15

1 0 0
                                    

TERLOPONG mulut Fatin mendengar cerita bosnya. Macam tidak percaya yang Qarina dan Fareez mempunyai skandal. 

"Habis tu, sampai bila Cik Qina nak teruskan hubungan sulit tu?" soal Fatin. 

"Janganlah cakap hubungan sulit. Awak ni Fatin, seramlah dengar perkataan tu. Ni cuma hubungan main-main aje," jawab Qarina. 

"Tak kira hubungan apa pun, tapi biar betul Cik Qina nak teruskan? Makan hati bos besar kita tu. Dahlah sekarang dia asyik nak mengayat Cik Qina," ujar Fatin. 

"Ya ke?" soal Qarina seolah-olah mahukan kepastian sedangkan dia juga perasan dengan perhatian yang diberikan majikannya. 

"Alahai, takkan Cik Qina tak perasan kut? Dua hari Cik Qina m. c., dah macam kucing hilang anak saya tengok dia," ujar Fatin. 

"Ada-ada ajelah awak ni, Fatin. Saya ni kan pekerja dia, haruslah dia prihatin," ujar Qarina. 

"Iyalah, prihatin sangatlah tu. Encik Fareez macam mana?" soal Fatin. 

"Adoi, saya terpaksa ajelah bercinta dengan mamat poyo tu. Nak buat macam mana? Huh," keluh Qarina. 

Fareez pula sejak 'bercinta' dengannya, romantis semacam. Naik seram Qarina dibuatnya. 

"Macam-macamlah Cik Qina ni. Jangan sampai jatuh hati terus sudahlah," pesan Fatin. 

"Mintak simpang jauh-jauh, tak kuasa saya nak layan dia," ujar Qarina. 

***********************************************************************************************

FAREEZ menyiapkan kertas kerja yang perlu dihantar minggu depan. Sejak pagi lagi dia terperuk di dalam bilik. Firhad seolah-olah membebankan semua kerja di bahunya. Dia juga terpaksa ke tapak pembinaan untuk melihat perkembangan projek syarikat. 

"Assalamualaikum," ucap Qarina memberi salam sambil mengetuk pintu bilik Fareez. 

"Waalaikumussalam," jawab Fareez, namun perhatiannya tetap kepada kerja. 

"Nah, slip gaji awak," ujar Qarina sambil meletakkan sekeping sampul surat di atas meja. 

"Aik, mana Fatin sampai awak sendiri yang kena serahkan slip gaji ni?" soal Fareez. 

Selalunya, Fatin yang akan menghantar slip gaji kepada semua pekerja di syarikat ini. 

"Boring, tak banyak kerja. Sebab tulah saya tolong hantarkan," jawab Qarina. 

"Ya ke? Atau rindu nak tengok saya? Maklumlah, dari pagi tak nampak saya, kan?" usik Fareez. 

Qarina menggeleng. Berkerut dahinya. Memang perasan betul mamat di hadapannya itu. 

"Banyaklah awak punya rindu," ujar Qarina, berpura-pura marah. 

"Malam ni kita keluar makan nak? Awak belanja," ajak Fareez. 

Aduhai, tak gentleman langsunglah mamat ni. Macam ni nak jadi buah hati aku? Kirim salam ajelah, bisik hati Qarina. 

"Boleh jugak, sebab saya nak putuskan perhubungan kita. Bosanlah bercinta macam ni, tak ada thrill," balas Qarina. 

Eh, kenapa pula ayat ini yang keluar dari mulutnya? 

"Tak boleh! Awak kena buktikan pada mama saya yang kita tengah hangat bercinta. Gila ke nak putus sekarang? Awak tahu tak, mama saya siap nak cari jodoh tau. So, jangan nak buat hal. Nanti dah reda kisah mencari jodoh, baru kita putus," ujar Fareez. 

Memang dia terpaksa menipu, sedangkan mamanya tidak pernah mengungkit hal itu lagi. hanya itu sahaja alasan yang ada agar Qarina terus kekal dengannya. Entah kenapa, hatinya semakin hari semakin terpaut pada Qarina. Sikap gadis itu yang kadang-kadang manja dan kadang-kadang mencuit hati benar-benar menggetarkan jiwa lelakinya. Kali pertama di dalam hidupnya, tidurnya asyik termimpikan Qarina. 

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now