LFFA | 20

190 14 3
                                        

   "Zayyan!" Kata Hafiya sebaik sahaja Zayyan berada betul-betul di hadapannya. Zayyan memberikan senyuman manis ke arah Hafiya. Fariz pula hanya diam sambil memerhati ke arah Zayyan yang elok tersenyum manis sambil menatap wajah Hafiya.

"Long time no see. You sihat Fiya?" Soal Zayyan mesra. Hafiya senyum.

"Alhamdulillah. Lama tak nampak awak!" Zayyan hanya senyum.

"You pun dijemput datang event ni?" Hafiya geleng.

"Eh taklah, saya datang cuma teman bo-" Kata-kata Hafiya terhenti apabila Fariz mula mencelah.

"Kawan." Kata Fariz bagi menghabiskan ayat Hafiya yang tergantung sebentar tadi. Zayyan mengalih pandangannya ke arah Fariz. Fariz belagak biasa.

"Ha ye, kawan." Hafiya berkata sambil anggukkan kepalanya. Zayyan angguk.

"He...as your patner tonight?" Tanya Zayyan lagi ke arah Hafiya.

"Yes." Bukan Hafiya yang balas pertanyaan Zayyan, malahan Fariz yang menjawab bagi pihak Hafiya. Zayyan renung Fariz tidak puas hati. Orang lain yang ditanya, orang lain yang jawab.

"Siapa tu? Girlfriend eh?" Hafiya menuju ke arah satu susuk tubuh perempuan yang dari tadi hanya berdiam diri. Zayyan melihat ke arah gadis yang berada di sebelahnya. Bahu gadis itu di pegang Zayyan sebelum menjawab pertanyaan Hafiya.

"Kenalkan, kakak I. Zara namanya." Hafiya senyum ramah ke arah Zara seraya pergi menyalam kakak Zayyan itu. Zara membalas senyuman Hafiya.

"Hafiya kan?" Tanya Zara lembut. Hafiya angguk.

"So, inilah gadis yang selalu diceritakan Zayyan tu ye?" Usik Zara sambil memandang ke arah adiknya. Zayyan menjeling ke arah Zara. Memberi isyarat untuk merahsiakan hal tersebut. Zara ketawa. Begitu juga Hafiya.

"Ye? Zayyan cerita apa?" Hafiya memandang wajah Zara bersama riak wajah ingin tahu. Zayyan sudah membulatkan matanya ke arah Zara.

"Banyak. Sangat banyak." Hafiya ketawa. Sungguh ramah Zara. Sama seperti adiknya.

"Apa akak ni, merapu ja. Sudah-sudah." Zayyan cubit lembut bahu kakaknya. Kedua gadis itu ketawa suka. Mata Zara tertumpu pula ke arah Fariz. Zara berkerut dahi.

"Farizkan? Fariz Affan?" Soalan tersebut ditujukan ke arah Fariz. Fariz hanya angguk. Tiada mood untuk bersuara. Zara senyum kemudian dia memandang ke arah Zayyan.

"Zayyan tak ingat Fariz ke?" Zayyan memandang Fariz semula. Cuba mengecam wajah itu. Tapi hampa dia tidak ingat.

"Alah, yang Zayyan selalu main superhero dengan dia time kecik-kecik tu." Zara cuba mengikatkan kembali ingatan adiknya. Haih makan apalah yang otak tu tak ingat semua benda. Itulah yang diingatnya Hafiya.

"Ouh! Ingat-ingat." Zayyan senyum ke arah Fariz. Tangan dihulurkan kepada Fariz bagi berjabat tangan setelah berapa tahun mereka tidak berjumpa. Fariz sambut tangan Zayyan.

"Lama tak jumpa...spiderman." Zayyan menggunakan nama panggilan yang sering mereka guna semasa mereka bermain bersama sewaktu mereka kecil. Fariz senyum senget.

"Long time no see too, batman." Mereka berdua sesama tersenyum senget. Mereka menggengam erat tangan masing-masing. Terlepas tawa Hafiya. Fariz dan Zayyan serentak melihat ke arah Hafiya.

Love For Fariz AffanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang