Dah seminggu perempuan yang aku suruh tolong jagakan Kai tak telefon aku. Rasa tak sedap hati aku cuba buang jauh-jauh sebab aku yang pilih dia.
"Tu lah...percaya sangat dengan orang asing. Entah apa lah yang dia buat dengan Kai" bebel Sehun.
Suho menggaru kepala. Kusut dibuatnya. Orang lain tak kecoh. Tapi si maknae ni pulak yang membebel macam mak nenek.
"Kalau dia dedahkan Kai, mesti dah keluar dekat news" Suho masih hendak menyedapkan hati Sehun.
"Habis tu, kalau dia tu agen pemerdagangan manusia? Mestilah dia jual Kai senyap-senyap" bidas Sehun lagi.
"Tak payah lah fikir perempuan tu agen pemerdagangan manusia. Fikirlah yang baik-baik je. Lagipun Hyung tengok muka dia tu innocent" jawab Suho dengan penuh kesabaran walaupun kemungkinan itu ada.
"Innocent tak menunjukkan muka dia yang sebenar Hyung...entah-entah dia tu pembunuh bersiri...kita tak tahukan?" Kata Sehun sambil menjeling Suho.
"Stop it Sehun! You are too much!" Suho menghalakan jari telunjuknya ke muka Sehun. Dengan beraninya Sehun menepis tangan Suho.
"Apa yang too much nya? Betul apa yang Sehun cakap!" Sehun bingkas bangun dari kerusinya menuju ke tingkap dengan berpeluk tubuh.
"Look...memang apa yang kau cakap tu ada kebenarannya. Tapi kalau nak diikutkan logik akal, perempuan tu bukan orang jahat" Suho kembali tenang.
"Mana Hyung tahu?" Cebik Sehun.
Suho menarik nafas dalam-dalam, meredakan kemarahannya. 'Innocent tak menunjukkan muka sebenar...' suara Sehun terngiang-ngiang. Apakah? Ketuk dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih. Dekat stage punyalah innocent, sekali dekat rumah habis keluar belang dia. Ingat Exo-L, innocent tak menunjukkan rupa sebenar...
"Ok, kita mula dari awal. Pertama, dia jawab telefon Kai. Kedua, dia bagitahu Kai kena belasah. Ketiga, dia bagitahu kat mana diorang berada. Cukupkan bukti tu?" Suho bercerita persis peguam.
Sehun menggeleng-geleng sambil duduk di sebelah D.O. Memang ada kebenarannya. Tapi, dia tak boleh terima kebenaran itu 100%.
"Still, hyung tak boleh serahkan Kai pada dia. Kita boleh jaga Kai kan" keras kepala punya budak. Hyung-Hyung lain tak kisah pun pada siapa kitorang bagi Kai. Dia pulak yang melebih-lebih apesal? Aduh, menyakitkan hati betullah. Kalau ikutkan hati, nak je aku tumbuk muka hensem dia nih!
"Jangan merepeklah sehun. Kita tak ada masa nak jaga Kai" muka Suho dah berkerut-kerut. Tak tahu macam mana nak sedapkan hati Sehun.
"Sehun ah~ kau tak payah risau. Kitorang percaya pada orang tu.." D.O yang tadi diam mendengar perbalahan Suho dan Sehun bersuara.
"Korang mudah sangat percaya pada orang..." Sehun hampir menangis. Suho hanya melihat D.o memujuk sehun.
"Sehun sayang Kai. Sehun takut kalau Kai diapa-apakan.." lirih sehun. "Kitorang pun sayang Kai" kata Suho.
"Sehun...kitorang kan ada. Kai masih lagi dalam Exo. Cuma buat sementara dia tak dapat jalankan aktiviti. Yeol pun sayang Kai. Rasa tak sedap hati memang ada. Tapi trust what are you doing. Please...jangan salahkan Suho Hyung. Dia nak yang terbaik untuk kita dan kai" Chanyeol memujuk Sehun.
Sehun berdiri. "Ok, tapi Sehun takkan pernah percayakan perempuan tu" dia meluru ke biliknya.
"Arh!!" Suho menghentak cermin. Nasib tak pecah. "Dahlah...takkan sebab sorang kita nak berpecah" Lay mengusap bahu Suho.
"Dia buat aku serba salah..." Suho meraup muka. "Kitorang percaya pada Hyung. Kitorang tahu semua yang Hyung lakukan adalah yang terbaik untuk kitorang" Baekhyun menyedapkan hati Suho. Yang lain mengangguk.
Nasib baik diorang letakkan kepercayaan pada aku. Tapi Sehun...haih!
YOU ARE READING
[C] Wahai Encik Sotong!
FanfictionDia kacak? Dia maskulin? Dia ada six pack? Kisah apa aku! Mengisahkan seorang wanita yang 'terpaksa' menjaga seorang idol pujaan rakan-rakannya. Memang pada mulanya dia rasa terharu dapat menjaga seorang idol pujaan dunia. Tapi perkara ini jadi te...