BAB 17

855 80 3
                                    

"Kau dah ok ke?" Tanya suho ragu-ragu. Kai mengangguk perlahan. Semua yang tahu memeluk kai beramai-ramai.

Mereka sangat gembira kai dah mula ingat kembali. Buat show tanpa kai sangat-sangat lah menyeksakan. Maklumlah, lead dancer tak de. Ada jugak spekulasi yang kata kai dah keluar exo. Tu pun kitorang diamkan je. Diorang tak tahu perkara sebenar.

Exo duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Kai dan yura masih di depan pintu. Keadaan sangat awkward antara mereka. Sebelum yura melangkah ke dapur, kai sempat menarik tangannya membuatkan yura berselisih bahu dengannya.

Yura bertentang mata dengan kai menanti apa yang mahu dikatakan. "Uhm...nak saya tolong apa-apa tak?" Kai melepaskan genggamannya lalu menggaru belakang kepala.

Hati yura remuk. Tak de ke benda lain yang dia nak cakap? Akhirnya yura menggeleng. "Pergilah duduk dengan kawan-kawan awak" perlahan yura menolak dada kai lalu pergi ke dapur.

Dapur...
Yura meraup mukanya sementara menunggu air mendidih. Apa nak jadi dengan aku ni? Apesal aku emo semacam? Perlu ke aku sedih bila kai dah sembuh dari amnesia?

Dia memegang jantungnya. Macam nak tak nak je berdegup. Rasa macam hati ni dah pecah. Jadi macam kaca yang dihempas ke batu. Diri ni dah tak ada effort nak melangkah. Rasa macam nak nangis tapi air mata seakan tersekat. Mungkin tak mengalir sebab tak ada sebab yang kukuh untuk air mata ini menitis.

'Aku tak nak berpisah dengan dia!'

*skip*

"Betul kau tak nak ikut kitorang balik?" Tanya suho. Kai mengangguk. Yura terkejut. Kai tak nak balik? Ahli lain seperti kecewa. Mereka mahu melepaskan rindu sewaktu ketiadaan kai.

"Apesal kau tak ikut diorang?" Tanya yura sebaik sahaja exo meninggalkan perkarangan rumahnya. Kai tidak menjawab dan menenung yura se dalam mungkin. Yura mengalihkan pandangannya.

Dia tak mahu kai menenungnya sebegitu sebab dia tak pandai menyembunyikan kesedihannya. "Kau suka ke kalau aku ikut diorang?"

"Huh?" Yura blur mendengar soalan itu. "Sukalah! Aku boleh hidup bebas. Tak payah nak jaga kau lagi" hati kata lain, mulut kata lain. Sungguh dia tak mahu kai pergi.

"Hmm...lusa aku blah la" sejurus itu kai pergi ke biliknya meninggalkan yura yang terkulat-kulat.

Malam...

Rasanya ini kali pertama aku duduk terperap dalam bilik selama ini. Bukannya buat apa, dok termenung tak sudah-sudah.

"Yura..." satu suara diikuti ketukan pintu kedengaran. Yura memandang pintu. Tidak bercadang mahu membukanya.

"Yura. Keluarlah. Jom makan" sekali lagi suara itu memanggil. Haih! Si tembikai ni. Tak boleh ke dia tak kacau aku. Aku cuma nak biasakan diri hidup sorang-sorang lepas dia dah pergi nanti.

"Yura!" Kali ini suara kai lebih tinggi. Sebelum kai membebel, yura segera membuka pintu. Dia memandang kai dengan wajah masam mencuka.

"Hesy! Cuba jangan buat muka cencorot tu. Tak cantik tau" kai membongkokkan sedikit badannya agar ketinggian mereka sama. Dia menggosok-gosok rambut yura lalu merangkul pinggang yura menuju ke dapur. Yura hanya membiarkan. Sebab hanya dengan cara ini dia dapat rapat dengan kai tanpa perasaan awkward.

"Kau masak ke ni?" Yura bertanya sebaik sahaja melihat makanan di atas meja. "Ramen je" jawab kai. Seharian dia berlapar duduk dalam bilik. Nak masak yang sedap-sedap tak pandai lah pulak. So, masak benda alah ni pun cukuplah.

"Esok kau kerja ke?" Tanya kai. Yura menjulingkan mata ke atas. Perlu ke dia tanya soalan cepumas tu. "Sah-sah lah aku kerja esok"

"Aku nak mintak nombor PA kau" permintaan kai membuatkan yura terhenti makan. "Kau nak buat apa nombor dia?" Tanya yura pelik. "Tak boleh ke aku nak nombor dia? Ke kau jealous?" Tanya kai dengan smirk di bibir.

Memanglah aku jealous!! Yang hang nak sangat nombor PA aku tu pasai pa? Sabar yura...kau tak boleh tunjukkan yang kau suka kat kai. "Nah" yura menghulurkan telefonnya yang terdapat nombor PA dia di dalam.

Kai mengukir senyuman lalu cepat-cepat menyimpan nombor itu. "Aku dah ngantuk ni. Aku naik dulu lah ye. Kau tolong cuci pinggan tu sekali eh" kai bangun dan menuju ke bilik.

Wah! Bagus sangat lah perangai tu. Ajak makan lepas tu kita pulak yang basuh pinggan. Btw dia nak buat apa ek dengan nombor tu? Takkanlah dia nak tikam nombor ekor? Hesy! Merepek je. Dah lah baik aku masuk tidur.

[C] Wahai Encik Sotong!Where stories live. Discover now