. abang takkan kahwin pun dengan dia malah dengan sesiapa pun.. abang dah kahwin dengan sayang.. cukup la sayang seorang yang jadi isteri abang.."

"Sudah la bang.. tak payah nak berdalih.. mata kepala saya sendiri yang tengok. kalau orang lain yang cakap, mungkin saya takkan percaya.. tapi mata ni sendiri yang jadi saksi."

"Abang kenal dia sejak kecil lagi.. masa abang jatuh dan sakit dulu pun, dia la yang tolong abang.. dia yang bantu dan sokong abang untuk bina Kencana Tekstil tu.. Abang pun bukan saja-saja nak biarkan dia datang kat abang.. tapi.. lagipun abang mana boleh kahwin dengan dia.." Adam cuba meyakinkan Idayu. Idayu pula terus terbungkam. Dia tidak yakin dengan janji yang diucapkan oleh suaminya itu.

"Demi Allah, kalau abang ada hubungan dengan dia, biar abang mati dipanah petir dan mayat abang tak diterima bumi." Adam terpaksa bersumpah untuk mendapatkan kepercayaan isterinya itu.

"Abang!" Idayu separa menjerit. Dia terkejut dengan sumpah yang diucapkan oleh Adam. Idayu mula rasa bersalah.

"Tak baik cakap macam tu.. tarik balik kata-kata tu." Idayu cuba memberi peringatan agar Adam tidak bermain-main dengan sumpah.

"Abang takkan tarik balik.. abang janji dan bersumpah, abang takde apa-apa dengan Fairuz bahkan mustahil untuk abang kahwin dengan dia."

"Abang.. jodoh itu rahsia Allah.. kita tak kan pernah tahu.. hari ni mungkin abang boleh cakap macam tu.. tapi nanti di suatu masa, perasaan kita boleh berbolak balik.."

"Ya.. jodoh itu rahsia Allah.. kita takkan pernah tahu.. kita berdua kahwin pun, tak pernah siapa yang dapat jangka.. tapi kalau dengan Fairuz memang tak mungkin.. Ibu sendiri pun tak suka dengan Fairuz.. Abang pun tak pernah ada perasaan pada dia.. lagipun Fairuz tu.." Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, telefon lelaki itu berdering. Adam terpaksa menghentikan ucapannya dan mencapai telefon bimbitnya.

"Ah, ibu call.. sekejap, abang nak jawab call ibu dulu.." Adam kemudian segera menjawab panggilan telefon daripada ibunya. Idayu pula terus termangu. Dari ucapan Adam, lelaki bersungguh-sungguh menafikan hubungannya dengan Fairuz. Kini Idayu tiada pilihan. Dia terpaksa mempercayai kata-kata suaminya itu. Mahu tak mahu, dia terpaksa memberi peluang kepada Adam. Malah sepengetahuannya selama menjadi isteri lelaki tersebut, Adam sememangnya merupakan seorang suami yang baik. Walaupun pada awal perhubungan, Adam agak aggresif dan dingin, namun segalanya berubah setelah mereka saling meluahkan perasaan. Sebelum ini, Adam sememangnya bersikap dingin dengan mana-mana perempuan, namun jelas lelaki itu masih mampu berkomunikasi dengan baik apabila bersama Fairuz. Mungkin benar, Adam sangat terhutang budi sehingga terpaksa memberi pengecualian kepada wanita yang terkenal dalam bidang perniagaan itu.

"Sayang, ibu sekarang ada kat rumah.. sedang berbual dengan Mak Jah dan mak.. rasanya sayang pun dah boleh keluar wad dan balik ke rumah." Adam segera menyapa Idayu setelah selesai bercakap di telefon.

"Ah, tapi.. kenapa sayang ada kat sini?" Idayu masih tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya.

"Tadi sayang pengsan kat pejabat.. sebab tu dibawa ke hospital.. doktor kata sayang cuma terkejut. Takde apa-apa yang bahaya.. doktor tu pun cakap, sayang boleh terus balik bila dah sedar.. nasib baik takde kecederaan apa-apa masa sayang jatuh ke lantai." Adam memberi penjelasan. Sambil menatap wajah Idayu yang tertunduk, Adam menyentuh lembut pipi isterinya itu.

"Sayang.. abang minta satu je.. tolong percayakan abang.. abang tak kisah kalau orang nak kata apa pun kat abang.. tapi abang cuma perlukan kepercayaan sayang seorang je.. kalau sayang sendiri pun taknak percaya, tiada makna dah untuk abang terus hidup."

"Abang, jangan cakap macam tu.." Idayu lantas memegang tangan Adam yang sedang menyentuh pipinya. Kedua belah tangannya menggenggam kemas tangan lelaki tersebut sebelum mengucup tangan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERI UPAHAN ENCIK ADAMWhere stories live. Discover now