Bab 6-He is She!

975 95 7
                                    

Kai hilang ingatan? Tak mungkin ini terjadi! Apa ni Suho, bermadah bagai.

"Dia tanya saya siapa diri dia and dia dulu macam mana. Tapi saya belum tanya doktor about it" balas yura.

"Macam ni lah. Saya tak boleh nak ambil dia sekarang. Kami punya jadual too pack. So, boleh tak awak jagakan dia dulu. Nanti kami jenguk-jenguk dia" balasnya sebelum mematikan talian.

"Kenapa ni Suho?" Tanya Lay. Dia perasan emosi Suho berubah lepas bercakap dengan seseorang di telefon.

"Kai..." lirih Suho. "Kenapa dengan Kai?" Tanya Lay. "Kai hilang ingatan" Lay tercengang.

"Tadi, perempuan tu baru call aku. Dia kata Kai baru sedar lepas seminggu pengsan. Lepas tu dia tak kenal siapa diri dia. Macam mana ni Lay?" Suho terduduk. Lay memeluk Suho.

"Just give him time for recovery"

Rumah Yura...
Cis! Aku ingatkan kawan dia ni nak ambik si tembikai ni bawak balik. Rupanya nak suruh aku jaga mamat ni lagi. Ingat aku ni babysitter ke apa?

Dia mendail pula nombor doktor peribadi keluarganya. Sedang dia menunggu talian disambungkan, dia terlihat sesuatu yang amatlah menggelikan. Cepat-cepat talian diputuskan.

"Yaaah!" Dia menjerit ke arah Kai yang sedang berjalan ke arahnya dengan membawa mangkuk bubur yang telah kosong. Kai membuat muka selamba.

"This kid..." Yura mengetap gigi. Dia menarik tangan Kai di hadapannya. "Apesal kau pakai baju aku?" Yura mengeluarkan soalan dengan pantas.

"Aku tak de baju. Ops! I mean, aku tak pakai baju. Kau buat apa pada aku waktu aku tak sedarkan diri huh?" Tanya Kai dengan kepala dan jari yang sengaja dilenggok-lenggokkan.

"Aku tak buat apa-apa lah! Kau bukak baju ni sekarang! Ni baju aku!" Yura membeliakkan matanya. Rasanya selepas beberapa tahun, hari ni lah dia banyak bercakap.

"Ok..." Kai cuba membuka zip di belakang badannya. "Cop! Apa kau buat ni? " Yura blushing. "Bukak baju" kata Kai selamba. "What? Dekat sini?" Kai mengangguk. "Pergi bilik!" Yura menunjuk ke arah biliknya. Kai berjalan ala-ala model naik ke atas. Yura meraup muka.

"Yura~"kai memanggil dari tingkat atas. Dengan malas Yura naik. "Apa lagi?" Dia melihat Kai dari depan pintu bilik. Baju masih tak ganti.

"Zip ni...rosak" Kai membuat muka merengek. "Kai....! Kau buat apa dengan baju aku? Dah lah aku belum pernah pakai baju ni" Yura seperti mahu menangis.

"Ala...aku cari baju dalam bilik kau. Tapi semuar drawers berkunci. Baju ni je ada dekat belakang pintu. So, aku pakailah. Lagi pun baju ni cantik" Kai buat muka innocent.

"Tapi kenapa gaun ni?! Aku belum pakai lagi tau!" Marah Yura dengan mata berkaca-kaca.

"Yu..Yura...janganlah nangis. Nanti saya belikan yang baru eh?" Kai cuba memujuk dengan menyentuh bahu Yura menggunakan jari telunjuknya.

"Tak delah. Kau bukak baju ni. Aku ambik kan kau t shirt dengan tracksuit" Yura berjalan menuju ke biliknya. Dia menghulurkan pakaian tersebut dari celah pintu dan Kai menyambutnya.

Ruang tamu...
"Yura...aku lapar" Kai menyentuh bahu aku dengan jari telunjuknya. Hish! Geli betul aku tengok. Potong kang!

Tanpa banyak soal, Yura memasak didapur.

"Sedaplah kau masak" Kai makan dengan gelojoh sekali. Yura hanya memerhati. Macam seminggu tak makan. Memang pun dia tak makan seminggu. Koma lah katakan...

"Kau dah sihat ke? " tanya Yura ragu-ragu. Kai menjongket bahu. Lebam-lebam memang nampak. Tapi part suis dalam otak dia tu aku tak tahulah sihat ke tak.

Lupa nak inform, tengah hari tadi doktor cakap yang Kai mungkin amnesia sementara. Haih lah bala..bala...

"Esok...aku kerja. Jadi kau duduk rumah sorang-sorang tau. Jaga diri baik-baik" pesan Yura. Yelah, takut esok tak jumpa tembikai ni pagi-pagi. So, inform awal-awal dulu.

"Woookeyh bos!"

[C] Wahai Encik Sotong!Where stories live. Discover now