Lepas main bola tampar tadi, kitorang terus pergi makan petang. Lepas tu main air dekat tepi pantai. La ni, tengah dok merenung bintang dekat langit yang luas terbentang.
Mata yura dah berkelip-kelip tahan ngantuk. Almaklumlah dah pukul 11 malam. Yang peliknya diorang ni tak rasa ngantuk ke? Aku dok tersengguk-sengguk je dari tadi.
"Saya masuk tidur dulu eh" kata yura sambil bangun menuju ke villa tempat mereka menginap.
Sampai je di bilik, katil, bantal, selimut macam panggil-panggil je aku suruh buat dive dekat situ. Memikirkan badan yang melekit-lekit ni, terpaksalah aku mandi dulu.
Yura POV...
Lepas mandi dan pakai pijama, aku pun terus landing atas tilam saiz queen bed itu. Matanya tidak menunggu lama untuk terpejam.Selepas 5 minit...
Aku tersadar bila ada sesuatu yang jatuh di kepalaku. Aku tersadar mencari punca yang merosakkan lenaku. Tangan? Tangan siapa ni?Aku menenyeh mata. Dari tangan naik ke siku-bahu-muka(?) Clara?! Or...Kai?! Sebab sekarang ni dia tak pakai rambut palsu.
Tanpa membuang masa aku terus menolak badannya hingga jatuh dari katil.
"Argh!! Woi, kau gila ke hapa!" Jerit kai tanpa menyimpan suara. Yura gigit bibir. Mati aku. Dia marah. Yang aku pi tolak dia jatuh katil tu pasai pa? Yura...yura.
"Aduh..." lirih Kai. Yura berkejar ke dinding membuka suis lampu. "Alamak...berdarah la pulak"aku mula risau. Tolak anak orang sampai kepala dia kena bucu meja. Tu lah, ekstrem sangat.
End POV...
Yura mengambil tuala yang telah dibasahkan dan mengelap luka di kepala Kai. Kai masih bersandar di dinding tempatnya terjatuh tadi. Setelah menampal plaster, yura menarik tangan kai untuk kembali duduk di katil."Sorry..aku..." permohonan maafnya terhenti bila Kai memegang kepalanya dengan kedua belah tangan.
"Kai?" Yura menerpa ke sebelah kai. "Aku bukan kai. Aku clara..." lirihnya dalam kesakitan. Mulut Yura terkunci.
Kemudian kai menggeleng-gelengkan kepalanya seperti menidakkan sesuatu. "Aku Kai...aku artis...mana exo?" Yura menitiskan air mata apabila air mata kai jatuh. "Kau siapa?" Tanya Kai. Yura hanya diam. Dia memberi peluang kai ingat segalanya. Pasti sakit bila hilang ingatan. Tak ingat memori silam.
"Kau siapa?" Tanya Kai sekali lagi. Dia cuba menolak yura. Esakannya makin kuat. Yura tak betah lagi. Dia menggenggam erat kedua tangan kai.
"Aku yura. Kau kena belasah dengan peminat gila kau. Aku tolong exo jaga kau. Kau hilang ingatan. Kau adalah lelaki tapi kau ingat kau tu perempuan. Nama perempuan kau clara. Kai...aku bersyukur sangat kau dah ingat balik" dia memeluk kai erat dalam dakapannya. Buat kali pertamanya yura memeluk seorang lelaki selain dari bapanya.pelukan dileraikan.Dia menceritakan satu-persatu kejadian yang menimpa kai. Air mata turun mencurah-curah dari mata kai. Yura turut sama menangis.
"Yura...kita kat mana sekarang ni?" Tanya kai. Untuk pertama kali kai yang asli memanggil namanya. Bergetar juga jiwa tadi. "Kita kat Jeju. Syarikat aku buat family day. Staf-staf aku yang suruh jemput kau" jawab yura.
"Yura...aku nak balik" kai merenung mata yura. Yura tersenyum lalu mengangguk. "Esok kita balik eh" yura sekadar mengiyakan. Tak sedar yang mereka baru je sampai dekat jeju pagi tadi.
"Janganlah nangis lagi. Cepat tidur. Esok kan nak balik seoul" yura memujuk sambil tangannya menggosok-gosok bahu kai. "Aku just...sakit...aku tak ingat apa-apa. Aku rasa aku orang yang paling bodoh sekarang ni" luahnya.
"Dahlah tu...bukan nya kau minta benda ni jadi pada kau. Mungkin ada hikmah benda ni terjadi" yura memberi nasihat.
Kai merapatkan tubuhnya dengan yura. Kepalanya dilentokkan di bahu yura dan tangannya melingkar dipinggang yura. Matanya dipejam rapat supaya cepat tidur.
Yura terpempan dengan kelakuan kai. Dia merelakan perbuatan kai sebab dia tak nak tengok orang yang dia sayang nangis. Sayang? Ya, sayang. Sejak 2 bulan kai duduk dengan aku, aku mula sayang pada dia. Sebab hari-hari aku pandang muka dia. Bila ingatan dia dah pulih, aku pun tumpang gembira. Tapi...
Bila ingatan dia dah pulih bermakna dia kena pergi. Aku tak nak kau pergi. Tanpa di sedari air matanya mengalir dan jatuh ke pipi kai.
"Kenapa nangis ni?" Kai mengangkat muka melihat yura yang sedang terpisat-pisat mengelap air mata. "Aku cuma...aku gembira ingatan kau dah pulih" tipunya. Macam mana aku nak terangkan yang aku tak nak berpisah dengan dia. Dia adalah sebahagian dari hidup aku sekarang.
"Lah kau ni...suspen je. Dah tak mau nangis. Jom tidur" kai menolak tubuh yura agar yura berbaring di katil. Kai baring disebelahnya saling menghadap muka.
'Kalau boleh aku tak nak ingatan aku pulih. Biarlah aku jadi clara supaya aku boleh berada di sisi kau. Aku tak nak berpisah dengan kau, yura'
YOU ARE READING
[C] Wahai Encik Sotong!
FanfictionDia kacak? Dia maskulin? Dia ada six pack? Kisah apa aku! Mengisahkan seorang wanita yang 'terpaksa' menjaga seorang idol pujaan rakan-rakannya. Memang pada mulanya dia rasa terharu dapat menjaga seorang idol pujaan dunia. Tapi perkara ini jadi te...