8 bulan kemudian...
Ceh! Satu khabar berita dari kai pun aku tak dapat. Agaknya dia dah dapat pengganti aku kot. Maklumlah, artis-artis perempuan punyalah cantik-cantik kat sana sampai dah tak ingat aku.
Dan aku pun apalagi, tak ada masa nak ingat dia. Setiap kali dengar berita pasal exo, mesti ubah channel lain. Menyampah! Rasa macam nak taekwando je si tembikai tu.
Dasar mamat tembikai! Encik sotong kurita! Playboy tahap angkasa betul!
"Woi! Kau buat apa tu?" Seseorang telah mencuit bahu yura menyebabkan yura tergesa-gesa menutup diari. Dia menoleh.
"Ah young! Lama tak jumpa kau. Kau buat apa kat sini?" Yeah! Ni dia sepupu yang paling durjana sekali dah mai. Ah young mencebik. "Kau tak payah nak buat peramah sangatlah"
Yura tersengih. Sebenarnya, selama lapan bulan ni dia memang banyak bercakap. Sebab waktu ada kai dulu dah selalu bertikam lidah.
"Kau nak apa ni?" Yura memandang muka ah young. Jangan dia mintak aku pergi konsert lagi dah lah. "Belanja aku pergi konsert" ha..nampak tak di situ permainannya.
"Please..." ah young menyambung sebelum yura mampu menjawab. "Hmm" yura tak menunjukkan minat tapi dia masih menunaikan permintaan sepupunya itu.
"Ni..." ah young membuka laman sesawang tersebut. Yura pura-pura membaca novel. "Wah! Ada seat vvip yang kosong lah! Yura aku tempah yang ni 2 eh? Kau pergi dengan aku tau!" Yura sekadar mengangguk. Penglaman konsert 9 bulan lepas masih segar di ingatannya. Dah lah kena bersesak-sesak. Seat tak dapat. Kena tolak lah. Haih...
Waktu berlangsungnya konsert...
Still kena bersesak tapi kitorang ada seat. Nasib si ahyoung ni pilih vvip seat. Tak delah mereput tulang kaki aku ni kena berdiri sampai 3 jam.
Kami memandang ke pentas bila cahaya lampu semakin suram. Mak aih! Seat baris pertama ke? Memang dekat sangat dengan pentas ni. Aku dah lah loya dengar lagu kuat-kuat.
'Welcome to The Exo'luxion'
Penonton menjerit. Yura tercengang. Exo? Macam familiar. Exo...?
"Kai!!!" Suara ah young menerjah minda aku yang masih tak dapat mencerna apa yang berlaku. "Wei! Kai" ah young menggoncang bahu aku sambil menunjuk ke suatu arah. Aku mengikut arah yang ditunjuknya.
"Kai..." lirih yura. Tiada siapa dapat mendengar luahan lembut yang terpacul dari bibir yura.
Sepanjang konsert, yura hanya menumpukan perhatian pada setiap pergerakan kai. Cara dia menari, cara dia smirk. Dia memang tak ingat aku lagi ke? Amnesia balik eh?
Pentas dikelamkan lagi selepas Exo berehat lebih kurang 10 minit. Lagu yang dibawa kali ini adalah Lucky. Exo berpecah sambil memberi hadiah pada peminat. Yura hanya buat muka toya(menyampah). Mana taknya, kai pergi ke tempat lain dan bukan dirinya.
"Aaahhh!" Peminat di sekitar vvip seat menjerit. Aku ingatkan ada tikus melompat keluar ke hapa. Rupanya nampak kai tengah menuju ke arah kami. Tak sangka, kai ni lebih menakutkan daripada tikus eh? Orang nampak dia pun dah meroyan tak tentu pasal. Kalah tikus.
Kai membaling hadiah tersebut ke atas. Sekali pun dia tak pandang yura. Patah seribu hati yura melihat perbuatan kai itu. Sah mamat ni amnesia balik!
Tiba-tiba ada satu tangan menghulur teddy bear kepada ku. Aku melihat pemilik pemberi hadiah tersebut. Kai! Dia sedang tersenyum manis. Yura menjulingkan mata ke atas namun masih mengambilnya.
Yura menggigit bibir menahan gembira setelah kai berlalu. Dia memandang teddy bear itu dan terlihat secebis kertas di dalam poket bear itu. Yura mengeluarkan.
See you back stage after concert
-Yours Encik Sotong-Yura tersenyum. Dia tak amnesia lah. Sedap je mulut cakap dia amnesia.
Back stage...
Sedari tadi yura tertunduk-tunduk memberi hormat kepada orang yang lalu di sisinya. Mana si tembikai ni. Aku manalah tahu nak cari dia dekat ceruk mana.
"Yura! Awak buat apa dekat sini?" Seseorang menerpanya. Yang pasti bukan kai. Tapi muka dia boleh tahan hensem jugak la.
Yura tersenyum. Dia tak ingat nama pemuda di depannya. Apa nama dia? Serum? Say hai bye bye? Eh tu lagu. Se...hu...n....hah! Sehun!
"Sehun sshi...saya cari kai" yura perasan ada perubahan emosi di muka sehun. "Oohh..jomlah. saya tunjukkan tempat kitorang"yura mengikut sehun menuju ke suatu bilik yang tertulis EXO.
Sebelum membuka pintu sehun sempat berkata "bertuah kai dapat awak." Walaupun perlahan tapi yura dapat mendengarnya. "You desserve a better one, sehun" sehun sedikit terkejut tetapi kemudiannya dia mengangguk. Mungkin aku dengan yura tak pernah ditakdirkan bersama.
"Annyeonghasaeyeo" yura menunduk 90 darjah. Semua memandang ke arahnya. Semua orang membuat muka pelik kecuali kai.
"Yura!!" Kai meluru ke arahnya dan memeluk yura. Yura menyembunyikan mukanya di sebalik dada kai. "Ah~ ni yura yang jaga kai tu eh?" Tanya suho. Serentak itu kai melepaskan pelukannya. Yura mengangguk.
"Guys, keluar jom!" Ajak suho tak semena-mena. Semua buat muka tak paham. "Bagilah privacy untuk diorang" suho menghabiskan ayat. "Oooh.." jawab mereka.
"So, how are you doing?" Tanya kai sebaik sahaja pintu ditutup. "Ok je" yura masih main tarik tali. "Kenapa ni? Macam tak gembira je jumpa saya?" Kai mengangkat dagu yura.
"Gembira lah!" Yura memonyokkan muka. Kai tersenyum. Satu ciuman pantas diberikan di pipi. Muka yura mula membahang. "Pervert!" Yura memukul dada kai.
"Dah awak tak nak senyum. Saya ciumlah" kata kai. "Hisy! Awak ni memang tak de perasaan eh? Awak tahu tak 8 bulan saya tunggu awak call ke, message ke. Satu hapak pun tak dak tahu tak" yura meluahkan. Ada ke patut orang marah, dia cuma senyum. Mintak kaki tu namanya.
"Sorry lah sayang. Saya busy" jawab kai. "Ye lah tu busy. Busy dengan perempuan lain kan?" Yura memulangkan paku buah keras.
"Mana ada...saya busy dengan schedule la...saya tak pandang perempuan lain" kai mengangkat 5 jari, bersumpah. "Bukti?" Yura berpeluk tubuh menayang muka tak percaya.
"Bukti eh?" Kai menggaru kepala. Satu kucupan hinggap di bibir yura. Yura terkesima. "Itu buktinya saya tak pandang perempuan lain. Dalam hati saya ada awak seorang je" kai memberi satu ciuman paling hangat buat yura. Lama.
"Oppss...sorry sorry" kata chen yang tak sengaja masuk ke bilik itu. Pasangan tersebut malu sendiri. "Hyung!" Bentak kai.
"Chen! Apesal kau ganggu diorang?" Jerit baekhyun yang menunggu di luar. "Manalah aku tahu. Aku kan tak ada tadi!"
"Potong betullah!" Kai menuju ke arah pintu, menolak chen keluar dan menutup pintu. "Jangan masuk selagi aku kata boleh masuk, faham!"
Tamat...
YOU ARE READING
[C] Wahai Encik Sotong!
FanfictionDia kacak? Dia maskulin? Dia ada six pack? Kisah apa aku! Mengisahkan seorang wanita yang 'terpaksa' menjaga seorang idol pujaan rakan-rakannya. Memang pada mulanya dia rasa terharu dapat menjaga seorang idol pujaan dunia. Tapi perkara ini jadi te...