LFFA | 17

55 8 2
                                    

   Bunyi alarm telefon Hafiya yang dari tadi berbunyi mula mengacau tidurnya. Dengan malas Hafiya membuka matanya lalu menutup alarm telefonnya. Niatnya mahu tidur semula tapi lepas melihat jam di telefonnya mula membuatkan matanya segar.

   Dah terlambat!

   "Ya Allah dah pukul 7:45! Pukul 8 aku dah kena ada dekat sana!" Pantas Hafiya bangun dari tidurnya lalu tuala dicapai.

   Selesai sahaja dia bersiap dia turun ke bawah dengan kelam kabut. Kelibat ibunya dicari.

   "Ibu!" Panggil Hafiya dengan nada kelam kabutnya. Cepat-cepat Puan Hannisa pergi menghampiri anaknya.

   "Ye? Bakpo?" Soal Puan Hannisa sambil tangannya yang basah dilap dengan tisu kerana baru sahaja selesai membasuh pinggan.

   "Kenapa tak kejut Fiya?" Roti yang tersedia di atas meja itu dicapai lalu dibawa masuk ke dalam mulut.

   "Ibu dah ketuk pintu Fiya dah macam orang gila dah. Tu lah tidur lewat lagi semalam. Tengok tu dah tahu lewat sempat lagi dia mengunyah." Membebel Puan Hannisa.

   "Makan wajib makan ibu. Okaylah Fiya nak pergi dah ni." Tangan ibunya dicapai lalu disalam dan dicium dengan penuh kasih sayang.

   "Muah! I love you assalamualaikum ." Kata Hafiya. Kaki dihayun ke pintu utama. Kasut kerjanya dipakai dan berlalu masuk ke dalam keretanya.

   "Waalaikumussalam. I love you too." Puan Hannisa hanya menggeleng kepala. Ada-ada saja anak perempuannya ni.

* * *

   Setiap 5 minit Fariz melihat ke arah jam tangannya. Matanya masih tertumpu ke arah meja Hafiya. Jam sudah menunjukkan 8:10 minit. Bermakna Hafiya sudah lewat 10 minit. Nafas dihela. Hafiya sudah 3 minggu bekerja dengan dia tapi satu pun Hafiya tidak pernah lewat bahkan dialah yang paling awal.

   Tapi hari ini lain pula. Hafiya datang lewat. Lewat 10 minit pula tu. Pen yang berada ditangannya dipusing-pusingkan. Masih menunggu ketibaan Hafiya.

   Ayden yang dari tadi memerhati saja kelakuan bossnya itu mula berkerut dahi. Fail yang ditangannya sengaja dia hempas ke atas meja Fariz bagi mendapatkan perhatian jejaka itu.

   Fariz melihat ke arah Ayden dengan mata bekunya. Mahu sahaja dia tumbuk muka tu. Suka sungguh mengacau dirinya. Ayden tersenyum gembira sebaik sahaja Fariz melihat ke arahnya.

   "Boss ni kenapa, asyik tengok jam ja. Lepastu dipusingnya pen tu. Kesian pen tu pening dia karang." Fariz memicit pelapis dahinya. Boleh gila dia dengan perangai sewel assistant dia sorang ni.

   "Sebelum aku pusingkan kau, baik kau diam." Ayden mengunci mulutnya. Satu kenyitan mata dihadihakan buat bossnya. Ketawa suka Ayden bila dia dapat mengusik bossnya. Fariz hanya memusingkan matanya.

   Ingatkan lepas dari habis belajar bolehlah dia tak jumpa perangai yang macam sahabatnya dua orang itu. Rupanya dapat pula assistant perangai sebegitu. Mana tak naik darahnya setiap hari. Ini belum dengan Ariq dan Ryan lagi. Haih.

   Ayden sengaja melihat ke arah luar pejabat bossnya itu, sekali dia nampak kelibat Hafiya. Makin besar senyumannya. Yeay geng dah sampai!

   "Yeay Hafiya dah sampai!" Sengaja dia berkata kuat bagi Fariz dengar. Sebaik sahaja nama Hafiya disebut oleh Ayden pantas saja dia melihat ke arah meja Hafiya. Ya, Hafiya baru sahaja sampai. Fariz melihat ke arah jamnya yang menunjukkan pukul 8:20.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now