"Jom." Ajak Fariz sebaik sahaja dia berada di hadapan meja kerja Hafiya.
"Pergi mana boss?" Tanya Hafiya. Hafiya memandang ke arah Kak Khadeejah yang hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Ikut je lah." Arah Fariz sekali lagi. Berkerut dahi Hafiya sebelum jadual milik bossnya dilihat. Mungkin ada meeting. Tapi di jadual tersebut tiada meeting mahupun jumpa client. Hafiya melihat wajah Fariz semula.
"Tapi hari ni boss tak ada meeting pun." Hafiya berkata lagi.
"Tahu. Cepatlah." Tanpa menunggu sepatah pun lagi pertanyaan Hafiya, terus sahaja dia berlalu pergi bersama tangan di dalam poket seluar kerjanya. Hairan Hafiya dibuatnya.
Beg tangannya dicapai sebelum bangun dari tempat duduknya. Langkah besar Fariz dia kejar. Dahlah kaki panjang macam galah lepastu nak jalan laju-laju pulak.
Hans Ayden yang melihat Hafiya dan Fariz keluar dari pejabat itu mula melangkah mendekati meja Kak Khadeejah.
"Kak, diorang pergi mana pagi-pagi ni?" Tanya Ayden tertanya-tanya.
"Entah. Fiya tanya boss tadi nak pergi mana tapi boss senyap ja." Balas Kak Khadeejah bersama senyuman kecil.
"Sampai hati boss pinggirkan saya. Sebelum ni dia nak pergi mana-mana mesti dia bagitahu saya. Even nak pergi tandas pun. Sampai hati..." nada dibuat sedih. Ketawa Kak Khadeejah.
"Habislah, tak lama lagi tiada lagi orang yang bernama Hans Ayden dalam office ni nanti." Usik Kak Khadeejah. Terus berubah riak wajah Ayden menjadi sedih.
"How dare you Kak Khadeejah.." Ayden menjeling Kak Khadeejah sebelum melangkah pergi. Makin kuat tawa Kak Khadeejah sebaik sahaja dia berjaya mengusik seseorang yang bernama Hans Ayden.
Hafiya hanya senyap semasa dia berada dalam kereta milik Fariz. Terasa jangkal apabila hanya mereka berdua sahaja yang ada dalam kereta itu. Hafiya menguis-nguis jari-jemarinya. Tidak tahu mahu berkata apa.
Fariz melirik ke arah Fafiya melalui hujung matanya sebelum dia kembali fokus pada jalan raya. Fariz berdehem sedikit sebelum dia mula bersuara.
"Nervous?" Tersentak Hafiya apabila Fariz mula bersuara terlebih dahulu. Laju Hafiya menggeleng bagi menjawab pertanyaan Fariz sebentar tadi.
"Kenapa nak nervous?" Tanya Hafiya pula. Dia memandang wajah beku Fariz yang hanya fokus melihat jalan raya.
"Nothing, just asking." Ringkas sahaja Fariz menjawab. Suasana menjadi sunyi semula sebelum Hafiya mula bersuara lagi.
"Kita nak pergi mana? Dari tadi saya tanya, boss tak jawab pun." Sedikit marah Hafiya ke arah bossnya satu ini. Ternaik sedikit hujung bibir Fariz.
"Aku nak culik kau. Lepastu jual dekat Thailand." Sengaja Fariz berkata demikian mahu memancing kemarahan Hafiya.
"Jahatlah boss ni! Tak baik culik anak dara orang!" Marah Hafiya yang tidak terlalu marah. Fariz ketawa kecil. Terdiam Hafiya. Wajah Fariz ditatap tidak percaya.
"Boss...gelak?" Terus Fariz berdehem. Mata tetap fokus pada jalan raya. Adu terlepas pula. Hafiya tersenyum gembira.
"Comellah kalau boss gelak!" Puji Hafiya ikhlas. Fariz menjeling ke arah Hafiya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
