Bab 12

855 83 10
                                    

Bercuti? Lama gila tak pergi bercuti. Kali ni, syarikat aku buat family day kat Jeju. Dan sebagai bos, mestilah aku kena ikut sekali kan. Cantiknya Jeju ni...

"Comelnya cik clara tidur..." tiba-tiba ada suara mencelah waktu aku tengah sedap-sedap mengelamun. Tahniah sebab dah buat aku annoyed!

Aku pandang sebelah kanan melihat siapa yang dimaksudkan. Si sotong malaun tak bertauliah ni tengah sedap tidur. Cute? Weyh! Aku loya. Nak muntah pelangi ni.

Apesallah minah bengong ni kena ikut sekali? Ni semua sebab staf-staf lelaki suruh aku bawak dia sekali. Kalau tak memang simpang malaikat 44 lah aku nak angkut si sotong ni. Daripada aku membebel sorang-sorang tak tentu pasal, baik aku tidur.

Sejam kemudian...
Yura menenyeh mata dengan belakang tangan. Waah! Sedapnya tidur.

"Sedap peluk aku?" Satu suara menerpa perlahan telinganya. Yura memandang pemilik suara itu. Clara?! Tak... Kai! Yura melihat tangannya masih terbelit di lengan kai. Pasti bahu kai yang telah dijadikan bantal tadi. Aishh! Malunya.

"Korang ni bestfriend betullah! Tidur pun nak berpeluk-peluk bagai" tegur seorang mak cik selang dua seat dari kami. Kami hanya senyum dan mengangguk. Wahai mak cik...saya lebih rela peluk mak cik daripada peluk encik sotong ni tau.

Kami berjalan masuk ke chalet yang kami tempah. Cantik tempat tu. Chalet nya terletak berhadapan dengan pantai. Jadi pemandangan indah pantai dapat dinikmati.

"Cik Yura..."seseorang berbisik ke padaku. Aku menoleh melihat PA aku. "Macam mana ni...bilik tak cukup" adunya. "Hah?! Macam mana boleh jadi macam tu?" Terkejut aku dibuatnya. Yang tak ada bilik nak tidur kat mana? Takkan nak tidur kat luar? PA aku membuat muka sedih minta pertolongan dari aku. Aku menjulingkan mata ke atas.

"Guys, gather!" Aku mula melangkah ke lobi chalet tersebut. Setelah membuat perbincangan, setelah ditambah campur tolak bagai, semua orang dapar bilik kecuali...

"Yura, I?" Seseorang mengangkat tangan. Aku telan air liur sebelum jawab. "Err...Clara...awak tidur dengan..." nak campak minah ni dekat mana ek? Satu bilik share 2 orang. Tinggal bilik aku je yang kosong. Tapi diorang sebilik dengan orang yang sama jantina. Kalau aku sebilik dengan dia...? Korang lupa ke yang dia ni lain jantina?!

"Cik Clara kan kawan Cik Yura. Of course lah tidur dengan Cik Yura" sebut orang yang gatal bawak Clara datang sini.

"A'ahlah. Yeay! I sebilik dengan you" Clara memeluk aku. Ergh! Gedik betullah!

[C] Wahai Encik Sotong!Where stories live. Discover now