LFFA | 18

180 15 2
                                        


Ting tong!

   Fariz berpaling ke arah pintu rumahnya. Siapa pula yang datang ke rumahnya pada lewat malam seperti ini? Fariz bangun dari sofa lalu melangkah pergi mendekati pintu utama rumahnya. Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, dengan selamba Ariq dan Ryan masuk ke dalam rumahnya.

   Berkerut dahi Fariz. Dengan salamnya tak ada, terus sahaja masuk rumah orang tanpa dipelawa pula tu. Ariq dan Ryan membawa diri mereka ke sofa lalu duduk. Tetapi mereka duduk agak berjauhan antara satu sama lain. Masing-masing hanya berdiam diri.

   Fariz menutup pintu tersebut. Kaki dihayun mendekati dua sahabatnya yang tampak seperti baru lepas bergaduh. Nafas dihela.

   "Kali ni gaduh sebab apa pula?" Fariz mula bertanya. Memecahkan suasana yang sunyi itu. Diorang berdua takkan datang rumahnya tanpa sebab.

   "Yayan ni lah! Aku dah cakap yang Hana tu muka dia macam mama dia! Tapi Yayan cakap macam papa dia!" Ariq menyilang tangannya ke dada. Sempat dia menjeling ke arah Ryan.

   "Mana ada! Muka Hana macam papa dialah! Omar baru macam mama dia!" Ryan pula bersuara. Kali ni dia tekad, dia kena juga menang kali ni. Ariq geleng laju.

   "Macam mama dia!"

   "Papa dia!

   "Mama!"

   "Papa!"

   "Sudah, sudah! Karang dua-dua aku tampar." Fariz memicit pelapis dahinya. Ya Allah dugaan sungguh dapat kawan suka layan Omar Hana ni. Kedua-duanya diam.

   "Korang berdua datang sini semata-mata sebab cerita Omar Hana ja?" Tanya Fariz sambil memandang Ariq dan Ryan bersilih ganti. Kedua-duanya angguk serentak.

   "Ya Allah macam mana darah aku tak naik kalau gini perangai masing-masing." Ariq dan Ryan memandang Fariz dengan muka bersalah.

   "Cowi Rizrizku sayang." Ariq berkata dengan nada lembutnya. Mahu mengambil hati Fariz. Fariz mengecilkan matanya saat dia melihat ke arah Ariq. Dia tidak suka dengan gelaran yang Ariq berikan padanya. Ariq membuat muka comelnya.

   "Riz...tolong ambilkan air pleasee. Dahaga pula." Tanpa segan silu Ryan berkata demikian. Apa boleh buat, diakan tetamu. Fariz bangun dari duduknya lalu pergi ke arah dapur.

   Sebaik sahaja dia kembali bersama dua cawan air fresh oren di tangannya, kelihatan Ariq dan Ryan ketawa bersama. Dan semestinya di kaca tv tersebut terpapar cerita Omar Hana mereka. Fariz hanya mampu menggeleng kepala.

   "Cepat betul mood korang berdua berubah." Air tersebut diletakkan di atas meja yang berada dihadapan mereka. Tersenyum suka Ariq dan Ryan.

   "Thank you Rizriz!" Mereka berkata dengan serentak lalu ketawa.

  "Korang ni lelaki ke perempuan sebernanya?" Fariz berkata dengan spontan. Ye lah mahu dia tidak berfikir begitu dah kalau kedua sahabatnya itu cepat betul mood mereka berubah.

  "Kalau perempuan mesti aku dah goda kau Rizriz. Nasib jantan." Seloroh Ariq. Fariz membuat muka geli.

   "Okay apa mood kita orang cepat berubah macam perempuan. Kami ni dah bagi exam tau dekat kau. Nanti senang kalau wife kau merajuk, kau dah tahu nak kena buat apa. See? Berbaloi tau." Gumam Ryan sambil menghirup air fresh orennya. Ariq angguk setuju.

  "Ikut koranglah. Ni malam ni tidur mana?" Ariq dan Ryan kedua-duanya tersenyum manis. Faham sangat dah maksud tu.

  "Jangan buat sepah. TV ni, nanti tutup. Jangan membazir macam korang." Fariz menitipkan pesan buat mereka berdua. Kalau dia tahu rumahnya bersepah, siaplah manusia-manusia tu.

Love For Fariz AffanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang