LFFA | 15

143 10 0
                                        

Hari ini merupakan Hari Graduation bagi Universiti Malaya. Hafiya, Sofea, Ryan dan Ariq sibuk bersiap dengan jubah mereka. Tidak sangka alam pembelajaran mereka hanya sampai pada peringkat master.

   "Yeay graduate yang terakhir! Lepas ni kerja lepastu kawin! Oyeah!" Laung Ariq sedikit kuat. Untung saja tidak menarik perhatian para graduan. Bahu Ariq dicuit Ryan.

   "Gatal kau ye. Kawin je yang kau tahu." Ryan berkata sambil-sambil tanganya membetulkan jubah convonya. Hafiya dan Sofea hanya menggeleng.

   "Eleh, kau pun sama naik je dengan aku." Ryan hanya menjeling. Ariq membalas jelingan Ryan.

   Selepas semuanya selesai, mereka semua disapa oleh keluarga masing-masing. Ada yang bergambar, ada yang berpelukan sesama keluarga dan ada juga yang menangis kegembiraan. Kelakar saja semuanya.

   Hafiya memanjangkan lehernya untuk mencari ibu dan ayahnya. Katanya sudah sampai dari awal tadi, tapi batang hidung pun tak nampak.

   "Mana ibu ayah ni? Tadi ada ja dekat kerusi tadi. Ni hilang pulak." Tangannya mula mengambil telefon bimbit dalam handbagnya. Mahu call ibunya. Belum sempat dia ingin mendail nombor ibunya, matanya sudah tertumpu pada susuk tubuh yang cukup dia kenal.

   Tuan Nazrien dan Puan Hannisa berjalan ke arah Hafiya dengan senyuman manis dibibir masing-masing. Cukup menunjukkan betapa gembiranya mereka pada hari ini.

   "Ibu, ayah! Pergi mana? Penat Fiya cari. Baru nak nangis tadi." Sempat dia bergurau. Mereka berdua hanya tertawa.

   "Ayah dengan ibu ambil ni dalam kereta." Sejambak bunga ros yang telah digubah menjadi satu bouquet dihulur ke arah Hafiya.

   "Awww...sweetnya ibu ayah ni. Ni sayang nih." Hafiya mengambil bouquet tersebut dengan senyuman lebar dibibirnya.

   "Ingat free? Bayarlah." Gurau Tuan Nazrien. Puan Hannisa menghadiahkan cubitan ketam di pinggan suaminya. Bergurau tak bertempat suaminya pun. Hafiya ketawa melihat reaksi ayahnya.

   "Okay sayang okay. Sakitlah cubit-cubit pula dia." Mengadu Tuan Nazrien. Hafiya mula menghadiahkan ciuman di pipi ibunya. Hanya khas untuk ibu!

   "Tapi ni baru satu surprisenya. Ada lagi satu?" Kata Puan Hannisa. Senyuman masih terukir dibibirnya. Hafiya mengerutkan dahinya.

   "Apa satu lagi?" Soal Hafiya hairan. Banyak pulak surprisenya. Sempat Tuan Nazrien dan Puan Hannisa berbalas pandangan sebelum kedua-duanya tersenyum.

   "Tu dekat rumah. Khas untuk anak bongsu ayah." Tuan Nazrien mula mencuit pipi tembam anaknya. Hafiya hanya ketawa sementara ibunya turut ketawa.

   "Abang Rien tak datang ke? Sampai hati dia." Adu Hafiya.

   "Abang kamu busy sikit dekat office. Itu yang tak dapat datang." Balas Tuan Nazrien serba salah.

   "Siapa kata tak datang?" Tiba-tiba sahaja Hazrien mencelah perbualan antara mereka anak beranak itu. Hafiya tersenyum lebar.

   "Abang Rien!!" Sorak Hafiya dengan gembira. Untung saja ditangannya ada sejambak bunga dengan sijilnya yang menghalang perbuatannya untuk memeluk Hazrien.

   Hazrien tergelak kecil. Alahai adik, tengah ramai orang pun masih buat perangai kebudak-budakan.

   "For my beautiful adik." Hazrien menghulurkan bunga baby breath bewarna biru muda kepada adiknya.

Love For Fariz AffanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang