Fariz dan Hafiya kini dalam perjalanan pulang ke rumah Hafiya. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Pasti Sofea risau akan dirinya yang pulang lewat sebegini. Ini bukan strict parents, tapi strict friend.
"Dah lama kenal dengan Zayyan?" Soal Fariz tiba-tiba.
"Dengan Batman ye?" Usik Hafiya. Bibirnya menguntum senyuman. Fariz menaikkan matanya ke atas. Tak habis-habis mahu mengusiknya dengan panggilan tersebut.
"Apa-apa je lah." Kata Fariz malas. Hafiya ketawa.
"Boleh tahan lama jugalah. Dia kawan universiti saya." Hafiya membalas pertanyaan Fariz sebentar tadi. Fariz hanya angguk faham. Matanya masih tumpu ke arah jalan raya.
Suasana kembali sunyi. Hanya radio yang berbunyi. Hafiya melihat ke arah luar tingkap. Malam-malam sebegini pun jalan raya masih sibuk. Tak peliklah kalau namanya pun Kuala Lumpur.
Mata gadis itu jatuh pula ke arah kasut snearkers putih yang elok berada di kakinya ketika ini. Serta mertas bibir merah jambunya mengukir senyuman. Teringat kejadian tadi di mana Fariz memakaikan kasut itu kepadanya.
Fariz melirik ke arah Hafiya yang masih memandang ke arah kasutnya. Lihat sahaja Hafiya tersenyum seorang diri, bibirnya terikut senyum sekali. Hatinya berdegup setiap kali Hafiya tersenyum. Apalah yang gadis ini buat sampaikan hatinya tak berhenti dari degup dengan pantas.
"Dah sampai." Hafiya tersedar dari lamunannya. Sekeliling dipandang. Mereka berada di tapak perumahan Hafiya.
"Eh haahlah. Tak perasan pula." Fariz hanya senyum tipis dengan telatah comel Hafiya.
"Kalau macam tu saya masuk dululah. Terima kasih awak untuk malam ni...dan kasut ni." Hafiya senyum manis. Dia sungguh gembira dengan malam ini. Fariz angguk.
Ingin saja Hafiya mahu membuka pintu kereta, Fariz bersuara lagi.
"Fiya..." panggil Fariz lembut. Wajahnya sudah bertukar lembut. Tiada lagi dingin yang menghiasi wajah tampan itu. Terhenti perbuatan Hafiya. Wajah Fariz ditatap.
"Ya?"
"Te amo Fiya." Kata Fariz sambil merenung tepat ke dalam anak mata Hafiya. Hafiya mula hairan dengan perkataan yang baru sahaja Fariz sebut kepadanya. Te amo? Timur ke?
"Awak nak pergi timur ke? Ada meeting eh dekat sana?" Hafiya berkata dengan yakin sambil mengerutkan dahinya. Fariz turut mengerutkan dahi. Apa timur pulak ni.
"Bukanlah! Maksud dia, pipi kau tembam." Kata Fariz serius tanpa senyuman di bibir seperti selalu. Meskipun tiada senyuman, dalam hatinya sudah ketawa melihat reaksi muka Hafiya yang mula berubah garang.
"Ish! Suka mengata pipi orang. Biarlah ni pipi saya bukan pipi awak." Marah gadis itu bersama jelingan mautnya. Sikit-sikit kata orang tembam! Marah ni!
Walaupun hakikatnya dia suka. Sudah lama Fariz tidak memanggilnya pipi tembam.
Fariz cuba mengawal dirinya daripada terlepas tawanya. Nanti hilanglah air muka dinginnya kalau dia ketawa depan gadis ini. Sempat Hafiya jeling ke arah Fariz sebelum keluar dari kereta jejaka itu.
Fariz membuka tingkap keretanya, kepala ditundukkan sedikit supaya dia dapat melihat Hafiya dengan lebih jelas.
"Good night, cutie pie." Tanpa menunggu balasan daripada Hafiya terus saja dia menaikkan semula tingkap. Kemudian keretanya mula meluncur di atas jalan raya meninggalkan kawasan perumahan Hafiya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
